B. Melayu
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


Bio Eneco sasar penuhi permintaan global

Bio Eneco sasar penuhi permintaan global

17 Okt 2022

Bio Eneco Sdn Bhd (BioEneco), pemaju, pengilang dan pembekal bahan api biojisim terkemuka di Malaysia, bersedia untuk mengembangkan jualan bahan api biojisimnya seiring dengan peningkatan permintaan dari negara seperti Jepun, Korea Selatan, Thailand dan Filipina.

Keyakinan syarikat itu berpunca daripada kejayaannya dalam mengembangkan portfolio jualan dengan kejayaan meraih kontrak baru-baru ini di Jepun dan Filipina.

Setakat ini, Bio Eneco telah mengeksport berjuta-juta tan bahan api biojisim bergred tinggi ke seluruh dunia.

Syarikat dalam satu kenyataan berkata, produknya boleh ditemui dan digunakan secara meluas di loji jana kuasa dan loji perindustrian di benua Asia.

Ia juga bersedia untuk memasuki pasaran besar kediaman rumah di Eropah.

“Untuk tiga tahun akan datang, BioEneco telah terbabit dan merancang untuk membekalkan 2.3 juta tan bahan api biojisim ke seluruh dunia.

“Syarikat juga menyasarkan untuk memberi tumpuan kepada Jepun, yang mempunyai unjuran jumlah permintaan biojisim sebanyak 23 juta tan pada 2025, hampir tiga kali ganda daripada kadar semasa,” katanya.

Bagi memudahkan pengembangan globalnya, BioEneco merancang untuk mengembangkan hab biojisimnya berdekatan Northport, Pelabuhan Klang.

Pengarah Urusan BioEneco, Oliver Yeo, berkata Jepun adalah pasaran biojisim kelima terbesar di dunia.

Berikutan kemalangan nuklear Fukushima Daiichi 2011, Jepun beralih daripada pergantungan fosil kepada tenaga boleh diperbaharui, menyasarkan untuk menyumbang 22 hingga 24 peratus daripada campuran elektriknya menjelang 2030.

“Sehingga kini, lebih 800 projek kuasa biojisim yang menjana lebih daripada 16 gigawatt telah diluluskan.

“Ini secara berkesan telah mendorong permintaan untuk bahan api biojisim seperti tempurung inti sawit dan pelet kayu apabila lebih banyak kemudahan tenaga boleh diperbaharui

mula beroperasi.

“BioEneco telah memperoleh kontrak daripada syarikat multinasional terkemuka untuk membekalkan bahan api biojisim kepada loji jana kuasa di Jepun dan menjangka memperoleh lebih banyak lagi dalam beberapa bulan akan datang,” katanya..

Sebagai pemaju, pengilang dan pembekal bahan api biojisim terkemuka dengan kehadiran kukuh di rantau

ini, pihak syarikat yakin produk berkualiti tinggi kami akan dapat memenuhi permintaan Jepun.

Di samping itu, BioEneco kini dikontrak untuk membekalkan produk bahan api biojisim ke Korea Selatan, Thailand dan Filipina.

Penghantaran PKS pukal pertama, seberat 6,800 tan, ke Filipina dihantar oleh BioEneco dan tiba di Pelabuhan Manila baru-baru ini.

PKS digunakan secara meluas sebagai alternatif yang bersih dan cekap kepada arang batu lombong tradisional untuk penjanaan tenaga.

BioEneco telah ditubuhkan pada 2011 untuk menggunakan sumber semula jadi bagi manfaat manusia.

Selain PKS, BIO ENECO juga mengeluarkan produk hijau lain, termasuk pelet kayu, pelet EFB dan serpihan kayu untuk kegunaan industri dan kediaman.

Produknya kini dieksport ke negara-negara seperti Jepun, China, Korea Selatan, Thailand dan Filipina.

Sumber: Berita Harian

TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon