B. MelayuEnglishDeutsch日本語简体中文한국어
contrastBtngrayscaleBtn oku-icon

|

plusBtn crossBtn minusBtn

|

This site
is mobile
responsive


>Perihal MIDA>Amaran Penipuan

Amaran Penipuan

Kami telah diberitahu bahawa orang ramai telah menerima komunikasi palsu yang didakwa dibuat atas nama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Penipuan ini bertujuan untuk menipu orang ramai. MIDA memandang serius perkara ini dan penipuan ini telah dilaporkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan. Sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat, MIDA di talian +603-2267 3633 sekiranya terdapat sebarang kemusykilan dan jika memerlukan penjelasan.

A. Waspada Taktik Penipuan Scam di  Telegram

Baru-baru ini, MIDA telah dimaklumkan tentang kewujudan akaun media sosial palsu yang menggunakan nama MIDA untuk aktiviti-aktiviti penipuan. Orang awam dinasihatkan supaya tidak mendedahkan sebarang maklumat perbankan peribadi ataupun melakukan transaksi kewangan melalui applikasi Telegram atau platform sosial media yang seumpamanya. Ini adalah untuk melindungi orang awam daripada menjadi mangsa pancingan data, kecurian identiti atau perisian hasad berniat jahat. MIDA tidak mempunyai akau Telgram dan tidak akan sekali-kali meminta maklumat peribadi atau penjelasan melalui aplikasi pemesejan ini.

 

MIDA tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian ataupun kerosakan yang berkaitan dengan penipuan secara langsung atau tidak langsung melalui laman web dan akaun Telegram serta kandungannya. Untuk makluman, pihak MIDA telah mengambil tindakan dengan melaporkan isu ini kepada pihak berkuasa yang berkenaan. Sentiasa berhati-hati untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

B. Laman Web MIDA Palsu

MIDA ingin memberi amaran kepada masyarakat umum bahawa terdapat laman web palsu yang mempunyai persamaan dengan laman web MIDA. Laman web penipuan menggunakan reka bentuk, susun atur dan kandungan yang sama dengan laman web rasmi MIDA (www.mida.gov.my) tetapi menggantikan nama MIDA dengan ‘Agensi Perolehan Asing Malaysia’ (MFPA).

 

MIDA sama sekali tidak mempunyai kaitan dan tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Agensi Perolehan Asing Malaysia.

MIDA tidak akan bertanggungjawab atau dipersalahkan atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang berkaitan dengan laman web palsu tersebut dan kandungannya. MIDA telah mengambil tindakan dengan melaporkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

C. MIDA Tidak Terlibat dalam Penerbitan ‘The Showcase of Malaysian Industries Directory’ & ‘Malaysian Industries Authoritative Directory’

MIDA ingin memberitahu orang ramai bahawa ia tidak mempunya apa-apa kaitan dengan atau terlibat dalam sebuah penerbitan yang bertajuk ‘The Showcase of Malaysian Industries Directory’ dan ‘Malaysian Industries Authoritive Directory’.

Sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat, MIDA di talian +603-2267 3633 sekiranya terdapat sebarang keraguan dan jika memerlukan penjelasan.

D. Penipuan yang melibatkan individu yang menyamar sebagai Pegawai MIDA

MIDA telah menyedari mengenai satu penipuan yang kononnya melibatkan individu dan / atau entiti yang mendakwa dan secara palsu mengatakan dirinya bekerja dan / atau dikaitkan dengan MIDA.

Sesiapa yang menerima surat, e-mel, panggilan atau mesej teks yang daripada orang-orang ini dan mengesyaki bahawa ia adalah satu penipuan harus segera memaklumkan kepada MIDA.

MIDA ingin menasihati orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya ketika menghadapi situasi seperti ini.

Sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat, MIDA di talian +603-2267 3633 sekiranya terdapat keraguan dan jika memerlukan penjelasan.

E. Penipuan yang melibatkan individu yang menyamar sebagai Personel MIDA

MIDA telah menyedari tentang penipuan baru yang melibatkan individu yang mendakwa dirinya bernama Michelle Anderson dan individu ini melakukan penipuan dengan mengatakan bahawa dia berkhidmat di MIDA.

Kami ingin menegaskan kepada orang ramai bahawa Michelle Anderson BUKAN pekerja MIDA dan tidak mewakili MIDA dengan cara apa pun. Oleh itu, sesiapa sahaja yang menerima surat, e-mel, panggilan atau mesej teks daripada individu ini harus segera memaklumkan kepada MIDA.

Jangan ragu untuk menghubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,MIDA di talian +603-2267 363 untuk penjelasan lebih lanjut.

wpChatIcon