This site
is mobile
responsive


Kerajaan bertindak tangani isu aeroangkasa

Kerajaan bertindak tangani isu aeroangkasa

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan
Malaysia (MIDA) Datuk Azman Mahmud berkata, usaha itu termasuk penubuhan Asia
Aerospace City (AAC), yang diterajui M-AeroTech Sdn Bhd.


“AAC menyasarkan sumbangan Keluaran Negara Kasar (GNI) RM1.1 bilion dan
RM1.16 bilion pelaburan, yang menjurus kepada pewujudan 3,368 pekerjaan
berkemahiran tinggi menjelang 2020.

“Beberapa institusi sudah memulakan aktiviti latihan berkaitan
aeroangkasa, bagi menyediakan sokongan langsung kepada industri itu, dengan membekalkan
latihan yang diperlukan serta pekerja mahir.

“Ini termasuk UniKL, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia, yang
menyediakan kursus berkaitan di peringkat diploma dan ijazah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada forum MIDA mengenai industri itu
di sini sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA’15), hari
ini.

Menurutnya Malaysia kini mengeluarkan pekerja mahir untuk keperluan Rantau ini
menerusi lebih 300 jurutera setahun dan lebih 2,000 separa profesional.

Azman berkata, terdapat 56 penyedia pendidikan dan latihan terlibat dalam
sektor aeroangkasa.

“Penyedia pendidikan dan latihan ini perlu meningkatkan program ijazah
pertama masing-masing dengan menjajarkannya dengan teknologi dan trend terkini
industri serta memudahkan program kerjasama untuk penempatan kerja dengan
pantas.

“Bagi separa profesional, wujud kekurangan serius dalam subsektor
perkilangan aerostruktur yang memerlukan pelaburan lanjut oleh penyedia
pendidikan dan latihan,” kata Azman.

Beliau berkata, walaupun MIDA dapat mengenal pasti permintaan lebih awal,
platform perkongsian perlu diwujudkan dengan pihak pembekal, agensi dan
institusi berkaitan.

MIDA ialah agensi utama kerajaan dalam mempromosi sektor perkilangan dan
perkhidmatan dalam negara. – Bernama

SINAR HARIAN :
19/03/2015

19 March 2015
TwitterLinkedInFacebookWhatsApp
wpChatIcon
Malaysia is gradually reopening its borders. Your business is important to us, and so is your health. Please click here to find out more on One Stop Centre for Business Travellers and Covid-19 updates. Business Travellers can continue to apply to enter Malaysia via OSC during the Movement Control Order period.
X
X