Logo

Top Glove Group

Top Glove telah ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1991 dan telah berkembang pesat untuk menjadi pengeluar sarung tangan getah terbesar di dunia. Hari ini, Top Glove mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 40 bilion helai sarung tangan dan mengeksport kepada 1,000 pelanggan di lebih 185 negara. Malaysia kekal sebagai lokasi hab pengeluaran kami, testimoni sebenar kestabilan negara ini untuk perniagaan kami.

Sejak awal lagi, kami telah memulakan perkongsian kerjasama yang baik dengan MIDA dan badan-badan kerajaan yang lain. MIDA telah membantu kita mendapat kelulusan yang diperlukan iaitu Lesen Pengilangan bagi memulakan operasi perniagaan kami dan pengembangan kepada 17 kilang-kilang pada masa ini. Dengan kerjasama dan bantuan teknikal daripada Institut Penyelidikan Getah pada awal penubuhan syarikat, Top Glove telah menginovasikan produk untuk memenuhi piawaian antarabangsa dari segi keselamatan, kualiti dan keberkesanan untuk memudahkan bekalan lancar bagi memenuhi permintaan global.

Kerajaan menawarkan insentif cukai yang menarik untuk syarikat-syarikat yang beroperasi di Malaysia seperti kami. Kami akan terus memberi maklum balas yang diperlukan untuk melengkapi peranan dan usahan Kerajaan dalam mengekalkan persekitaran perniagaan yang kondusif dan berdaya saing di negara ini

Hari ini, kami telah membina asas kerja yang kukuh dengan MIDA dan badan-badan kerajaan yang lain dalam mempromosikan sarung tangan getah kepada dunia serta mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai pengeluar dan pengeksport sarung tangan getah terkemuka di dunia.

Sebelumnya

Technip

Taylor School

Tarikh Dikemaskini : Khamis 10 Oktober 2019