Logo

Tekstil dan Produk Tekstil

Industri tekstil dan produk tekstil Malaysia adalah industri matang, memaparkan industri yang mempunyai halangan kemasukan yang rendah dan persekitaran yang sangat kompetitif. Syarikat-syarikat yang terlibat adalah yang aktif dalam pelbagai jenis aktiviti huluan pengeluaran serat semula jadi dan sintetik dan yarn, menenun, mengait dan fabrik bukan tenunan, dan juga meluntur, mewarna, mengemas dan mencetak) dan aktiviti hiliran (pengilangan pakaian sedia untuk dipakai, produk-produk tekstil rumah dan industri, dan aksesori tekstil).

Industri ini menjadi sumber pendapatan negara yang kesebelas terbesar pada tahun 2017, menyumbang kira-kira RM15.3 bilion (1.6%) bagi jumlah barangan perkilangan eksport Malaysia. Pasaran eksport terbesar untuk produk tekstil Malaysia masih lagi Amerika Syarikat, dengan pembelian sebanyak RM2.2 bilion (14.6%) daripada jumlah eksport industri ini, diikuti Jepun dan Turki.

Saingan daripada ekonomi-ekonomi membangun yang mempunyai kos pengeluaran yang lebih rendah seperti China, Indonesia, Kemboja, Vietnam, Pakistan, Sri Lanka dan Bangladesh telah merangsang para pengilang untuk meningkatkan rantaian nilai dengan membangun dan meningkatkan proses, memfokuskan kepada nilai tambah yang lebih tinggi, dan memperbaiki kecekapan melalui automasi. Ini juga bermakna meningkatkan kualiti produk dengan memberikan penekanan terhadap rekaan baharu dan pembezaan produk.

Pelaburan berjumlah RM428.8 juta bagi 12 projek telah diluluskan pada tahun 2017 dalam industri tekstil dan produk tekstil. Pelabur asing membawa masuk RM322.3 juta (75.2%) dan selebihnya adalah pelaburan domestik sebanyak RM106.5 juta (24.8%). Pelaburan yang diluluskan dalam lapan projek (RM389.9 juta) dikhususkan dalam pengeluaran tekstil primer. Tiga projek diluluskan untuk pengeluaran pakaian sedia dipakai (RM33.8 juta), sementara satu projek bernilai RM5.1 juta telah diluluskan dalam subsektor aksesori tekstil. Projek-projek ini telah mewujudkan 1,850 peluang pekerjaan, termasuk pekerjaan berkemahiran untuk jurutera, pengawal kualiti, dan juruteknik berkemahiran tinggi.

tekstilbm1

Sebelumnya

Aeroangkasa

Industri Mineral Bukan Logam

Seterusnya

Produk Logam Asas

Elektrikal dan Elektronik

Tarikh Dikemaskini : Khamis 17 Oktober 2019