Logo

Technip

Technip adalah salah satu kontraktor dan kejuruteraan pesisir, luar pesisir dan dasar laut terkemuka di dunia dalam industry Minyak & Gas. Ia beroperasi di peringkat global dengan perniagaan dan pelanggan di lebih daripada 50 buah negara. Technip mempunyai kira-kira 40,000 pekerja dan telah disenaraikan di Paris (CAC 40) dengan modal pasaran kira-kira Euro 10 billion.

Technip Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1982 dan merupakan syarikat pertama untuk melaksanakan perkhidmatan reka bentuk di Kuala Lumpur bagi industri minyak & gas. Pada tahun 1993 Technip Malaysia telah melaksanakan lump sum turnkey utama yang pertama untuk BP/Petronas di Kerteh (2 unit polyethylenes). Tenaga kerja syarikat di Kuala Lumpur adalah sebanyak kira-kira 500 jurutera.

Menjelang tahun 1996, Kuala Lumpu tekahr menjadi ibu pejabat Asia Pasifik bagi Kumpulan Technip dengan anak syarikat di Brunei, Vietnam, Thailand dan Indonesia. Pada 1998, operasi di China telah diletakkan di bawah Kuala Lumpur dan ini diikuti oleh Australia pada tahun 2002. Hari ini, keseluruhan operasi bagi Technip Asia Pasifik mewakili 6,000 pekerja di rantau ini dengan 3,000 kakitangan di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur, satu kilang fleksibel dan umbilikal di Johor, dua kapal utama dan penyertaan utama dalam MHB (limbungan kapal terbesar dan limbungan fabrikasi di Johor) .

Pelaburan di Malaysia mewakili kira-kira RM1.5 juta dan perolehan serantau melebihi RM3 juta.

Terima kasih kepada persekitaran perniagaan dan kestabilan politik di Malaysia, operasi Technip di bahagian dunia ini dapat dibangunkan daripada tiada kepada pusat operasi terbesar di dunia bagi Kumpulan Technip. 

Sebelumnya

Taylor School

Seterusnya

Top Glove Group

Toray

Tarikh Dikemaskini : Khamis 17 Oktober 2019