Logo

Taylor School

Dengan pengalaman lebih enam dekad, Taylor School menyediakan pendidikan bertaraf dunia bagi lebih daripada 5,600 pelajar dari 60 negara. Taylor School terkenal dengan kecemerlangan pengajaran dan komitmen untuk mendidik belia sedunia untuk mengambil tempat produktif mereka sebagai pemimpin dalam masyarakat global.

Insentif Elaun Cukai Pelaburan (ITA) MIDA amat berharga dalam memberi sokongan untuk Taylor School terus berkembang dan menaiktaraf kampus dan kemudahan bagi memenuhi keperluan pembelajaran abad ke dua puluh satu. Pelaburan berterusan untuk mengembangkan serta menambahbaik kemudahan bertaraf dunia adalah amat penting bagi Taylor School selaras dengan misinya untuk menjadi sekolah pilihan bagi pembelajaran peribadi. Garden International School, Taylor's International School Kuala Lumpur dan Taylor's International School Puchong telah mendapat manfaat daripada insentif MIDA.

Seterusnya

Technip

Top Glove Group

Tarikh Dikemaskini : Khamis 17 Oktober 2019