Logo

Sony

Sony mula mengeluarkan produk-produk audio / visual di Malaysia sejak 1980-an. Kami mengeluarkan produk berteknologi tinggi seperti DVD, CD-RW, skrin rata, TV, produk audio dan set hi-fi. Secara kumulatif kami telah melabur lebih daripada RM2 bilion di negara ini.

Malaysia merupakan tempat yang sangat baik untuk perniagaan. Kerajaan Malaysia telah menunjukkan sokongan padu melalui pembangunan infrastruktur yang maju dan sistem pendidikan yang baik, yang membolehkan kami menggaji tenaga kerja yang berkualiti tinggi.

Kewujudan satu kumpulan besar pembekal komponen di Malaysia, telah menyebabkan kami berpindah dari dari Singapura dan menubuhkan sebuah Pejabat Perolehan Antarabangsa di sini untuk mendapat bekalan komponen kepada syarikat-syarikat Sony lain di seluruh dunia.

Kestabilan politik dan ekonomi Malaysia telah dan akan terus menyediakan iklim pelaburan yang ideal untuk kami terus berjaya. Penubuhan undang-undang dan dasar-dasar mesra perniagaan telah membantu kami untuk kekal berdaya saing di pasaran tempatan dan global.

Sebelumnya

Sharp

Schenker

Seterusnya

Soft Space

Tarikh Dikemaskini : Khamis 17 Oktober 2019