Logo

Soft Space

Soft Space adalah sebuah syarikat teknologi pembayaran mudah alih, yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia. Soft Space memberi tumpuan kepada pembangunan penyelesaian inovatif untuk industri perbankan dan pembayaran. Penyelesaian Soft Space MPOS telah diperakui di peringkat antarabangsa dan digunakan oleh 8 institusi kewangan di seluruh Asia.

Sebagai syarikat teknologi yang baru sahaja memulakan operasi, ia amat mengalu-alukan penghargaan dan sokongan kerajaan ke atas syarikat teknologi sepertinya, sekaligus menghapus persepsi konvensional bahawa syarikat-syarikat yang lebih besar hanya mendapat manfaat daripadanya.

Dengan bantuan MIDA (geran bagi R&D, pensijilan, latihan dan penyumberan luar), Soft Space kini mampu memacu pertumbuhan dan inovasi dalam tempoh yang lebih singkat. Ini juga membolehkan Soft Space membina asas-asas R&D yang kukuh seiring dengan pengenalan produk-produk baru seperti 'Chip & Pin', 'Contactless' and 'Proximity Payment' di masa akan datang.

Sepanjang keseluruhan proses mendapatkan geran, MIDA telah memberikan pelbagai maklumat, bertindak professional dan sangat membantu. Kami di Soft Space berterima kasih kepada pasukan MIDA terutama pengurus akaun kami yang sentiasa memberikan bantuan. Soft Space kini berada di landasan yang betul, berkembang pesat dan giat mengukuhkan kehadiran kami di peringkat global.

Tarikh Dikemaskini : Khamis 17 Oktober 2019