Logo

Sharp

Sharp telah berada di Malaysia selama lebih 25 tahun dan kini masih terus berkembang. Setakat ini kami mempunyai enam syarikat yang menggaji lebih daripada 8,500 orang. Setiap syarikat mempunyai pengkhususan tersendiri dalam pembuatan produk untuk pasaran eksport dan domestik.

Sharp Electronics (M) Sdn. Bhd. (SEM) telah berada di Malaysia selama enam tahun dan merupakan syarikat terbaharu di kalangan syarikat Sharp di Malaysia. Sebagai pusat R&D, SEM telah membolehkan kakitangan kami untuk menjalankan penyelidikan, reka bentuk, pembangunan dan ujian produk baru, selain menjadi pusat perolehan global dan servis dan pengedar alat.

Tenaga kerja yang menarik di Malaysia telah membolehkan integrasi aktiviti R&D kami di negara ini. 250 daripada 650 jurutera Malaysia Sharp bekerja di SEM. Jurutera tempatan kami adalah sangat kreatif dan terlibat secara aktif dalam reka bentuk dan pembangunan produk-produk kami.

Malaysia merupakan pangkalan pengeluaran eksport luar pesisir terbesar Sharp di dunia. Kami mendapati Malaysia merupakan tempat yang sesuai untuk pelaburan kerana pelbagaisebab. Pertama, kerajaan amat menyokong syarikat yang melabur di Malaysia - masalah kami dapat diselesaikan dengan cepat dan bantuan telah tersedia ada. Permohonan status ibu pejabat operasi SEM telah dibuat dengan mudah, tanpa sebarang masalah. Pencapaian pensijilan ISO 14001 kami pada bulan Disember 1999 merupakan satu lagi hasil daripada sokongan kerajaan tempatan.

Satu lagi manfaat kepada kami adalah bahawa Malaysia telah menjadi sebuah tapak pengeluaran untuk banyak syarikat yang terlibat dalam industri elektrikal dan elektronik. Pelbagai pengeluar produk siap, alat ganti dan bahan mentah wujud bersama-sama di sini, dan kerana persekitaran yang kompetitif ini, Malaysia mampu menawarkan produk berkualiti tinggi pada harga yang kompetitif.

Sebelumnya

Schenker

Samsung

Seterusnya

Sony

Soft Space

Tarikh Dikemaskini : Khamis 10 Oktober 2019