Logo

Samsung

Samsung telah melabur hampir US$1.2 bilion di Malaysia, menjadikannya pelaburan luar pesisir terbesar untuk syarikat dan bukti sebenar kestabilan negara ini untuk perniagaan kami.

Sebagai pelabur, kami telah menikmati insentif cukai, infrastruktur yang cekap dan maju, dan tenaga kerja yang berkualiti – antara faktor-faktor yang telah menyumbang kepada kemajuan perniagaan kami di Malaysia. Samsung amat mengalu-alukan sokongan padu yang diberikan oleh Malaysia ke atas industri seperti kami dan kami kekal komited untuk meningkatkan pelaburan kami di negara ini.

Standard tinggi industri sokongan di sini juga telah membantu kami untuk mendapatkan komponen tempatan yang berkualiti, menjadikan produk Samsung lebih berdaya saing dalam pasaran global.

Tarikh Dikemaskini : Khamis 17 Oktober 2019