Logo

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk Sektor Industri di Malaysia

Soalan Lazim (FAQ) Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk Sektor Industri di Malaysia
A Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk Sektor Industri di Malaysia
1. Apakah industri kritikal / kilang yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh penguatkuasaan PKP?

Hanya industri kritikal / kilang terpilih sahaja yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh penguatkuasaan PKP, tertakluk kepada kelulusan MITI.

Sila semak senarai produk yang dikategorikan sebagai keperluan / kritikal adalah seperti di Lampiran 1.

2. Adakah terdapat kelulusan / prosedur khas yang diperlukan untuk kilang beroperasi sepanjang tempoh penguatkuasaan PKP?

Ya, syarikat mesti memohon kelulusan khas untuk meneruskan operasi kilang semasa PKP dengan menggunakan borang yang boleh dimuatturun di  www.miti.gov.my dan diserahkan kembali kepada [email protected].

Syarikat yang diluluskan akan diberi Surat Kelulusan oleh MITI untuk beroperasi, tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan.

3. Bolehkah syarikat yang menghasilkan produk-produk yang tidak tersenarai di Lampiran 1 membuat rayuan untuk beroperasi sepanjang tempoh penguatkuasaan PKP?

Tidak. Hanya syarikat yang telah diluluskan sahaja dibenarkan untuk beroperasi, tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan. Langkah ini adalah penting untuk memastikan keberkesanan PKP.

Dalam situasi di mana mesin dan peralatan kilang perlu terus berada dalam keadaan siapsiaga, kilang-kilang boleh meneruskan operasi mesin-mesin tersebut dengan pengawasan juruteknik yang minima. Walau bagaimanapun, bahagian pengeluaran kilang-kilang tersebut tidak dibenarkan untuk beroperasi. Permohonan bagi perkara ini boleh dikemukakan kepada MITI.

4. Bolehkah syarikat / kilang yang diluluskan beroperasi sepenuhnya sepanjang tempoh penguatkuasaan PKP?

Hanya bahagian produksi pembuatan sahaja yang dibenarkan untuk beroperasi, tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan. Sebarang aktiviti yang tidak kritikal perlu diberhentikan sepanjang tempoh penguatkuasaan PKP.

5. Bolehkah syarikat memohon pengesahan Perakuan Tempasal (Certificate of Origin - COO) sepanjang tempoh penguatkuasaan PKP?

Boleh. Permohonan pengesahan COO masih boleh dilakukan di Tingkat 2, Menara MITI dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai COO boleh dihantar melalui e-mel kepada  [email protected].

6. Bolehkah syarikat mengemukakan permohonan untuk mendapatkan Sijil Tempasal Berkeutamaan (Preferential Certificate of Origin - PCO) di bawah skim Perjanjian Perdagangan Bebas (Free Trade Agreements – FTA)?

Boleh. Permohonan untuk PCO boleh dikemukakan seperti biasa melalui sistem ePCO ( http://newepco.dagangnet.com/dnex/login/).

7. Bolehkah syarikat memohon e-Form D di bawah ASEAN Trade In Goods Agreement (ATIGA)? Bagaimana?

Boleh. Syarikat perlu klik di ruangan ASEAN Single Window (ASW) sewaktu membuat permohonan bagi memastikan e-Form D tersebut dapat dihantar secara elektronik melalui platform ASW ke negara pengimport.

Sekiranya syarikat menghadapi sebarang masalah, sila e-mel kepada  [email protected] dan [email protected].

8. Bolehkah syarikat memohon Lesen Import (Approved Permit - AP) sepanjang tempoh penguatkuasaan PKP?

Boleh. Permohonan boleh dibuat seperti biasa secara atas talian melalui sistem ePermit ( https://newepermit.dagangnet.com.my).

Sebarang pertanyaan lanjut boleh disalurkan melalui e-mel kepada  [email protected].

9. Bolehkah syarikat memohon permit di bawah Akta Perdagangan Strategik (Strategic Trade Act - STA) sepanjang tempoh penguatkuasaan PKP?

Boleh. Permohonan permit STA boleh dibuat seperti biasa secara atas talian melalui sistem ePermit ( https://newepermit.dagangnet.com.my).

Sebarang pertanyaan lanjut boleh disalurkan melalui e-mel kepada admin. [email protected].

10. Bolehkah syarikat memproses penghantaran produk ke/dari pasaran luar negara?

Boleh. Perkhidmatan logistik di Malaysia kekal beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh penguatkuasaan PKP.

B LAMPIRAN 1
A. Senarai Barang Penting

Produk

  1. Makanan dan minuman termasuk barang-barang yang diimport
    • Beras
    • Gula
    • Minyak sayuran dan lemak haiwan
    • Tepung dan bijirin
    • Roti
    • Air
    • Produk tenusu – susu dan formula bayi
    • Rempah ratus
    • Makanan kering
    • Kopi dan teh
    • Makanan dalam tin
    • Daging
    • Ayam
    • Makanan haiwan / ternakan
    • Proses buah dan sayuran
  2. Pertanian dan perikanan, termasuk import
    • Ikan dan makanan laut
    • Buah-buahan
    • Sayur-sayuran
  3. Produk barangan rumah
    • Bahan pencuci
    • Bahan pembasmi kuman
    • Sanitisers
    • Barang penjagaan diri
    • Tisu tandas dan kertas tisu
  4. Peralatan Perlindungan Peribadi (Personal Protective Equipment - PPE) termasuk Peralatan Keselamatan Kebakaran dan Pakaian Perubatan termasuk topeng muka, sarung tangan getah.
  5. Farmaseutikal – semua bahan kimia dan ubat-ubatan
  6. Bahan pembungkusan dan percetakan, termasuk dakwat
  7. Peranti perubatan dan pembedahan
  8. Bahagian untuk alat perubatan misalnya bahagian untuk ventilator
B. Senarai Produk Yang Merupakan Sebahagian Daripada Rantaian Bekalan Produk Penting Bagi Pengecualian Sekatan Pergerakan

Produk

  1. Minyak dan Gas
  2. Petrokimia
    • Resin PTA & PET
    • Serat poliester & filament
    • Polypropylene & polyethylene
    • Resin ABS & MABS
    • Maleic Anhydride
    • Resin Pes PVC (PVC Paste Resins)
    • Expanded EPE
    • Impact modifiers & processing aids
    • Styrene Monomer
    • Styrene Butadiene Latex
    • Polystyrene
  3. Bahan dan produk kimia – Baja dan Racun
  4. Elektrikal & Elektronik (E&E) termasuk semikonduktor
C CATATAN
MITI dan Agensi akan terus beroperasi semasa PKP. Pemain industri dan syarikat boleh menghubungi MITI melalui:
  1. MITI Call Center Covid 19: 03-6200 0461 | 03-6207 1089 | 03-6200 0456 | 03-6200 0458
  2. E-mel: [email protected] (General Inquiry) | [email protected] (Application)
  3. Kumpulan Facebook: MITI & Agencies Hotline
  4. Whatsapp: 012-6072 750

Untuk sebarang perkara lain, sila rujuk kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) di talian hotline - 03-8888 2010.

Tarikh Dikemaskini : Selasa 24 Mac 2020