Logo

Penyelidikan dan Pembangunan

Untuk kekal berdaya saing dalam ekonomi dunia, Malaysia sentiasa menjana dan mewujudkan sumber pertumbuhan baru. Salah satu langkah untuk meningkatkan keupayaan negara dalam penggunaan dan pembangunan sains dan teknologi adalah melalui penyelidikan dan pembangunan dan inovasi.

Untuk merangsang pelaburan, pelbagai insentif dan geran disediakan untuk menggalakkan lebih banyak aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam bidang elektrik dan elektronik, jentera dan peralatan, kimia, perubatan dan aeroangkasa.

Jadual 1: Skor Malaysia & Kedudukan dalam Rukun Inovasi, 2011-2015.

Kriteria 2013-2014 2014-2015
Kedudukan Skor Kedudukan Skor
Rukun ke-12 : Inovasi 25 4.4 21 4.7
Kapasiti untuk inovasi 15 4.9 13 5.2
Kualiti Institut Penyelidikan Saintifik 27 4.9 20 5.2
Perbelanjaan syarikat di dalam penyelidikan dan pembangunan 17 4.6 9 4.9
Kolaborasi universiti-industri dalam penyelidikan dan pembangunan 16 5.0 12 5.3
Perolehan kerajaan di dalam produk teknologi maju 4 4.8 3 5.2
Ketersediaan jurutera dan saintis 19 4.9 9 5.2
Paten utiliti yang diberikan bagi setiap juta penduduk 31 12.1 32 12.6

Menurut Laporan Daya Saing Global 2014-2015, kedududukan Malaysia telah meningkat empat anak tangga daripada tempat ke-24 dalam tahun 2013-2014 kepada tempat ke-20 dalam tahun 2014-2015 daripada 144 negara. Laporan menunjukkan bahawa encapaian Malaysa telah meningkat pada setiap kriteria di bawah Rukun ke-12 Inovasi dengan skor 4.7 daripada 7 mata.

Bagi setengah tahun pertama 2015, jumlah pelaburan dalam projek-projek penyelidikan dan pembangunan adalah sebanyak RM64.96 juta melalui 3 projek yang diluluskan. Pelaburan ini telah berjaya mewujudkan sejumlah 47 pekerjaan berpendapatan tinggi. Dalam tempoh 1995-2014, sebanyak 162 projek telah diluluskan berjumlah RM2.4billion dan menyediakan 5,342 peluang pekerjaan.

Rancangan Malaysia kesebelas (RMKe-11), 2016-2020, akan memberi tumpuan kepada penajanaan kekayaan melalui inovasi dengan mengukuhkan modal hubungan, pengukuhan modal hubungan ini akan diuji merentasi pelbagai disiplin dan pihak berkepentingan. Penyelarasan ini akan meningkatkan ekosistem inovasi yang mebolehkan Malaysia memasarkan produk dan perkhidmatan yang kreatif dan berkongsi sumber secaa optimum. Ini adalah selaras dengan Dasar Sains Negara, Teknologi dan Inovasi yang menyasarkan Malaysia mencapai Perbelanjaan Kasar R&D (GERD) sekurang-kurangnya 2.0 peratus pada tahun 2020.

Sebelumnya

Minyak dan Gas

Penubuhan Serantau dan Pengurusan Rantaian Bekalan

Seterusnya

Hospitaliti

Menu Pantas
Tarikh Dikemaskini : Rabu 20 Mei 2020