Logo

Penubuhan Serantau dan Pengurusan Rantaian Bekalan

Kelebihan kedudukan geografi negara telah menempatkan Malaysia sebagai lokasi strategik untuk sumber serantau dan rantaian bekalan bagi Asia Tenggara. Ini disokong oleh faktor-faktor berikut yang menguatkan lagi kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan utama pelabur untuk operasi serantau:

  1. Dasar keterbukaan perdagangan yang kukuh dan infrastruktur seperti pengangkutan, telekomunikasi dan perkhidmatan kewangan yang membantu serta meluaskan jangkauan pasaran di rantau ini. Malaysia berada di kedudukan ke 25 di dalam WEF Global Competitiveness Ranking for Quality Transport Infrastructure (roads, railroads, seaports and air) 2014-2015.
  2. Malaysia merupakan lokasi yang kos kompetitif kepada pelabur yang berhasrat untuk menubuhkan operasi luar pesisir bagi aktiviti perkilangan dan perkhidmatan, di dalam bidang industry berasaskan sumber, industry berteknologi tinggi, berasaskan pengetahuan dan industru teknologi termaji untuk pasaran serantau dan antarabangsa

Sejak penubuhannya pada tahun 2004 sehingga 2016, AT Kearney’s Global Services Location Index telah meletakkan Malaysia di kedudukan ketiga di belakang India dan China. Indeks tersebut menunjukkan landskap luar pesisir di 55 buah negara bagi tiga kategori utama: daya tarikan kewangan, kemahiran kakitangan dan ketersediaan, dan persekitaran perniagaan.

Antara penubuhan serantau yang digalakkan di negara ini termasuklah Princiap Hub (PH), Pusat Pengurusan Perbendaharaan (TMC), Perkhidmatan Logistik Bersepadu (ILS), Pejabat Perwakilan (RE) dan Pejabat Wilayah (RO)

Setakat 31 Disember 2015, sebanyak 3,683 penubuhan serantau telah diluluskan oleh MIDA. Ianya terdiri daripada 2,042 Pejabat Perwakilan (RE), 1,035 Pejabat Wilayah (RO), 271 Ibu pejabat Operasi (OHQ), 252 Pusat Pemerolehan Antarabangsa (IPC), 32 Hub Operasi Global (GOH), 35 Pusat Pengedaran Serantau (RDC), 10 Pusat Pengurusan Perbendaharaan (TMC), 6 Principal Hub (PH).

Sebelumnya

Penjagaan Kesihatan

Pendidikan dan Perkhidmatan Latihan Industri

Seterusnya

Minyak dan Gas

Penyelidikan dan Pembangunan

Menu Pantas
Tarikh Dikemaskini : Rabu 20 Mei 2020