Logo

Produk Petroleum termasuk Petrokimia

Industri produk petroleum termasuk petrokimia adalah salah satu industri terkemuka di Malaysia, meliputi gas asli, produk petroleum, dan produk petrokimia. Sektor O&G pada umumnya menyumbang 14.5 peratus kepada KDNK negara dan anggaran 14.7 peratus kepada hasil kerajaan pada 2016. Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), syarikat O&G negara, telah diiktiraf sebagai syarikat Fortune Global 500 sejak 21 tahun lalu.

Produk petroleum termasuk petrokimia juga adalah industri yang telah menarik DDI terbesar pada 2017 berjumlah RM25.6 bilion daripada RM26 bilion pelaburan yang diluluskan bagi 10 projek yang membuka 1,949 peluang pekerjaan. Separuh daripada projek yang diluluskan merupakan projek baharu dengan pelaburan berjumlah RM23.7 bilion, manakala RM2.2 bilion adalah bagi projek pembesaran/pelbagaian.

Kini pengeluaran Malaysia setiap hari adalah kira-kira 73.8 bilion meter padu gas asli dan 705,000 tong minyak mentah sehari. Pada masa ini, Malaysia juga mempunyai kemudahan pengeluaran LNG terbesar di dunia di satu lokasi, dengan keupayaan pengeluaran tahunan sehingga 29.3 juta tan metrik.

Peningkatan jumlah loji (dan dengan itu keupayaan pengeluaran) Malaysia telah mentransformasikan negara daripada hanya sebagai pengimport bersih produk petrokimia utama kepada pengeksport bersih. Sejak tahun 1980, Malaysia telah meluluskan kira-kira 400 projek yang berkaitan dengan industri produk petroleum termasuk petrokimia dengan jumlah pelaburan sekitar RM207.6 bilion.

Syarikat petrokimia utama di Malaysia antara lainnya termasuk, PETRONAS Chemicals Group Berhad, Lotte Chemical Titan (M) Sdn. Bhd., BASF PETRONAS Chemical Sdn. Bhd., Toray Group, Kaneka Group, dan Idemitsu.

Produk petroleum termasuk petrokimia telah mendapat manfaat daripada keseluruhan kejatuhan harga minyak sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Industri ini dijangka perkembang dengan sederhana pada 2018 kerana syarikat-syarikat sedang bertindak balas terhadap penstabilan harga minyak dan meneruskan akses kepada kos bahan bakar yang rendah.

Ketersediaan dan kebolehpercayaan jangka panjang bahan bakar dengan harga yang kompetitif menjadikan Malaysia hab petrokimia yang berdaya maju di rantau ini. Tambahan pula, permintaan jangka panjang dan mampan disokong oleh demografi yang bermanfaat dalam pelbagai pasaran baharu dan baharu muncul. Kompleks Petrokimia Bersepadu Pengerang (PIPC) akan menyerlahkan status Malaysia sebagai peneraju global dalam industri produk petrokimia. Projek

petrokimia di bawah PIPC akan membolehkan syarikatsyarikat untuk menilai dan mengeksploitasikan peluang mereka dalam pembuatan kimia hilir-pertengahan dan khusus, yang akan memberikan pulangan yang lebih besar dan nilai eksport yang lebih tinggi.

Dalam usaha untuk terus berdaya saing dan relevan, keutamaan perlu diberi kepada R&D yang luas dalam pelbagai bidang seperti produk petrokimia khusus dan hijau, bahan bakar mentah alternative petrokimia, inovasi pada produk petrokimia berskala nano dan derivatif.

petrochembm1

Sebelumnya

Philips

Petrofac Malaysia

Tarikh Dikemaskini : Khamis 17 Oktober 2019