Logo

Petrofac Malaysia

Petrofac adalah salah satu syarikat perkhidmatan medan minyak antarabangsa dengan pembangunan terpantas di dunia ang telah berjaya mewujudkan projek-projek di 29 negara. Syarikat dikendalikan oleh 18,300 pekerja dengan sumbangan kepada keuntungan kumpulan sebanyak US$669,000,000 pada tahun lalu.

Selepas lebih daripada lima belas tahun beroperasi, Petrofac memutuskan untuk meluaskan perniagaanya ke Malaysia. Petrofac Malaysia beroperasi secara aktif dalam pengeluaran minyak dan gas sejak 2006 dengan mandat yang diberikan oleh kerajaan dan PETRONAS. Peranan utamanya adalah untuk membantu menubuhkan sumber minyak dan gas di negara ini dengan insentif cukai dan membenarkan pakar asing yang mahir untuk bekerjasama dengan sumber-sumber tempatan.

PM304 pada asalnya dikelaskan sebagai sumber yang marginal dan pada hari ini ia adalah antara medan minyak terbesar di Malaysia. Petrofac juga menjadi pengendali medan Cendor bersama-sama dengan rakan Kuwait Foreign Petroleum Exploration Company (KUFPEC), PetroVietnam dan PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB) dalam membangunkan bidang itu dengan program berperingkat. Minyak pertama telah dihasilkan pada tahun 2006 dalam tempoh 16 bulan dan kini dijangka menghasilkan kira-kira 200 juta tong. Petrofac meneruskan prestasi luar biasanya apabila Projek Cendor Fasa 2 mencapai 10 juta jam tanpa lost time incident (LTI) dan pengeluaran minyak pertama di Desaru Barat pada Ogos iaitu 18 bulan selepas kelulusan oleh PETRONAS. Projek Berantai adalah satu pembangunan lapangan gas luar pesisir yang melibatkan pelaburan kira-kira AS$1 bilion. Pembangunan pantas ini mencapai gas pertamanya hanya dalam tempoh 21 bulan.

Petrofac juga telah menyiapkan pelbagai projek lump-sum untuk pelanggan di dalam bidang kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan, pemasangan dan pelaksanaan (EPCIC). Ia mencapai minyak pertama di system pengeluaran awal luar pesisir SEPAT(EPS) pada Disember 2011.

Tugasan pertama EPCIC adalah kontrak lump-sum EPCIC luar pesisir di Asia Tenggara. Petrofac juga telah dianugerahkan kontrak bernilai AS$220 juta oleh PCSB, untuk membaik pulih platform Bekok-C.

Petrofac juga berjaya menyelesaikan beberapa projek luar pesisir melalui syarikat perkhidmatan kejuruteraan yang dikenali sebagai Petrofac RNZ yang memenuhi permintaan daripada reka bentuk kepada pengurusan pembinaan. Ini telah mengwujudkan tambahan sebanyak 700 pekerja yang menjadikan bilangan pekerja di Asia Pasifik berjumlah 1,500.

Ia terus berkembang dengan menyediakan program bertaraf dunia, mereka bentuk dan membina infrastruktur untuk latihan teknikal bagi memenuhi tenaga kerja mahir dengan penubuhan Pusat Latihan Minyak dan Gas Bersepadu INSTEP di Terengganu dengan kerjasama PETRONAS.

Sebelumnya

Panasonic Industrial

Seterusnya

Philips

Produk Petroleum termasuk Petrokimia

Tarikh Dikemaskini : Khamis 17 Oktober 2019