Logo

Panasonic Industrial

Panasonic Industrial Company (M) Sdn Bhd telah mula beroperasi di Malaysia pada tahun 1996 dalam menyediakan pemasaran, jualan dan perkhidmatan bagi komponen elektronik dan perkhidmatan automasi kepada kilang pengeluar elektronik Malaysia.

Produk kami adalah untuk pasaran eksport dan domestik. Sebagai sebuah syarikat yang mewakili Kumpulan Panasonic, semua produk kami diperolehi daripada anak syarikat Panasonic yang lain dan kilang-kilang di Malaysia serta di seluruh dunia.

Syarikat kami, yang berpegang teguh kepada falsafah korporat Panasonic iaitu "Ideas For Life", adalah pusat jualan sehenti bagi menyokong eksport yang semakin meningkat dan pasaran domestik. Jualan syarikat berasal dari syarikat pengguna lain yang menggunakan komponen elektronik kami dalam produk mereka seperti pembersih vakum, telefon bimbit, televisyen dan komputer.

Tenaga kerja Malaysia yang berbilang kaum dan berbilang bahasa serta fasih dalam bahasa Inggeris adalah faktor penarik untuk kami menubuhkan operasi di negara ini. Di samping itu, infrastruktur yang maju dan persekitaran perniagaan yang rancak juga menjadikannya lokasi ini ideal untuk kami menjalankan perniagaan.

Dasar-dasar pro-perniagaan kerajaan Malaysia dan insentif yang menarik telah membolehkan kami menyediakan produk berkualiti tinggi pada harga yang kompetitif.

Seterusnya

Petrofac Malaysia

Philips

Tarikh Dikemaskini : Khamis 17 Oktober 2019