Logo

Perkhidmatan Perundingan Pengurusan

 

Perniagaan dan perkhidmatan perundingan pengurusan (di bawah kod 7414, Malaysia Standard Industrial Classification) adalah termasuk pemberian nasihat, bimbingan atau bantuan operasi kepada perniagaan. Aktiviti-aktiviti ini melibatkan perhubungan awam, sebagai contoh melalui pembinaan imej dan pembentukan pendapat bagi meningkatkan hubungan dengan pelanggan iaitu orang ramai, media atau lain-lain, selain daripada iklan dibayar, kebajikan dan kerja amal, politik, melobi; aktiviti yang berkaitan dengan perancangan, penganjuran, kecekapan dan kawalan, pengurusan maklumat; gabungan pengurusan dan perundingan dan pengurusan sebenar, contohnya dengan ahli agronomi dan ahli ekonomi pertanian; timbang tara dan perdamaian antara pihak pengurusan dan tenaga kerja; dan aktiviti-aktiviti syarikat induk pengurusan. Ia tidak termasuk yang berikut:

(a) Aktiviti-aktiviti komputer.

(b) Nasihat undang-undang dan perwakilan.

(c) Perakaunan, aktiviti simpan kira-kira dan audit dan perundingan percukaian.

(d) Penyelidikan pasaran dan undian pendapat awam.

(e) Nasihat teknikal.

(f) Aktiviti pengiklanan.

Management Consultancy Services

Sebelumnya

Perkhidmatan Logistik

Perkhidmatan Perundangan

Seterusnya

Perkhidmatan Penyelidikan Pasaran

Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan dan Perubatan

Tarikh Dikemaskini : Khamis 17 Oktober 2019