Logo

Liberalisasi Sektor Perkhidmatan

Pada 22 April 2009, Kerajaan telah meliberalisasikan lagi sektor perkhidmatan untuk menarik lebih banyak pelaburan asing dan membawa masuk lebih ramai profesional dan teknologi serta mengukuhkan daya saing sektor berkenaan.

Menyedari potensi pertumbuhan sektor perkhidmatan, Kerajaan mengambil keputusan untuk meliberalisasikan serta merta 27 subsektor perkhidmatan, tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti. Subsektor-subsektor ini adalah dalam bidang-bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, perkhidmatan pelancongan, perkhidmatan pengangkutan, perkhidmatan perniagaan dan perkhidmatan komputer dan yang berkaitan.

Bagi memudahkan kemasukan pelaburan ke sektor perkhidmatan, sebuah Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan bagi Meluluskan Pelaburan dalam Sektor Perkhidmatan telah ditubuhkan di bawah MIDA. Jawatankuasa ini akan bertindak sebagai pusat tumpuan untuk menerima dan memproses permohonan-permohonan pelaburan dalam sektor perkhidmatan, tidak termasuk pelaburan dalam perkhidmatan-perkhidmatan kewangan, perjalanan udara, utiliti-utiliti, Koridor-Koridor Pembangunan Ekonomi, Koridor Raya Multimedia (MSC) dan syarikat-syarikat berstatus Bionexus dan perdagangan pengedaran.

Services Sub Sector

Kerajaan telah meliberalisasikan tambahan 7 lagi sektor perkhidmatan yang luas, terdiri daripada 18 sub-sektor pada tahun 2012 untuk membolehkan penyertaan sehingga 100% ekuiti asing secara berperingkat. Sub-sektor ini adalah:

Telekomunikasi

  • Perkhidmatan telekomunikasi (penyedia perkhidmatan rangkaian dan lesen kemudahan rangkaian)
  • Perkhidmatan telekomunikasi (Permohonan Lesen Penyedia Perkhidmatan)

Penjagaan Kesihatan

  • Perkhidmatan hospital swasta
  • Perkhidmatan pakar perubatan
  • Perkhidmatan pakar pergigian

Perkhidmatan Profesional

  • Perakaunan dan Percukaian
  • Perkhidmatan Senibina
  • Perkhidmatan Kejuruteraan
  • Perkhidmatan Undang-Undang
  • Perkhidmatan Ukur Bahan

Perkhidmatan Alam Sekitar

  • Perkhidmatan Pembakaran

Perkhidmatan Perdagangan Pengedaran

  • Kedai-kedai dan kedai khusus.

Perkhidmatan Pendidikan

  • Pendidikan Tinggi Swasta Bertaraf Universiti
  • Sekolah Antarabangsa
  • Perkhidmatan Pendidikan Menengah Teknik dan Vokasional
  • Perkhidmatan Pendidikan Menengah Teknik dan Vokasional untuk pelajar berkeperluan khas
  • Pusat Latihan Kemahiran

Perkhidmatan Kurier

Dalam melengkapkan pertumbuhan dan pembangunan dalam sektor perkilangan, Kerajaan telah meningkatkan usaha untuk mempromosi dan membangunkan sektor perkhidmatan itu. Kerajaan akan secara beransur-ansur mengambil langkah untuk meliberalisasikan perkhidmatan lain sub-sektor secara berterusan.

Seterusnya

Insentif

Peluang Pelaburan

Tarikh Dikemaskini : Khamis 17 Oktober 2019