Logo

Intel Microelectronics

INTEL Microelectronics (M) Sdn. Bhd.-Intel Corporation telah diperbadankan di California pada tahun 1968, ia adalah pemimpin dunia dalam inovasi silikon dan pembuat cip semikonduktor terbesar di dunia. Intel Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1972 di Pulau Pinang. Daripada tenaga kerja permulaan sebanyak 100 pekerja, Intel Corporation telah berkembang untuk menjadi tapak yang terbesar dan paling pelbagai di luar Amerika Syarikat. Hari ini, Intel Malaysia dengan bangganya menyokong rangkaian produk yang meluas termasuk mikropemproses, set cip, pemproses rangkaian, dan pengawal mikro; dengan lebih daripada 4 bilion mikrocip dihasilkan setakat ini. 

Intel Malaysia telah menyumbang kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara melalui aktiviti-aktiviti dalam pembuatan berteknologi tinggi, reka bentuk dan pembangunan produk Intel terkini, perkhidmatan perkongsian global dan tanggungjawab sosial korporat. Ia telah melabur lebih daripada RM14 bilion dalam tempoh 42 tahun yang lalu dan menggaji 9,000 rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi. 

Pusat Perkhidmatan Global Intel Malaysia (GSC) di Malaysia akan menjalankan penyelidikan, reka bentuk dan pembangunan dan aktiviti-aktiviti sampingan yang berkaitan untuk semikonduktor & peranti pengkomputeran lain; dan aktiviti perkhidmatan yang berkaitan dengan kewangan, sumber manusia, teknologi maklumat, perolehan, pembuatan, logistik, pergudangan dan perkhidmatan pemasaran jualan.

Sebelumnya

Infineon

IKEA

Seterusnya

Ismeca Malaysia

Tarikh Dikemaskini : Khamis 17 Oktober 2019