Logo

Sokongan Infrastruktur

 

1 Peta Infrastruktur

Map Covering Major Infrastructure

2 Tanah Perindustrian
Kawasan Perindustrian

Malaysia mempunyai lebih daripada 200 kawasan atau taman perindustrian yang dimajukan oleh agensi-agensi kerajaan, iaitu Perbadanan-Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Lembaga-Lembaga Pembangunan Wilayah, lembaga-lembaga pelabuhan dan pihak-pihak berkuasa tempatan. Selain daripada itu, kawasan-kawasan baru akan terus dimajukan bagi memenuhi permintaan semakin meningkat untuk tanah perindustrian. Disamping agensi-agensi kerajaan, pemaju-pemaju swasta juga turut membangunkan kawasan-kawasan perindustrian di negeri-negeri tertentu.

Harga dan peraturan pemajakan berbeza mengikut lokasi.

Zon Bebas

Zon Bebas adalah sebuah kawasan yang diisytiharkan oleh Menteri Kewangan di bawah peruntukan Seksyen 3 (1) Akta Zon Bebas 1990. Ia direka khas untuk menggalakkan perdagangan entreport dan ditubuhkan khusus untuk syarikat perkilangan yang mengeluarkan atau memasang produk-produk terutama untuk eksport.

Sebuah Zon Bebas terdiri daripada sebuah zon komersial bebas bagi aktiviti-aktiviti komersial yang termasuk perdagangan (kecuali perdagangan peruncitan), pecah pukal, penggredan, pembungkusan semula, pelabelan semula serta persinggahan, dan sebuah zon perindustrian bebas bagi aktiviti-akiviti perkilangan.

Aktiviti-aktiviti dan industri-industri yang terletak di kawasan ini tertakluk kepada formaliti kastam yang minimum dan ia dianggap sebagai sebuah tempat di luar Kawasan Kastam Utama kecuali yang berkaitan dengan Larangan Import dan Eksport di bawah Seksyen 31 Akta Kastam 1967.

Setakat ini terdapat 13 zon komersial bebas yang terletak di Pelabuhan Utara, Selatan dan Barat Pelabuhan Klang, Zon Bebas Pelabuhan Klang, Hab Logistik MILS Pulau Indah, Butterworth, Bayan Lepas, KLIA, Rantau Panjang, Pengkalan Kubor, Stulang Laut, Pelabuhan Johor dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.


Zon Perindustrian Bebas

Selain formaliti kastam yang minimum, zon perindustrian bebas (FIZ) membolehkan syarikat berorientasikan eksport menikmati pengimportan bebas cukai bahan mentah, bahagian komponen, mesin dan peralatan yang diperlukan secara langsung dalam proses-proses perkilangan, serta formaliti minimum bagi mengeksport produk-produk siap.

Setakat ini terdapat 18 FIZ yang terletak di Pasir Gudang, Tanjung Pelepas, Batu Berendam I, Batu Berendam II, Tanjung Kling, Telok Panglima Garang, Pulau Indah (PKFZ), Sungai Way I, Sungai Way II, Ulu Kelang, Jelapang II, Kinta, Bayan Lepas I, II, III, IV, Seberang Perai, dan Sama Jaya.


Kelayakan

Syarikat-syarikat boleh ditempatkan di FIZ apabila:

  • keseluruhan pengeluaran atau tidak kurang 80% daripada produk-produk mereka adalah untuk eksport
  • bahan mentah/komponen yang digunakannya kebanyakannya diimport. Namun demikian, kerajaan menggalakkan syarikat-syarikat di FIZ menggunakan bahan mentah/komponen tempatan.
Gudang Pengilangan Berlesen (Licensed Manufacturing Warehouses atau LMW)

Bagi membolehkan syarikat-syarikat menikmati kemudahan FIZ di kawasan-kawasan di mana penubuhan FIZ tidak praktik atau sesuai, syarikat-syarikat boleh menubuhkan Gudang Pengilangan Berlesen (LMW). Kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada LMW adalah serupa dengan kilang-kilang yang beroperasi di FIZ.


Kelayakan

Syarikat-syarikat yang lazimnya diluluskan LMW adalah mereka yang:

  • mengeksport keseluruhan atau tidak kurang daripada 80% pengeluaran mereka.
  • menggunakan bahan mentah/komponen yang kebanyakannya diimport.


Bayaran Duti

Berkuatkuasa 1 Januari 2011, syarikat-syarikat FIZ dan LMW layak menikmati pengecualian duti import yang sama banyak dengan kadar CEPT sekiranya mereka mematuhi syarat-syarat berikut:

  1. mencecah 40% nilai kandungan tempatan; dan
  2. sekiranya nilai kandungan tempatan tidak mencecah 40%, pertimbangan boleh diberikan jika syarikat-syarikat FIZ/LMW itu boleh membuktikan bahawa bahan-bahan mentah bukan asal tempatan yang digunakan bagi mengeluarkan produk-produk akhir telah menjalani proses transformasi yang hakiki menerusi satu mekanisme yang ditetapkan.
3 Bekalan Elektrik

Malaysia mempunyai bekalan elektrik yang cukup. Syarikat utiliti negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB), membekal tenaga bagi Semenanjung Malaysia, manakala di Malaysia Timur, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Syarikat SESCO Berhad (SESCO) menyediakan tenaga masing-masing bagi negeri Sabah dan negeri Sarawak.

Voltan penghantaran adalah pada paras 55 kV, 275 kV dan 132 kV manakala voltan pengagihan adalah pada paras 33 kV, 22 kV, 11 kV dan 415/240 volt.

TNB juga menawarkan bekalan elektrik berpakej dengan stim dan air dingin di bawah skim aset-aset penjanaan haba dan skim penjanaan hidro untuk manfaat industri-industri tertentu yang memerlukan tenaga berbilang bentuk untuk proses-proses mereka.

Di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), sistem elektrik pembentukan gelang, yang merupakan sistem termaju seumpamanya di rantau ini, memastikan bekalan tenaga berterusan tanpa gangguan. Bekalan stabil dan terjamin ini menepati toleran ketat yang diperlukan oleh operasi-operas berteknologi tinggi, sekali gus mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk menggalakkan industri-industri seumpama itu.

4 Bekalan Air

Bekalan dan perkhidmatan air di Malaysia adalah di bawah tanggungjawab bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-Kerajaan Negeri. Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan air negara khususnya untuk memelihara hak-hak pengguna, dua kerangka perundangan, iaitu Akta Industri Perkhidmatan Air Negara (NSW) dan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah diperkenalkan.

Dengan adanya perkhidmatan air yang dikawal rapi, ia akan membantu menggalakkan kecekapan dan kemampanan jangka panjang industri air bagi manfaat pengguna-pengguna, pelabur-pelabur serta pengendali-pengendali. Pengguna-pengguna di Malaysia menikmati bekalan air 24 jam, yang mana kuantiti dan kualiti bekalan terjamin dan selamat diminum. Ia diolah menurut piawaian antarabangsa bagi air minum sebagaimana ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Semua penggunaan domestik, komersial dan perindustrian dikira mengikut bacaan meter. Kos penggunaan air adalah rendah dan berbeza dari satu negeri ke satu negeri lain.

5 Perkhidmatan Telekomunikasi

Infrastruktur komunikasi talian tetap, mudah alih dan satelit Malaysia yang disediakan oleh pembekal-pembekal kemudahan mudah alih dan rangkaian lain menyediakan julat luas perkhidmatan-perkhidmatan domestik dan antarabangsa merangkumi suara, video, data dan perkhidmatan komunikasi termaju yang lain.

Ketika ini, perkhidmatan telekomunikasi selular meliputi 96% daripada kawasan-kawasan yang diduduki, dengan 35.7 juta pelanggan. Telekomunikasi talian tetap dan mudah alih diperkukuhkan dengan VSAT dan perkhidmatan-perkhidmatan darat dan maritim berasaskan satelit.

Terdapat lebih 28 pembekal perkhidmatan internet (ISP), dengan jumlah 5.6 juta pelanggan. ISP utama ialah TM disusuli Maxis dan Celcom dengan bahagian pasaran masing-masing sebanyak 35%, 19% dan 18%. Infrastruktur telekomunikasi ini menyediakan pelbagai perkhidmatan audio, data dan video dengan rangkaian digital moden dan lengkap yang menggunakan kedua-dua jalur lebar wayar dan wayarles diperluas yang lain bagi menyediakan kapasiti dan kelajuan yang tinggi untuk penghantaran suara dan data. Di peringkat domestik, Malaysia ketika ini dibekalkan dengan infrastruktur melebihi 40GB. Di MSC Malaysia, kapasiti jalur lebar sehingga 10GB disediakan.

Malaysia dihubungkan dengan serata pelusuk dunia lain menerusi pelbagai gentian optik dan konsortium satelit seperti FLAG, SEA-ME-WE, AAG, MCS, APCN, China-US, Japan-US, Measat dan Intelsat. Bagi menyokong permintaan jalur lebar yang semakin meningkat, teknologi-teknologi sederhana dan tinggi seperti ADSL, VDSL2+, FTTP, HSPA, WiMAX sedang ditempatkan secara meluas di serata negara ini.

Malaysia pada masa ini menawarkan tarif yang kompetitif bagi sambungan tempatan, nasional dan antarabangsa serta litar-litar sewa, dengan dailan Internet dan tarif antarabangsa antara yang terrendah di rantau ini.

6 KEMUDAHAN KARGO UDARA

Kedudukan Malaysia di tengah-tengah persimpangan Asia Tenggara menjadikannya sebagai sebuah lokasi yang sangat menarik bagi pusat pindah kapal. Kemudahan-kemudahan kargo udara pula adalah yang termaju, terutamanya di enam lapangan terbang antarabangsa Malaysia.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang canggih di Sepang, mempunyai kapasiti semasa seramai 40 juta penumpang dan lebih 1.2 juta tan metrik kargo setahun.

Bagaimanapun, kawasan seluas 10 hektar di KLIA dirancang untuk menampung sehingga 60 juta penumpang dan tiga juta tan metrik kargo setahun menjelang tahun 2020, dan sehingga 100 juta penumpang dan di antara lima hingga enam tan metrik kargo setahun di masa hadapan.

Lapangan-lapangan terbang antarabangsa yang lain adalah Lapangan Terbang Pulau Pinang, Lapangan Terbang Langkawi dan Lapangan Terbang Senai di Semenanjung Malaysia, Lapangan Terbang Kota Kinabalu di Sabah, dan Lapangan Terbang Kuching di Sarawak.

MASkargo adalah bahagian kargo utama syarikat induknya Malaysia Airlines (MAS) yang menggendalikan perkhidmatan-perkhidmatan kargo udara sewa dan terjadual, perkhidmatan-perkhidmatan penggendalian darat serta logistik kargo dari lapangan terbang ke pelabuhan melalui pengangkutan darat.

Selain itu, MASkargo juga menawarkan kapasiti ruang perut kapal dalam pesawat-pesawat syarikat pemegangannya MAS dan anak-anak syarikatnya yang lain melalui 100 destinasi antarabangsa syarikat udara negara ini merentasi enam benua.

Pada masa ini, syarikat ini menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan penghantaran barang-barang terjadual dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kuching (Malaysia) ke Sydney, Shanghai, Taipei, Bangkok, Hong Kong, Manila, Jakarta, Surabaya, Tokyo, Osaka, Frankfurt, Amsterdam dan Sharjah. Ketika ini, MASkargo menggendalikan barisan pesawat penghantaran barang-barangnya sendiri, dua Boeing B747-400F dan dua Airbus A330-200F.

Baru-baru ini, syarikat berkenaan telah diberi perakuan di bawah Program Penghantaran Barang-Barang Selamat IATA (IATA Secure Freight Programme), bertujuan mengwujudkan rantaian bekalan yang selamat, yang mengkukuhkan keselamatan kargo. Syarikat juga memiliki produk yang digelar I-Port, lapangan terbang pertama dunia di dalam perkhidmatan pindah kapal pelabuhan. Perkhidmatan ini membolehkan penggendalian cepat pengangkutan kargo udara dan laut melalui KLIA dari Pelabuhan Klang. Selain itu, MASkargo juga menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan dengan trak dari satu lapangan terbang ke satu lapangan terbang lain di negara ini.

Perkhidmatan kargo udara di Malaysia dilengkapkan oleh Transmile Air yang menyediakan perkhidmatan untuk enam destinasi domestik di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia dan 2 destinasi terjadual antarabangsa, iaitu Hong Kong dan Singapura. Penerbangan-penerbangan domestik ke Labuan dan Bintulu di Malaysia Timur menampung terutamanya keperluan industri minyak dan gas yang memerlukan kemudahan-kemudahan mengangkut khusus. Selain daripada perkhidmatan-perkhidmatan terjadual, Transmile Air juga menawarkan perkhidmatan sewa pesawat udara ke rantau ASEAN dan Asia Pasifik dan berkeupayaan untuk terbang ke India, Timur Tengah dan China.

Untuk maklumat lanjut mengenai MASkargo, sila layari laman sesawang syarikat itu di www.maskargo.com.

7 Pelabuhan

Pelabuhan-pelabuhan di Malaysia boleh dikelaskan sebagai pelabuhan-pelabuhan persekutuan dan pelabuhan-pelabuhan negeri. Semua pelabuhan persekutuan adalah di bawah bidang tugas Kementerian Pengangkutan. Pada masa ini terdapat tujuh pelabuhan utama persekutuan, iaitu Pelabuhan Klang, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Johor, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Kemaman dan Pelabuhan Bintulu. Kesemua pelabuhan persekutuan itu dilengkapkan dengan kemudahan-kemudahan moden. Pelabuhan Bintulu adalah pelabuhan yang mengendalikan gas asli cecair.

Sejajar dengan pengembangan ekonomi dan perdagangan, pelabuhan-pelabuhan di negara ini telah mencatatkan pertumbuhan ketara dalam beberapa tahun yang lepas. Dua daripada pelabuhan-pelabuhan berkenaan; iaitu Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas, telah ditempatkan di kalangan 20 pelabuhan kontena teratas dunia.

Dasar kerajaan mengenai pelabuhan memfokus kepada:

a. Pembangunan berpacukan pembekalan, iaitu di mana terdapat penyediaan kapasiti yang cukup di pelabuhan bagi memastikan masa kapal menunggu adalah sifar.
b. Meningkatkan penggunaan pelabuhan-pelabuhan melalui:
  • menambahbaik kecekapan dan produktiviti pengendalian pelabuhan;
  • pengswastaan pelabuhan;
  • pembangunan dan penambahbaikan perkhidmatan sampingan; dan
  • pembangunan dan penambahbaikan pengangkutan sebelah darat.
c. Pemusatan muatan, yang mana Pelabuhan Klang telah dijadikan pusat muatan negara dan pusat pindah kapal. Manakala, Pelabuhan Tanjung Pelepas telah diiktiraf sebagai hab pindah kapal serantau.
8 Pengangkutan Kargo

Pelbagai syarikat menyediakan perkhidmatan pengangkutan kargo kontena yang serba lengkap di Malaysia. Ini termasuk pengangkutan kontena, penghantaran barang-barang, pergudangan, perkhidmatan bunker, perkhidmatan berkaitan pengedaran, pemeriksaan pelabuhan dan kastam serta pembaikan, pemajakan dan penyelenggaraan kontena.

Penerima-penerima konsain dan pelanggan-pelanggan di Malaysia menikmati pengangkutan kargo yang cepat, cekap dan boleh dipercayai menerusi satu rangkaian cawangan dan pejabat tempatan. Kebanyakan syarikat juga menawarkan rangkaian ejen antarabangsa yang baik.

Pengangkutan Kontena

Kerajaan Malaysia mengawalselia perkhidmatan pengangkutan kontena dalam negara menerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Sebanyak 62 syarikat pengangkut menampung pelbagai keperluan kargo menerusi rangkaian treler dan penggerak prima yang pelbagai termasuk kenderaan diubahsuai. Sesetengahnya dilengkapkan dengan sistem pengesan moden untuk membolehkan perhubungan dengan kenderaan-kenderaan pengangkut semasa dalam perjalanan.

Sebilangan besar pengendali sederhana dan kecil menghantar kargo konvensional dengan trak ke destinasi-destinasi di negara ini. Sementara itu, sebuah perkhidmatan pengantara kereta api blok dikendalikan bagi destinasi-destinasi tertentu dan sebuah perkhidmatan penghantaran barang-barang memastikan penyampaian-penyampaian kontena kepada pelanggan-pelanggan di bandar lain.

Sistem pengangkutan berbilang cara (jalan dan kereta api) ini memastikan kargo sampai tepat pada masanya.

Penghantaran Barang-Barang

Beratus-ratus ejen penghantaran barang-barang yang berpusat di seluruh Malaysia menawarkan perkhidmatan penghantaran barang-barang ke seluruh negara, manakala kargo ke destinasi-destinasi antarabangsa boleh dihantarkan melalui pelbagai syarikat perkhidmatan penghantaran barang-barang antarabangsa.

Syarikat-syarikat penghantaran barang-barang juga memberi bantuan kepada pengilang-pengilang bagi permohonan mereka untuk mendapatkan permit, lesen dan pengecualian duti/cukai untuk pemeriksaan barang-barang-barang oleh pihak kastam.

9 Lebuhraya

Lembaga Lebuhraya Malaysia menyelia dan melaksanakan rekabentuk, pembinaan, kawalselia, pengendalian dan penyelenggaraan lebuhraya antara bandar-bandar di Malaysia. Lebuhraya ekspres yang selesa itu menghubungkan semua bandar besar dan kawasan-kawasan pembangunan berpotensi, dan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan perindustrian dengan membolehkan pengangkutan dilakukan dengan cekap.

Program penswastaan negara yang berjaya serta pertumbuhan ekonomi yang kukuh juga merangsangkan lebih banyak lagi projek pembangunan lebuhraya dilaksanakan dalam beberapa tahun lalu.

Kini, Lebuhraya Ekspres Utara-Selatan serta Jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menjadi tulang belakang infrastruktur jalan Malaysia, sekali gus menyumbang kepada pembangunan pesat sosio-ekonomi negara.

10 Perkhidmatan Kereta Api

Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB), yang beroperasi di Semenanjung Malaysia, adalah sebuah badan korporat milik penuh kerajaan Malaysia. Selaku pertubuhan pengangkutan tunggal terbesar di negara ini, KTMB mempunyai keupayaan untuk mengangkut beberapa jenis barangan, dari biji-bijian hingga jentera.

Rangkaian landasannya merentas sepanjang dan seluas Semenanjung Malaysia dari terminal utara di Padang Besar ke Pasir Gudang, Johor di selatan dan terus ke Singapura. Landasan sama yang mengarah ke utara memberi khidmat kepada dermaga-dermaga dan kemudahan-kemudahan pelabuhan di Pulau Pinang.

11 MSC Malaysia

MSC Malaysia adalah lokasi pelaburan paling teruja di Asia bagi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Diilhamkan pada 1996, MSC telah berkembang menjadi sebuah hab ICT yang dinamik serta menjadi hos kepada kira-kira 2000 syarikat multinasional, milik asing dan kelahiran tempatan, yang memfokus kepada produk-produk mutlimedia dan komunikasi, penyelesaian, perkhidmatan serta penyelidikan dan pembangunan.

Terletak di tengah-tengah pasaran Asia yang pesat berkembang, MSC Malaysia seluas 750km persegi itu bercirikan infrastruktur canggih dan ditadbir oleh undang-undang siber, dasar dan amalan yang membolehkan syarikat-syarikat yang beroperasi berkembang dan menghasilkan inovasi secara berterusan.

Di bawah program “MSC Malaysia National Rollout” yang dikenali sebagai “Next Leap”, MSC Malaysia telah membentuk piawaian yang akan memupuk dan memastikan industri-industri boleh ICT kekal menubuhkan perniagaan mereka di persekitaran berdaya saing, yang dinamakan Bandaraya Siber dan Pusat Siber.

Setakat ini, kawasan-kawasan yang telah ditentukan oleh MSC Malaysia sebagai Bandaraya Siber/Pusat Siber termasuk:

  • Cyberjaya
  • Technology Park Malaysia (TPM)
  • Kuala Lumpur City Centre (KLCC)
  • UPM-MTDC
  • KL Sentral
  • Kuala Lumpur Tower
  • TM Cybercentre Complex
  • Mid Valley City (MVC)
  • i-City, Shah Alam
  • Bandar Utama
  • Bangsar South City
  • Penang Cybercity-1(PCC1), Pulau Pinang
  • Kulim High Tech Park (KHTP), Kedah
  • Meru Raya, Perak
  • Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka
  • Menara MSC Cyberport, Johor
  • Putra Square, Pahang

Kawasan-kawasan lain di negara ini yang memenuhi kriteria kelayakan dan piawaian prestasi MSC Malaysia akan turut diberikan sama ada status bandaraya siber MSC atau pusat siber MSC berdasarkan kesediaan kawasan-kawasan ini di masa hadapan.

MSC Malaysia menjadi lokasi pilihan pencipta-pencipta dan pelabur-pelabur global. Kelebihan daya saing Malaysia yang unik adalah hasil daripada:

  • Highly competitive package for MSC Malaysia investors
  • Customised incentives and financing
  • Strongly committed leadership
  • Easy access to rapidly growing markets of ASEAN and the Asia Pacific
  • Availability of qualified and educated employees with more than 30,000 ICT diploma & degree graduates annually
  • Multilingual, multicultural talents
  • Political and institutional stability
  • High quality of life

Disamping penyelesaian inovatif yang dibangunkan oleh syarikat-syarikat MSC, MSC Malaysia juga memfokus kepada:

  • Smart Card Technology
  • Smart Schools
  • Telehealth
  • e-Government
  • e-Business
  • Technopreneurship
  • Creative Multimedia
  • Shared Services and Outsourcing

Untuk mendaptkan maklumat lanjut mengenai MSC Malaysia, sila layari http://www.mscmalaysia.my

Sebelumnya

Perlindungan Harta Intelek

Pengurusan Alam Sekitar

Tarikh Dikemaskini : Khamis 17 Oktober 2019