Logo

Insentif Sektor Perkilangan

 

Di Malaysia, insentif cukai, sama ada langsung atau tidak langsung, diperuntukkan di bawah Akta Penggalakan Pelaburan, 1986, Akta Cukai Pendapatan, 1967, Akta Kastam, 1967, Akta Cukai Jualan, 1972, Akta Eksais, 1976 dan Akta Zon Bebas, 1990. Akta-akta ini merangkumi pelaburan dalam sektor-sektor perkilangan, pertanian, pelancongan (termasuk perniagaan hotel) dan perkhidmatan diluluskan serta aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan, latihan dan pemuliharaan alam sekitar.

Insentif cukai langsung memberikan pelepasan sebahagian atau penuh pembayaran cukai pendapatan untuk tempoh tertentu, manakala insentif cukai tidak langsung adalah dalam bentuk pengecualian duti import, cukai jualan dan duti eksais.

1 Insentif bagi Sektor Perkilangan
Insentif Utama bagi Syarikat Perkilangan

Insentif cukai utama bagi syarikat-syarikat yang melabur dalam sektor perkilangan ialah Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan.

Kelayakan bagi mendapatkan Taraf Perintis atau Elaun Cukai Pelaburan adalah berdasarkan keutamaan tertentu, termasuk paras nilai ditambah, teknologi digunakan dan rangkaian perindustrian. Projek-projek sedemikian diistilahkan sebagai “aktiviti digalakkan” atau “keluaran digalakkan”. (sila lihat Lampiran I : Senarai Aktiviti Digalakkan dan Keluaran Digalakkan- Am)

  1. Taraf Perintis
  2. Sebuah syarikat yang diberikan Taraf Perintis menikmati pengecualian sebahagian cukai pendapatan yang diperlu dibayar untuk tempoh lima tahun. Ia membayar cukai ke atas 30% daripada pendapatan berkanunnya*, dan tempoh pengecualian bermula dari Hari Pengeluaran (ditakrifkan sebagai hari paras pengeluaran mencecah 30% daripada kapasitinya).

    Elaun modal tidak diserap dan kerugian terkumpul yang ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis syarikat berkenaan.

    Permohonan bagi Taraf Perintis hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

    *Pendapatan berkanun diperoleh setelah ditolak perbelanjaan hasil dan elaun modal daripada pendapatan kasar.

  3. Elaun Cukai Pelaburan
  4. Sebagai alternatif kepada Taraf Perintis, sebuah syarikat boleh memohon Elaun Cukai Pelaburan (Investment Tax Allowance atau ITA). Syarikat yang diberikan ITA menerima elaun sebanyak 60% ke atas perbelanjaan modal layak (seperti kilang, loji, jentera dan peralatan lain yang digunakan bagi projek diluluskan) yang dilakukan dalam tempoh lima tahun dari tarikh perbelanjaan modal layak pertama.

    Syarikat berkenaan boleh menggunakan elaun ini untuk ditolak sebanyak 70% daripada pendapatan berkanunnya bagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya. Baki 30% daripada pendapatan berkanun akan dikenakan cukai pada kadar cukai syarikat semasa.

    Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

Insentif bagi Syarikat Teknologi Tinggi

Sebuah syarikat teknologi tinggi adalah sebuah syarikat yang terbabit dalam aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan dalam bidang teknologi baru dan sedang muncul. (sila lihat Lampiran II: Senarai Aktiviti Digalakkan dan Keluaran Digalakkan – Syarikat Teknologi Tinggi)

Sebuah syarikat teknologi tinggi layak mendapat:

  1. Taraf Perintis dengan pengecualian cukai sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun untuk tempoh lima tahun. Elaun modal tidak diserap dan kerugian terkumpul yang ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis syarikat berkenaan; atau
  2. Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% ke atas perbelanjaan modal layak yang dilakukan dalam tempoh lima tahun dari tarikh perbelanjaan modal layak pertama. Elaun ini boleh ditolak sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

Syarikat teknologi tinggi mestilah memenuhi kriteria berikut:

  1. Peratusan perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan (Research & Development atau R&D) tempatan berbanding jualan kasar hendaklah sekurang-kurangnya 1% setiap tahun. Syarikat mempunyai tiga tahun dari tarikh operasi atau memulakan perniagaan untuk memenuhi keperluan ini.
  2. Kakitangan sains dan teknikal yang berijazah atau berdiploma dengan pengalaman kerja sekurang-kurangnya lima tahun hendaklah sekurang-kurangnya 15% daripada jumlah tenaga pekerja syarikat.
Insentif bagi Projek Strategik

Projek strategik membabitkan produk atau aktiviti berkepentingan negara. Lazimnya, ia membabitkan pelaburan yang besar dengan tempoh gestasi yang lama, berparas teknologi yang tinggi, bersepadu, menjana rangkaian yang luas, dan mempunyai impak yang besar ke atas ekonomi. Projek sedemikian layak mendapat:

  1. Taraf Perintis dengan pengecualian cukai sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun. Elaun modal tidak diserap dan kerugian terkumpul yang ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis syarikat berkenaan; atau
  2. Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal layak yang dilakukan dalam tempoh lima tahun dari tarikh perbelanjaan modal layak pertama. Elaun ini boleh ditolak sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

Insentif bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

Berkuatkuasa dari Tahun Taksiran 2009, bagi tujuan pengenaan cukai pendapatan dan insentif cukai, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ditakrif semula sebagai sebuah syarikat pemastautin di Malaysia yang mempunyai modal berbayar bagi saham biasa sebanyak RM2.5 juta atau kurang pada permulaan tempoh asas bagi suatu tahun taksiran di mana syarikat ini tidak boleh dikawal oleh sebuah syarikat lain yang mempunyai modal berbayar melebihi RM2.5 juta.

PKS layak mendapat kadar cukai syarikat yang lebih rendah sebanyak 20% ke atas pendapatan tercukai sehingga RM500,000. Kadar cukai ke atas baki pendapatan tercukai kekal pada 25%.

Syarikat Perkilangan Berskala Kecil

Syarikat-syarikat perkilangan berskala kecil yang diperbadankan di Malaysia dengan dana pemegang saham tidak melebihi RM500,000 dan mempunyai sekurang-kurangnya 60% ekuiti warga Malaysia layak mendapat insentif berikut:

  1. Taraf Perintis dengan pengecualian cukai sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun untuk tempoh lima tahun. Elaun modal tidak diserap dan kerugian terkumpul yang ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis syarikat berkenaan; atau
  2. Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% ke atas perbelanjaan modal layak yang dilakukan dalam tempoh lima tahun. Elaun ini boleh ditolak sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

Sebuah pemilikan tunggal atau perkongsian layak untuk memohon insentif ini dengan syarat sebuah syarikat sendirian berhad /syarikat berhad baru ditubuhkan untuk mengambilalih pengeluaran/aktiviti yang sedia ada.

Untuk layak mendapatkan insentif ini, berkuatkuasa dari 2 Mac 2012, sebuah perusahaan kecil hendaklah memenuhi kriteria berikut:

  1. Nilai ditambah mestilah sekurang-kurangnya 25%; dan
  2. Nisbah pengurusan, teknikal dan penyeliaan (management, technical and supervisory atau MTS) mestilah sekurang-kurangnya 20%.

Syarikat hendaklah menjalankan pengilangan keluaran atau menyertai aktiviti yang disenaraikan sebagai keluaran digalakkan dan aktiviti digalakkan bagi syarikat kecil (sila lihat Lampiran III : Senarai Aktiviti Digalakkan dan Keluaran Digalakkan – Syarikat Kecil) atau dalam Senarai Am (sila lihat Lampiran I : Senarai Aktiviti Digalakan dan Keluaran Digalakkan – Am).

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA.


Insentif bagi Industri Jentera dan Peralatan

Insentif bagi Pengeluaran Jentera dan Peralatan Terpilih

Syarikat-syarikat yang menjalankan aktiviti untuk mengeluarkan jentera dan peralatan terpilih layak mendapat:

  1. Taraf Perintis dengan pengecualian cukai sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun. Elaun modal tidak diserap dan kerugian terkumpul yang ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis syarikat berkenaan; atau
  2. Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal layak yang dilakukan dalam tempoh lima tahun dari tarikh perbelanjaan modal layak pertama. Elaun ini boleh ditolak sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

(sila lihat Lampiran IV : Senarai Aktiviti Digalakkan dan Keluaran Digalakkan bagi Industri Terpilih).


Insentif bagi Industri Automotif


Insentif bagi Pemasangan atau Pengilangan Kenderaan-Kenderaan Hibrid dan Elektrik

Syarikat-syarikat yang menjalankan pemasangan atau pengilangan kenderaan-kenderaan hibrid dan elektrik layak mendapat:

  • Taraf Perintis dengan pengecualian cukai sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun. Elaun modal tidak diserap dan kerugian terkumpul yang ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis syarikat berkenaan; atau
  • Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal layak yang dilakukan dalam tempoh lima tahun dari tarikh perbelanjaan modal layak pertama. Elaun ini boleh ditolak sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.
  • Pengecualian 50% duti eksais ke atas kenderaan-kenderaan pemasangan/pengilangan tempatan; atau peruntukan di bawah Dana Pelarasan Industri (Industries Adjustment Fund atau IAF).

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

Insentif bagi Pengunaan Biojisim Kelapa Sawit

Syarikat-syarikat yang menggunakan biojisim kelapa sawit bagi menggeluarkan produk nilai ditambah seperti papan zarah, papan serat kepadatan sederhana, papan lapis, palpa dan kertas layak mendapat insentif berikut:

  1. Syarikat Baru
    • Taraf Perintis dengan pengecualian cukai sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun untuk tempoh sepuluh tahun. Elaun modal tidak diserap dan kerugian terkumpul yang ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis syarikat berkenaan; atau
    • Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal layak yang dilakukan dalam tempoh lima tahun. Elaun ini boleh ditolak sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan ditolak boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

    (Sila lihat Lampiran IV : Senarai Aktiviti Digalakkan dan Keluaran Digalakkan bagi Industri Terpilih)

  2. Insentif bagi Syarikat Sedia Ada yang Melabur Semula
    • Taraf Perintis dengan pengecualian cukai sebanyak 100% ke atas pendapatan berkanun tambahan yang dihasilkan daripada pelaburan semula untuk tempoh 10 tahun. Elaun modal tidak diserap dan kerugian terkumpul yang ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis syarikat berkenaan; atau
    • Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal layak tambahan yang dilakukan dalam tempoh lima tahun. Elaun ini boleh ditolak sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

    (Sila lihat Lampiran V : Senarai Aktiviti Digalakkan dan Keluaran Digalakkan – Pelaburan Semula)

    Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

Insentif Tambahan bagi Sektor Perkilangan
  1. Elaun Pelaburan Semula
  2. Elaun Pelaburan Semula (Reinvestment Allowance atau RA) diberikan kepada syarikat-syarikat sedia ada yang terbabit dalam aktiviti pengilangan, pemprosesan dan pertanian terpilih yang melakukan pelaburan semula bagi tujuan pembesaran, automasi, pemodenan atau pempelbagaian dengan syarat syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya selama 36 bulan berkuatkuasa dari Tahun Taksiran 2009.

    RA ini diberikan pada kadar 60% ke atas perbelanjaan modal layak yang dilakukan oleh syarikat, dan ia boleh ditolak sebanyak 70% daripada pendapatan berkanun bagi tahun taksiran berkenaan. Sebarang elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

    Sebuah syarikat boleh menggunakan RA ini untuk ditolak sebanyak 100% daripada pendapatan berkanunnya bagi tahun taksiran berkenaan sekiranya syarikat mencapai tahap produktiviti melebihi yang ditetapkan Kementerian Kewangan. Untuk keterangan lanjut mengenai tahap produktiviti yang ditetapkan bagi setiap subsektor, sila hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (sila lihat Alamat-Alamat Berguna- Pertubuhan Berkaitan).

    RA ini akan diberikan untuk tempoh 15 tahun berturut-turut bermula dari tahun pertama pelaburan semula dilakukan. Syarikat-syarikat hanya boleh membuat tuntutan RA ini setelah projek yang layak siap; iaitu setelah bangunan siap atau apabila loji/jentera telah beroperasi. Berkuatkuasa dari Tahun Taksiran 2009, sebuah syarikat yang membeli sesuatu aset yang telah dituntut RA daripada sebuah syarikat berkaitan dalam kumpulan yang sama tidak dibenarkan untuk menuntut RA sekali lagi ke atas aset yang sama.

    Aset-aset yang diperoleh bagi pelaburan semula tidak boleh dilupus dalam tempoh lima tahun dari tarikh pelaburan semula dilakukan berkuatkuasa dari Tahun Taksiran 2009.

    Syarikat-syarikat yang bercadang untuk melabur semula sebelum tamat tempoh pengecualian cukai, boleh menyerah balik Taraf Perintis atau Sijil Perintis untuk tujuan pembatalan dan layak mendapat RA.

    Permohonan bagi RA hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), manakala permohonan penyerahan balik Taraf Perintis atau Sijil Perintis bagi RA hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

  3. Elaun Modal Dipercepat
  4. Selepas tempoh 15 tahun layak mendapat RA, syarikat-syarikat yang melabur semula dalam pengeluaran keluaran digalakkan boleh memohon Elaun Modal Dipercepat (Accelerated Capital Allowance atau ACA). ACA menyediakan elaun khas, di mana perbelanjaan modal dihapus kira dalam tempoh tiga tahun, iaitu elaun permulaan sebanyak 40% dan elaun tahunan sebanyak 20%.

    Permohonan hendaklah dikemukakan kepada LHDN dan disertakan surat MIDA yang mengesahkan bahawa syarikat mengeluarkan keluaran digalakkan.

    Perusahan kecil dan sederhana (PKS) juga layak diberi insentif berikut:

    • Elaun Modal Dipercepat ke atas perbelanjaan yang dilakukan bagi loji dan jentera yang diperoleh dalam Tahun Taksiran 2009 dan 2010. Elaun ini hendaklah dituntut dalam tempoh satu tahun, iaitu pada tahun taksiran aset berkenaan diperoleh sepenuhnya. Insentif ini berkuatkuasa bagi Tahun Taksiran 2009 dan 2010.
    • PKS tidak lagi tertakluk kepada had maksimum RM10,000 untuk tuntutan elaun modal ke atas aset bernilai kecil berkuatkuasa dari Tahun Taksiran 2009.

    Permohonan bagi ACA hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

  5. Elaun Modal Dipercepat ke atas Peralatan bagi Mengekal Kualiti Bekalan Tenaga
  6. Bagi mengurangkan kos-kos menjalankan perniagaan, syarikat-syarikat yang melakukan perbelanjaan modal ke atas peralatan bagi memastikan kualiti bekalan tenaga, layak mendapat Elaun Modal Dipercepat untuk tempoh dua tahun yang membenarkan syarikat menghapus kira perbelanjaan modal dalam tempoh dua tahun, iaitu elaun permulaan sebanyak 20% dan elaun tahunan sebanyak 40%.

    Hanya peralatan yang ditetapkan Kementerian Kewangan layak mendapat Elaun Modal Dipercepat.

    Permohonan hendaklah dikemukakan kepada LHDN.

  7. Elaun Modal Dipercepat bagi Peralatan Kawalan Keselamatan
  8. Elaun Modal Dipercepat ini diberikan untuk peralatan kawalan keselamatan yang dipasang di premis kilang syarikat dilesenkan di bawah Akta Penyelerasan Perindustrian, 1975. Elaun ini boleh dituntut dalam tempoh satu tahun. Berkuatkuasa dari Tahun Taksiran 2009, elaun ini dipanjangkan kepada semua premis perniagaan. Peralatan kawalan keselamatan yang layak mendapat elaun ini adalah:

    • sistem penggera anti-kecurian;
    • sistem pengesanan gerakan inframerah;
    • siren;
    • sistem kawalan laluan;
    • televisyen litar tertutup;
    • sistem pengawasan video;
    • kamera keselamatan;
    • kamera penerima tanpa wayar; dan
    • kelengkapan rakaman tertunda dan kelengkapan video pengesanan gerakan.

    Permohonan yang dikemukakan kepada LHDN dari Tahun Taksiran 2009 hingga 2012 layak mendapat elaun ini.

  9. Insentif bagi Sistem Bangunan Perindustrian
  10. Sistem Bangunan Perindustrian (Industrial Building System atau IBS) akan meningkatkan kualiti pembinaan, mewujudkan persekitaran kerja lebih selamat dan bersih serta mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Syarikat-syarikat yang melakukan perbelanjaan bagi membeli acuan yang digunakan dalam pengeluaran komponen IBS layak mendapat Elaun Modal Dipercepat untuk tempoh tiga tahun.

    Permohonan hendaklah dikemukakan kepada LHDN.

  11. Pengecualian Cukai ke atas Nilai Peningkatan Eksport
  12. Bagi menggalakkan eksport, syarikat-syarikat perkilangan di Malaysia layak untuk:

    1. Pengecualian cukai ke atas pendapatan berkanun yang sama banyak dengan 10% nilai peningkatan eksport, dengan syarat produk-produk yang dieksport mencapai nilai ditambah sekurang-kurangnya 30%; atau
    2. Pengecualian cukai ke atas pendapatan berkanun yang sama banyak dengan 15% nilai peningkatan eksport, dengan syarat produk-produk dieksport mencapai sekurang-kurangnya 50% nilai ditambah.

    Bagi menggalakkan lagi eksport produk-produk Malaysia, sebuah syarikat perkilangan milik tempatan dengan ekuiti warga Malaysia sekurang-kurangnya 60% layak mendapat:

    1. Pengecualian cukai ke atas pendapatan berkanun yang sama banyak dengan 30% nilai peningkatan eksport, dengan syarat syarikat mencapai peningkatan eksport yang signifikan.
    2. Pengecualian cukai ke atas pendapatan berkanun yang sama banyak dengan 50% nilai peningkatan eksport, dengan syarat syarikat berjaya menembusi pasaran-pasaran baru;
    3. Pengecualian penuh ke atas nilai peningkatan eksport, dengan syarat syarikat mencapai peningkatan eksport tertinggi dalam kategorinya.

    Tuntutan hendaklah dikemukakan kepada LHDN.

  13. Pelepasan Kumpulan
  14. Pelepasan kumpulan disediakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 kepada semua syarikat pemastautin diperbadankan di dalam negara. Berkuatkuasa dari Tahun Taksiran 2009, pelepasan kumpulan ditingkatkan daripada 50% kepada 70% ke atas kerugian tidak diserap bagi tahun semasa untuk ditolak daripada pendapatan syarikat lain dalam kumpulan yang sama (termasuk syarikat baru yang menjalankan aktiviti pengeluaran makanan, hutan ladang, bioteknologi, nanoteknologi, optik dan fotonik) tertakluk kepada syarat berikut:

    1. Pihak menuntut dan syarikat penyerah masing-masing mestilah mempunyai modal berbayar bagi saham biasa melebihi RM2.5 juta;
    2. Kedua-dua pihak menuntut dan syarikat penyerah mestilah mempunyai tempoh perakaunan yang sama;
    3. Pemegangan saham, sama ada langsung atau tidak langsung, pihak menuntut dan syarikat penyerah dalam kumpulan itu mestilah tidak kurang 70%;
    4. Sebanyak 70% pemegangan saham mestilah berterusan sepanjang tahun sebelumnya dan tahun yang berkenaan;
    5. Kerugian yang timbul daripada pengambilalihan hak empunya atau syarikat milik asing tidak boleh diambil kira bagi maksud pelepasan kumpulan; dan
    6. Syarikat yang sedang menikmati insentif berikut tidak layak untuk pelepasan kumpulan:
      • Taraf Perintis
      • Elaun Cukai Pelaburan/ Elaun Pelaburan
      • Elaun Pelaburan Semula
      • Pengecualian Keuntungan Perkapalan
      • Pengecualian Cukai Pendapatan di bawah Seksyen 127 Akta Cukai Pendapatan, 1967; dan
      • Syarikat Pelaburan Insentif

    Dengan pengenalan insentif di atas, insentif pelepasan kumpulan sedia ada bagi pengeluaran makanan, hutan ladang, bioteknologi, nanoteknologi, optik dan fotonik yang diluluskan akan diberhentikan. Bagaimanapun, syarikat-syarikat yang diberi insentif pelepasan kumpulan bagi aktiviti-aktiviti di atas akan terus dibenarkan menolak 100% kerugian yang ditanggung oleh anak-anak syarikat mereka daripada pendapatan mereka.

    Tuntutan hendaklah dikemukakan kepada LHDN.

2 Insentif bagi Sektor Pertanian

Akta Penggalakan Pelaburan, 1986 menyatakan bahawa istilah “syarikat” berhubung dengan pertanian termasuk:

  • Pertubuhan koperasi dan persatuan berasaskan pertanian; dan
  • Pemilikan tunggal dan perkongsian yang terbabit dalam pertanian

Syarikat-syarikat yang menghasilkan keluaran digalakkan atau terbabit dalam aktiviti digalakkan (sila lihat Lampiran 1: Senarai Aktiviti Digalakkan dan Keluaran Digalakkan – Am) dalam sektor pertanian layak mendapat insentif berikut:

Insentif Utama bagi Sektor Pertanian
  1. Taraf Perintis

    Seperti sektor perkilangan, syarikat-syarikat yang menghasilkan keluaran digalakkan atau terbabit dalam aktiviti digalakkan layak mendapat Taraf Perintis. Sebuah syarikat Taraf Perintis menikmati pengecualian sebahagian cukai pendapatan. Ia membayar cukai ke atas 30% pendapatan berkanunnya untuk tempoh lima tahun, bermula dari Hari Pengeluaran (ditakrifkan sebagai hari jualan pertama hasil pertanian).

    Elaun modal tidak diserap dan kerugian terkumpul yang ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis syarikat berkenaan.

    Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

  2. Elaun Cukai Pelaburan
  3. Sebagai alternatif kepada Taraf Perintis, syarikat yang menghasilkan keluaran digalakkan atau terbabit dalam aktiviti digalakkan boleh memohon Elaun Cukai Pelaburan (Investment Tax Allowance atau ITA). Sebuah syarikat yang diberikan ITA boleh mendapat elaun sebanyak 60% ke atas perbelanjaan modal layak yang dilakukan dalam tempoh lima tahun dari tarikh perbelanjaan modal layak pertama.

    Syarikat-syarikat boleh menggunakan elaun ini untuk ditolak sebanyak 70% daripada pendapatan berkanun mereka bagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya. Baki 30% pendapatan berkanun dikenakan cukai pada kadar cukai syarikat semasa. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

    Bagi menambahkan manfaat kepada projek-projek pertanian, kerajaan telah perluaskan takrif perbelanjaan modal layak untuk merangkumi perbelanjaan berikut:

    • Pembersihan dan persediaan tanah
    • Penanaman tanaman
    • Penyediaan loji dan jentera yang digunakan di Malaysia bagi maksud penanaman tanaman; dan
    • Pembinaan jalan akses termasuk jambatan, pembinaan atau pembelian bangunan (termasuk yang disediakan bagi kebajikan orang atau sebagai tempat tinggal), penambahbaikan struktur ke atas tanah atau struktur-struktur lain yang digunakan bagi penanaman tanaman. Jalan, jambatan, bangunan, penambahbaikan struktur ke atas tanah dan struktur-struktur lain sedemikian hendaklah di atas tanah yang merupakan sebahagian daripada tanah yang digunakan bagi maksud penanaman tanaman.

    Memandangkan jarak masa yang jauh di antara bermulanya projek dan pemprosesan hasil produk, projek pertanian bersepadu layak untuk ITA selama lima tahun tambahan untuk perbelanjaan yang dilakukan untuk operasi pemprosesan atau pengilangan.

    Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

  4. Insentif bagi Pengeluaran Makanan
    1. Insentif bagi Projek Baru
    2. Insentif-insentif tertentu diperkenalkan untuk menarik pelaburan ke dalam projek-projek makanan pada peringkat ladang serta peringkat pengeluaran/pemprosesan. Ini akan meningkatkan bekalan bahan mentah bagi sektor pemprosesan makanan dan dengan itu mengurangkan kebergantungan terhadap import bahan mentah berkenaan.

      Insentif-insentif cukai diberikan kepada syarikat yang melabur dalam sebuah anak syarikat yang terbabit dalam projek pengeluaran makanan diluluskan dan juga kepada anak syarikatnya yang mengusahakan aktiviti-aktiviti pengeluaran makanan. Insentif-insentif ini diberikan seperti berikut:

      1. Sebuah syarikat yang melabur dalam anak syarikatnya yang terbabit dalam aktiviti-aktiviti pengeluaran makanan boleh dipertimbangkan untuk potongan cukai yang sama banyak dengan jumlah pelaburan yang dilakukan dalam anak syarikat itu; dan
      2. Anak syarikat yang mengusahakan aktiviti-aktiviti pengeluaran makanan boleh dipertimbangkan untuk pengecualian cukai penuh ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh 10 tahun taksiran bagi projek-projek baru atau lima tahun taksiran bagi projek pengembangan. Tempoh pengecualian bermula dari tahun pertama syarikat itu memperoleh pendapatan berkanun, yang mana:
        • kerugian ditanggung sebelum tempoh pengecualian boleh dibawa ke hadapan selepas tempoh pengecualian;
        • kerugian ditanggung semasa tempoh pengecualian cukai juga boleh dibawa ke hadapan selepas tempoh pengecualian.
      3. Insentif-insentif ini diberikan berdasarkan syarat-syarat berikut:
        • syarikat hendaklah sekurang-kurangnya menguasai 70% ekuiti dalam anak syarikat yang mengusahakan aktiviti-aktiviti pengeluaran makanan;
        • aktiviti-aktiviti pengeluaran makanan mestilah diluluskan oleh Menteri Kewangan, iaitu penanaman kenaf, sayur-sayuran, buah-buahan, herba dan rempah-ratus; akuakultur; ternakan lembu, kambing dan kambing biri-biri; dan perikanan laut dalam.
        • projek pengeluaran makanan itu hendaklah bermula dalam tempoh satu tahun dari tarikh insentif diluluskan.
    3. Insentif bagi Syarikat Sedia Ada yang Melabur Semula
    4. Sebuah syarikat sedia ada yang melabur semula dalam pengeluaran produk-produk makanan di atas juga layak mendapat insentif yang sama bagi tempoh lima tahun.

      Projek pengeluaran makanan bagi kedua-dua syarikat baru (a) dan syarikat sedia ada (b) hendaklah bermula dalam tempoh satu tahun dari tarikh insentif diluluskan.

      Permohonan yang diterima menjelang 31 Disember 2015 layak mendapat insentif-insentif ini. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Insentif-insentif bagi Produk Halal
  1. Insentif-insentif bagi Pengeluaran Makanan Halal
  2. Bagi menggalakkan pelaburan baru dalam pengeluaran makanan halal untuk pasaran eksport dan untuk menambahkan penggunaan jentera dan peralatan moden serta canggih bagi mengeluarkan makanan halal bermutu tinggi yang menepati piawaian antarabangsa, syarikat-syarikat yang melabur dalam pengeluaran makanan halal dan telah memperoleh sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) layak diberikan Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal layak yang dilakukan dalam tempoh lima tahun.

    Elaun ini boleh ditolak sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun pada tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

    Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana mendapatkan sijil halal dari JAKIM, sila layari laman sesawang www.halal.gov.my

    Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

  3. Insentif-insentif bagi Aktiviti-aktiviti Halal Lain
    1. Insentif-insentif bagi Pengusaha Taman Halal
    2. Sebagai usaha untuk mempromosi tarikan-tarikan di Taman-taman Halal, pengusaha-pengusaha taman halal layak mendapat insentif-insentif berikut:

      • Taraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100% ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun. Elaun modal tidak diserap dan kerugian terkumpul yang ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis syarikat berkenaan; atau
      • Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal layak yang dilakukan dalam tempoh lima tahun. Elaun ini boleh ditolak sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.
    3. Insentif-insentif bagi Penggiat Industri Halal
    4. Syarikat-syarikat yang bercadang untuk mengusahakan projek-projek di Taman-taman Halal yang ditetapkan layak untuk mendapat:

      • Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal layak yang dilakukan dalam tempoh 10 tahun. Elaun ini boleh ditolak sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya; atau
      • Pengecualian cukai pendapatan ke atas jualan eksport untuk tempoh lima tahun.

      Aktiviti-aktiviti mestilah dalam empat sektor industri berikut:

      • Makanan terproses istimewa
      • Produk-produk farmaseutikal, kosmetik dan penjagaan diri
      • Produk-produk ternakan dan daging
      • Ramuan-ramuan halal
    5. Insentif-insentif bagi Pengusaha Logistik Halal
    6. Sebagai usaha untuk menggalakkan industri halal dan rantaian bekalan halal di Malaysia, insentif-insentif berikut diberikan kepada pengusaha-pengusaha logistik halal:

      • Pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100% ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh lima tahun. Elaun modal tidak diserap dan kerugian terkumpul yang ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis syarikat berkenaan; atau
      • Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal layak yang dilakukan dalam tempoh lima tahun. Elaun ini boleh ditolak sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.
      • Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan pengusaha-pengusaha logistik halal mestilah bersepadu yang terdiri daripada tiga aktiviti utama:

        • Penghantaran barang-barang
        • Pergudangan
        • Pengangkutan

        Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Halal Industry Development Corporation Sdn Bhd (HDC).

      • Potongan Dua Kali Ganda bagi Perbelanjaan untuk Memperoleh Sijil Halal dan Sijil Sistem Kualiti dan Piawaian
      • Bagi meningkatkan daya saingan syarikat-syarikat Malaysia di pasaran global bagi produk halal, termasuk makanan halal, potongan dua kali ganda diberikan bagi maksud pengiraan cukai pendapatan kepada syarikat-syarikat yang melakukan perbelanjaan untuk:

        • persijilan sistem kualiti dan piawaian serta sijil halal daripada JAKIM
        • persijilan sistem kualiti dan piawaian antarabangsa

        Tuntutan hendaklah dikemukakan kepada LHDN.

Insentif Tambahan bagi Sektor Pertanian
  1. Elaun Pelaburan Semula
  2. Syarikat-syarikat yang terbabit sekurang-kurangnya selama 36 bulan dalam pengeluaran makanan keperluan seperti beras, jagung, sayur-sayuran, umbi, ternakan haiwan, produk akuatik, dan sebarang aktiviti lain yang diluluskan oleh Menteri Kewangan layak mendapat Elaun Pelaburan Semula (Reinvestment Allowance atau RA). (See List of Promoted Activities and Products – Reinvestment)

    RA adalah dalam bentuk elaun sebanyak 60% daripada perbelanjaan modal layak yang dilakukan dalam tempoh 15 tahun bermula dari tahun pertama pelaburan semula dilakukan. Elaun ini boleh ditolak sebanyak 70% daripada pendapatan berkanun pada tahun taksiran. Jumlah elaun yang tidak digunakan di bawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya. Perbelanjaan modal layak termasuk perbelanjaan yang dilakukan untuk:

    • Stok pembiak baka bagi akuakultur
    • Stok pembiak baka bagi penternakan
    • Pembersihan dan persediaan tanah
    • Penanaman tanaman
    • Penyediaan loji dan jentera yang digunakan di Malaysia bagi maksud penanaman tanaman, ternakan haiwan, akuakultur, perikanan darat atau perikanan laut dalam, dan kegiatan-kegiatan pertanian atau pastoral lain; dan
    • Pembinaan jalan akses termasuk jambatan, pembinaan atau pembelian bangunan (termasuk yang disediakan bagi kebajikan orang atau sebagai tempat tinggal), dan penambahbaikan struktur tanah atau struktur-struktur lain yang digunakan bagi penanaman tanaman, ternakan haiwan, akuakultur, perikanan darat dan kegiatan-kegiatan pertanian atau pastoral lain. Jalan, jambatan, bangunan, penambahbaikan ke atas tanah dan struktur-struktur lain sedemikian hendaklah di atas tanah yang merupakan sebahagian daripada tanah yang digunakan bagi maksud penanaman tanaman, ternakan haiwan, akuakultur, perikanan darat dan kegiatan-kegiatan pertanian dan pastoral lain.

    Tuntutan hendaklah dikemukakan kepada LHDN.

  3. Insentif bagi Pelaburan Semula dalam Industri Berasaskan Sumber
  4. Insentif ini ditawarkan kepada syarikat-syarikat yang sekurang-kurangnya 51% milik warga Malaysia dan dalam industri berasaskan getah, kelapa sawit dan kayu yang mengeluarkan produk yang berpotensi untuk dieksport. Syarikat-syarikat dalam industri-industri ini yang melabur semula bagi maksud pengembangan layak mendapat:

    1. Taraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh lima tahun. Elaun modal tidak diserap dan kerugian terkumpul yang ditanggung semasa tempoh pertintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis syarikat berkenaan; atau
    2. Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% ke atas perbelanjaan modal layak tambahan yang dilakukan dalam tempoh lima tahun. Elaun ini boleh ditolak sebanyak 70% daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

    Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

  5. Insentif bagi Pelaburan Semula dalam Aktiviti Pemprosesan Makanan
  6. Sebuah syarikat perkilangan milik tempatan dengan ekuiti warga Malaysia sekurang-kurangnya 60% yang melabur semula dalam aktiviti-aktiviti pemprosesan makanan digalakkan layak mendapat: (Sila lihat Lampiran V : Senarai Aktiviti Digalakkan dan Keluaran Digalakkan – Pelaburan Semula)

    1. Taraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh lima tahun. Elaun modal tidak diserap dan kerugian terkumpul yang ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis syarikat berkenaan; atau
    2. Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% ke atas perbelanjaan modal layak tambahan yang dilakukan dalam tempoh lima tahun. Elaun ini boleh ditolak sebanyak 70% daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.
  7. Elaun Modal Dipercepat
  8. Selepas tamat tempoh Elaun Pelaburan Semula, syarikat-syarikat yang melabur semula dalam aktiviti pertanian dan keluaran makanan digalakkan layak memohon Elaun Modal Dipercepat (Accelerated Capital Allowance atau ACA). Aktiviti ini termasuk penanaman padi, jagung, sayur-sayuran, umbi, ternakan haiwan, produk akuatik dan sebarang aktiviti lain yang diluluskan oleh Menteri Kewangan.

    ACA menyediakan elaun khas supaya perbelanjaan modal boleh dihapus kira dalam tempoh dua tahun, iaitu elaun permulaan 20% dalam tahun pertama dan elaun tahunan 40%.

    Tuntutan hendaklah dikemukakan kepada LHDN, dan disertakan surat MIDA yang mengesahkan bahawa syarikat menjalankan aktiviti pertanian digalakkan atau mengeluarkan keluaran makanan digalakkan.

  9. Elaun Pertanian
  10. Individu atau syarikat yang mengusahakan aktiviti pertanian boleh menuntut Elaun Modal dan Elaun Bangunan Perindustrian khas di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk perbelanjaan modal tertentu. Perbelanjaan modal yang layak termasuk perbelanjaan yang dilakukan untuk:

    • Stok pembiak baka bagi akuakultur
    • Stok pembiak baka bagi penternakan
    • Pembersihan dan persediaan tanah.
    • Penanaman tanaman.
    • Penyediaan loji dan jentera yang digunakan di Malaysia bagi maksud penanaman tanaman, ternakan haiwan, akuakultur, perikanan darat atau perikanan laut dalam, dan kegiatan-kegiatan pertanian atau pastoral lain; dan
    • Pembinaan jalan akses termasuk jambatan, pembinaan atau pembelian bangunan (termasuk yang disediakan bagi kebajikan orang atau sebagai tempat tinggal) dan penambahbaikan struktur tanah atau struktur-struktur lain yang digunakan bagi penanaman tanaman, peladangan haiwan, akuakultur, perikanan darat dan kegiatan-kegaiatan pertanian atau pastoral lain. Jalan, jambatan, bangunan, penambahbaikan struktur ke atas tanah dan struktur-struktur lain sedemikian hendaklah di atas tanah yang merupakan sebahagian daripada tanah yang digunakan bagi maksud penanaman tanaman, peladangan haiwan, akuakultur, perikanan darat dan kegiatan-kegiatan pertanian atau pastoral lain.

    Sebuah syarikat akan terus menerima elaun ini selagi ia melakukan perbelanjaan, tidak kira sama ada ia telahpun menikmati Taraf Perintis atau ITA.

    Tuntutan hendaklah dikemukakan kepada LHDN.

  11. Elaun 100% ke atas Perbelanjaan Modal bagi Projek Pertanian Diluluskan
  12. Jadual 4A Akta Cukai Pendapatan, 1967 memperuntukkan elaun 100% ke atas perbelanjaan modal bagi Projek Pertanian Diluluskan seperti diluluskan Menteri Kewangan. Ia meliputi perbelanjaan modal layak yang dilakukan dalam jangka masa tertentu untuk sebuah ladang yang menanam dan menggunakan keluasan ekar minimum tertentu seperti ditetapkan oleh Menteri Kewangan.

    Projek pertanian diluluskan adalah projek-projek bagi penanaman sayur-sayuran, buah-buahan (papaya, pisang, makisar, belimbing, jambu dan manggis), umbi, akar, herba, rempah-ratus, tanaman untuk makanan haiwan dan produk berasaskan hidroponik, pembiakan ikan hiasan, pemeliharaan ikan dan udang (pembiakan berkolam, pembiakan bertangki, pembiakan sangkar marin, dan pembiakan sangkar marin pesisir); kerang, tiram, kepah dan pembiakan rumput laut; penetasan udang kecil, udang dan ikan; dan hutan ladang spesis tertentu.

    Insentif ini membolehkan seseorang yang mengusahakan sebuah projek sedemikian memilih supaya perbelanjaan modal layak yang dilakukan untuk projek itu ditolak daripada pendapatan agregatnya, termasuk pendapatan daripada sumber-sumber lain. Di mana pendapatan agregat tidak mencukupi, perbelanjaan yang tidak diserap boleh dibawa ke tahun-tahun taksiran berikutnya. Apabila pilihan ini diambil, ia tidak lagi layak mendapat sebarang elaun modal atau elaun pertanian ke atas perbelanjaan modal yang sama.

    Perbelanjaan modal yang layak diberikan potongan termasuk perbelanjaan yang dilakukan untuk:

    • Stok pembiak baka bagi akuakultur
    • Stok pembiak baka bagi penternakan
    • Pembersihan dan persediaan tanah
    • Penanaman tanaman
    • Penyediaan loji dan jentera yang digunakan di Malaysia bagi maksud penanaman tanaman, peladangan haiwan, akuakultur, perikanan darat atau perikanan laut dalam, dan kegiatan-kegiatan pertanian dan pastoral lain; dan
    • Pembinaan jalan akses termasuk jambatan, pembinaan atau pembelian bangunan (termasuk yang disediakan bagi kebajikan orang atau tempat tinggal), dan penambahbaikan struktur tanah atau struktur-struktur lain yang digunakan untuk penanaman tanaman, peladangan haiwan, akuakultur, perikanan darat dan kegiatan-kegiatan pertanian atau pastoral lain. Jalan, jambatan, bangunan, penambahbaikan struktur ke atas tanah dan struktur-struktur lain hendaklah di atas tanah yang merupakan sebahagian daripada tanah yang digunakan untuk penanaman tanaman, peladangan haiwan, perikanan darat dan kegiatan-kegiatan pertanian atau pastoral lain.

    Insentif ini tidak boleh dinikmati oleh syarikat yang telah diberikan insentif di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986 dan tempoh pelepasan cukainya belum bermula atau belum tamat.

    Tuntutan hendaklah dikemukakan kepada LHDN.

  13. Pengecualian Cukai ke atas Nilai Peningkatan Eksport
  14. Sebuah syarikat yang mengeksport buah-buahan segar dan kering, bunga-bunga segar dan kering, pokok-pokok hiasan dan ikan hiasan menikmati pengecualian cukai ke atas pendapatan berkanunnya yang sama banyak dengan 10% daripada nilai peningkatan eksportnya. Tuntutan hendaklah dikemukakan kepada LHDN.

  15. Insentif bagi Syarikat yang Menyediakan Kemudahan dan Perkhidmatan Rangkaian Bilik Sejuk untuk Produk Makanan.
  16. Syarikat-syarikat yang menyediakan kemudahan bilik sejuk dan trak refrigeran dan perkhidmatan berkaitan seperti pemungutan dan pengawetan produk-produk makanan hasil tempatan yang mudah rosak layak mendapat Taraf Perintis atau Elaun Cukai Pelaburan.

    1. Insentif-insentif bagi Syarikat Baru
    2. Syarikat-syarikat baru yang menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian bilik sejuk bagi hasil pertanian yang mudah rosak layak mendapat:

      • Taraf Perinits dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% daripada pendapatan berkanun untuk tempoh lima tahun. Elaun modal tidak diserap dan kerugian terkumpul yang ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis syarikat berkenaan; atau
      • Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% ke atas perbelanjaan modal layak yang dilakukan dalam tempoh lima tahun. Elaun ini boleh ditolak sebanyak 70% daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.
    3. Insentif-insentif bagi Syarikat Sedia Ada Yang Melabur Semula
    4. Syarikat-syarikat sedia ada milik tempatan yang melabur semula dalam kemudahan dan perkhidmatan rangkaian bilik sejuk bagi hasil pertanian yang mudah rosak layak mendapat insentif berikut: (Sila lihat Lampiran V : Senarai Aktiviti Digalakkan dan Keluaran Digalakkan – Pelaburan Semula)

      • Taraf Perinits dengan pengecualian cukai sebanyak 70% daripada pendapatan berkanun tambahan yang dihasilkan daripada pelaburan semula berkenaan untuk tempoh lima tahun. Elaun modal tidak diserap dan kerugian terkumpul yang ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis syarikat berkenaan; atau
      • Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% ke atas perbelanjaan modal layak tambahan yang dilakukan dalam tempoh lima tahun. Elaun ini boleh ditolak sebanyak 70% daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

      Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

    5. Potongan Dua Kali Ganda ke atas Tambang Penghantaran Barang-Barang bagi Eksport Produk Berasaskan Rotan dan Kayu
    6. Pengilang-pengilang yang mengeksport produk berasaskan rotan dan kayu (tidak termasuk kayu bergergaji dan venier) layak mendapat potongan dua kali ganda ke atas tambang penghantaran barang-barang.

3 Insentif bagi Industri Bioteknologi
Insentif Utama bagi Industri Bioteknologi

Sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti bioteknologi dan telah diluluskan dengan Status BioNexus oleh Malaysian Biotechnology Corporation Sdn Bhd layak mendapat insentif berikut:

  1. Pengecualian cukai ke atas 100% pendapatan berkanun
    • untuk tempoh 10 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tahun pertama syarikat memperoleh pendapatan berkanun daripada perniagaan baru berkenaan; atau
    • untuk tempoh lima tahun taksiran berturut-turut bermula dari tahun pertama syarikat memperoleh pendapatan berkanun daripada perniagaan sedia ada dan projek pengembangan; atau
  2. Pengecualian 100% ke atas pendapatan berkanun yang diperoleh daripada perniagaan baru atau pengembangan projek yang sama banyak dengan 100% elaun yang diberikan bagi perbelanjaan modal layak yang dilakukan dalam tempoh lima tahun.
  3. Sebuah syarikat Status BioNexus layak menerima kadar cukai konsesi sebanyak 20% ke atas pendapatan berkanun yang diperoleh daripada aktiviti-aktiviti yang layak untuk tempoh 10 tahun setelah tamat tempoh pengecualian cukai.
  4. Pengecualian cukai ke atas dividen yang diagih oleh sebuah syarikat Status BioNexus;
  5. Potongan dua kali ganda ke atas perbelanjaan yang dilakukan bagi penyelidikan dan pembangunan;
  6. Bangunan yang digunakan semata-mata untuk tujuan aktiviti bioteknologi layak mendapat Elaun Bangunan Perindustrian yang boleh dituntut sepanjang tempoh 10 tahun.
  7. Sebuah syarikat atau seorang individu (yang menjalankan perniagaan) yang melabur dalam sebuah syarikat Status BioNexus layak mendapat potongan cukai yang sama banyak dengan jumlah pelaburan yang dilakukan dalam modal benih dan pembiayaan di peringkat awal.

Permohonan bagi Status BioNexus hendaklah dikemukakan kepada Malaysian Biotechnology Corporation (BiotechCorp)

Pendanaan Bioteknologi bagi Syarikat Status BioNexus

Biotechcorp menyediakan pendanaan kepada syarikat-syarikat Status BioNexus di bawah Geran Pengkomersialan Bioteknologi (BCG).

Tiga komponen Geran Pengkomersialan (BCG) itu adalah seperti berikut:

  1. Dana Benih
    • Sehingga RM2.5 juta bagi setiap syarikat
    • Tujuan: Untuk mendana kos benih atau kos permulaan bagi menubuhkan syarikat-syarikat bioteknologi dan membantu ke arah pembangunan dan pengkomersialan projek-projek bioteknologi.

  2. Dana Pemadanan Penyelidikan & Pembangunan
    • Maksimum RM1.0 juta setiap projek
    • Tujuan: Untuk menyediakan dana pemadanan bagi projek-projek R&D yang boleh membangunkan produk dan/atau proses dan/atau teknologi baru dan tambah baik serta membawa kepada pembangunan dan pengkomersialan lebih lanjut dalam Bidang-Bidang Fokus Bioteknologi Malaysia.

  3. Dana Pemadanan Pembangunan Perniagaan Antarabangsa
    • Maksimum RM1.0 juta bagi setiap projek
    • Tujuan: Untuk menggalakkan pengembangan Syarikat Status BioNexus ke dalam pasaran global.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.biotechcorp.com.my

4 Insentif bagi Industri Pelancongan

Projek pelancongan, termasuk projek-projek agro-pelancongan dan eko-pelancongan dan, layak untuk insentif cukai. Ini termasuk perniagaan hotel, projek pelancongan termasuk taman tema di pintu dan di luar pintu, pembinaan kem percutian, projek rekreasi termasuk kem rekreasi dan pembinaan pusat konvensyen dengan kapasiti untuk menampung sekurang-kurangnya 3,000 peserta.

Insentif untuk Hotel dan Projek Pelancongan

Syarikat yang menjalankan pelaburan baru di hotel 1-5 bintang dan projek pelancongan layak mendapat insentif berikut:

Taraf perintis

Sebuah syarikat yang diberikan Taraf Perintis menikmati pengecualian selama 5 tahun secara berperingkat daripada pembayaran cukai pendapatan. Ia hanya perlu membayar cukai ke atas 30% daripada pendapatan berkanun, bermula dari Hari Pengeluaran yang ditentukan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Elaun modal tidak diserap dan kerugian terkumpul yang ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis syarikat berkenaan.

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA sebelum permulaan perniagaan.

Elaun Cukai Pelaburan

Sebagai alternatif kepada Taraf Perintis, sebuah syarikat boleh memohon Elaun Cukai Pelaburan (ITA). Sebuah syarikat yang diberikan ITA menerima elaun sebanyak 60% ke atas perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan dalam tempoh lima tahun dari tarikh perbelanjaan modal yang layak pertama dilakukan.

Syarikat-syarikat boleh menggunakan elaun ini dengan 70% pendapatan berkanun dalam tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA sebelum permulaan perniagaan.

Permohonan untuk 4 dan 5 bintang yang diterima oleh 31 Disember 2016 layak mendapat insentif ini.

Insentif yang dipertingkatkan untuk Pelaburan Baru dalam Hotel

Syarikat yang menjalankan pelaburan baru di hotel 4 dan 5 bintang di Sabah dan Sarawak adalah layak untuk insentif berikut:

Taraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun untuk tempoh lima tahun. Elaun modal tidak diserap dan kerugian terkumpul yang ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis syarikat berkenaan; atau

Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan dalam tempoh lima tahun. Elaun ini boleh ditolak sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

Permohonan yang diterima oleh 31 Dis 2016 layak mendapat insentif ini.

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA sebelum permulaan perniagaan.

Insentif bagi Pelaburan Semula dalam Hotel

Syarikat-syarikat yang melabur semula dalam pembesaran dan pemodenan di hotel 1-5 bintang layak untuk pusingan tambahan Elaun Cukai Pelaburan seperti berikut:

60% (100% untuk 4 dan 5 bintang di Sabah dan Sarawak) ke atas perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan dalam tempoh lima tahun. Elaun ini boleh ditimbal balik dengan 70% (100% untuk 4 dan 5 bintang di Sabah dan Sarawak) daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

Syarikat layak untuk memohon ITA untuk tiga pusingan pelaburan semula. Bagi kumpulan syarikat, hanya 3 syarikat dalam kumpulan yang layak mendapat insentif cukai. (Lihat Senarai Digalakkan dan Aktiviti - Pelaburan Semula)

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA sebelum perbelanjaan modal yang layak pertama dilakukan.

Insentif bagi Pelaburan Semula dalam Projek Pelancongan

Syarikat-syarikat yang melabur semula dalam pembesaran dan pemodenan dalam projek-projek pelancongan layak untuk pusingan tambahan Taraf Perintis atau Elaun Cukai Pelaburan seperti berikut:

Taraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% daripada pendapatan berkanun untuk tempoh lima tahun. Elaun modal tidak diserap dan kerugian terkumpul yang ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis syarikat berkenaan; atau

Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% ke atas perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan dalam tempoh lima tahun. Elaun ini boleh ditolak sebanyak 70% daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

Syarikat layak untuk memohon PS dan ITA bagi dua pusingan pelaburan semula. (Lihat Senarai Digalakkan dan Aktiviti - Pelaburan Semula)

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA sebelum perbelanjaan modal yang layak pertama dilakukan.

5 Insentif-insentif Lain

Seksyen ini meliputi insentif-insentif lain yang tidak disebutkan di mana-mana dan diguna pakai untuk sektor-sektor berikut: perkilangan, pertanian, pelancongan, pengurusan alam sekitar, penyelidikan dan pembangunan, latihan, teknologi maklumat dan komunikasi, Projek Perkhidmatan Diluluskan dan perkhidmatan berkaitan perkilangan.

Elaun Bangunan Perindustrian

Elaun Bangunan Perindustrian diberikan kepada syarikat-syarikat yang melakukan perbelanjaan modal ke atas pembinaan atau pembelian sebuah bangunan yang digunakan untuk maksud tertentu, termasuk perkilangan, pertanian, aeroangkasa, pelombongan, kemudahan infrastruktur, penyelidikan, Projek Perkhidmatan Diluluskan dan perhotelan yang didaftar dengan Kementerian Pelancongan.

Syarikat-syarikat itu layak mendapat elaun permulaan 10% dan elaun tahunan 3%. Dengan itu, perbelanjaan boleh dihapuskira dalam tempoh 30 tahun. Tuntutan hendaklah dikemukakan kepada LHDN.

Elaun Bangunan Perindustrian bagi Bangunan dalam MSC Malaysia

Bagi menggalakkan pembinaan lebih banyak bangunan di Cyberjaya bagi kegunaan syarikat-syarikat status MSC Malaysia, Elaun Bangunan Perindustrian untuk tempoh 10 tahun akan diberikan kepada pemilik-pemilik bangunan baru yang diduduki oleh syarikat-syarikat status MSC Malaysia di Cyberjaya. Bangunan-bangunan baru itu termasuk bangunan-bangunan telah siap tetapi belum lagi diduduki oleh syarikat-syarikat status MSC Malaysia. Pemohonan hendaklah dikemukakan kepada LHDN.

Potongan Bayaran Audit

Bagi mengurangkan kos menjalankan perniagaan dan meningkatkan pematuhan korporat, perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat-syarikat bagi bayaran audit dianggap perbelanjaan dibenarkan potongan bagi pengiraan cukai pendapatan. Tuntutan hendaklah dikemukakan kepada LHDN.

Insentif Cukai untuk Industri Modal Teroka

Pada umumnya, syarikat modal teroka layak mendapat pengecualian cukai pendapatan selama 10 tahun tertakluk kepada syarat berikut:

  1. sekurang-kurangnya 50% daripada dana pelaburannya dalam syarikat teroka mestilah dalam bentuk modal benih; atau
  2. sekurang-kurangnya 70% daripada dana pelaburannya dalam syarikat teroka mestilah dalam bentuk atau pembiayaan kewangan permulaan atau peringkat awal.

Bagi merangsang dan menggalakkan lagi pembiayaan syarikat teroka, syarikat modal teroka yang melabur dalam syarikat teroka dengan sekurang-kurangnya 30% daripada dana pelaburannya dalam bentuk modal benih, pembiayaan kewangan permulaan atau peringkat awal layak mendapat pengecualian cukai pendapatan selama 5 tahun. Insentif ini berkuatkuasa bagi permohonan yang diterima oleh Suruhanjaya Sekuriti dari 30 Ogos 2008 hingga 31 Disember 2013.

Tuntutan hendalah dikemukakan kepada LHDN.

Insentif Cukai ke atas Kos Merungkai dan Mengalih Aset

Kos merungkai dan mengalih aset-aset termasuk loji dan jentera serta membaik pulih tapak di mana terletaknya aset-aset tidak layak mendapat elaun di bawah Jadual 3, Akta Cukai Pendapatan, 1967 memandangkan perbelanjaan itu tidak dianggap sebagai kos aset. Bagaimanapun, Piawaian Laporan Kewangan 116 (FRS116) menetapkan bahawa kos sesuatu aset termasuk kos anggaran yang perlu dibelanjakan berhubung dengan tanggungjawab untuk menyempurnakan kerja merungkai dan mengalih aset serta membaik pulih tapak di mana terletaknya aset berkenaan.

Oleh itu, bagi menyeragamkan layanan cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan, 1967 dan FRS 116, satu peruntukan khas diperkenalkan di bawah Jadual 3, Akta Cukai Pendapatan, 1967 untuk memberi elaun imbangan* ke atas kos merungkai dan mengalih aset termasuk loji dan jentera serta membaik pulih tapak di mana terletaknya aset berkenaan, tertakluk kepada syarat berikut:

  • Kelayakan untuk mendapat layanan cukai ini hanya terpakai jika tanggungjawab untuk melaksanakan kerja merungkai, mengalih loji dan jentera dan membaik pulih tapak diperuntukkan di bawah undang-undang bertulis atau perjanjian; dan
  • Loji dan jentera berkenaan tidak boleh digunakan oleh orang itu dalam perniagaan lain atau digunakan dalam perniagaan orang lain.

Permohonan adalah layak untuk mendapat insentif ini berkuatkuasa dari tahun taksiran 2009. Tuntutan hendaklah dikemukakan kepada LHDN.

Insentif bagi Pengambilalihan Hak Empunya

Perbelanjaan modal yang dilakukan bagi mengambilalih paten, reka bentuk, model, pelan, cap dagangan atau jenama dan hak-hak lain yang seumpamanya daripada orang asing layak sebagai potongan dalam pengiraan cukai pendapatan. Potongan ini diberikan dalam bentuk potongan tahunan sebanyak 20% sepanjang tempoh lima tahun. Tuntutan hendaklah dikemukakan kepada LHDN.

Insentif bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana untuk Mendaftar Paten dan Cap Dagangan

Selaras dengan matlamat Kerajaan untuk menggalakkan inovasi dan pembangunan harta intelek di kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), perbelanjaan yang dilakukan bagi pendaftaran paten dan cap dagangan di negara ini dibenarkan sebagai potongan untuk tujuan pengiraan cukai pendapatan.

Perbelanjaan-perbelanjaan pendaftaran termasuk fi atau bayaran kepada ejen-ejen cap dagangan berdaftar di bawah Akta Paten, 1983 dan Akta Cap Dagangan, 1976. Jumlah elaun imbangan ditentukan dengan mencampurkan kos merungkai dan mengalih loji dan jentera serta membaik pulih tapak kepada imbangan perbelanjaan ke atas loji dan jentera ketika aset dilupuskan.

Takrif-takrif bagi tujuan insentif cukai ini adalah seperti berikut:

  1. Syarikat-syarikat ditakrif di bawah perenggan 2A dan 2B, Jadual 1, Akta Cukai Pendapatan, 1967
  2. Industri-industri perkilangan, industri-industri perkhidmatan berkaitan perkilangan dan industri-industri berasaskan pertanian
    • Perusahaan dengan bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang; atau dengan perolehan jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta
  3. Industri-industri perkhidmatan, pertanian asas dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
    • Perusahaan dengan bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 50 orang; atau dengan perolehan jualan tahunan tidak melebihi RM5 juta

Insentif ini berkuatkuasa dari Tahun Taksiran 2010 hingga Tahun Taksiran 2014.

Insentif Berkaitan Tarif
  1. Pengecualian Duti Import ke atas Bahan Mentah/Komponen
  2. Pengecualian penuh duti import boleh dipertimbangkan bagi bahan mentah/komponen, tidak kira sama ada produk siap adalah untuk pasaran eksport atau tempatan.

    Bagi produk untuk pasaran eksport, pengecualian penuh duti import ke atas bahan mentah/komponen lazimnya diberikan, dengan syarat bahan mentah/komponen itu tidak dikeluarkan dalam negara atau, yang mana dikeluarkan dalam negara, harga dan kualiti tidak dapat diterima.

    Bagi produk untuk pasaran tempatan, pengecualian penuh duti import ke atas bahan mentah/komponen yang tidak dikeluarkan dalam negara boleh dipertimbangkan. Pengecualian penuh juga boleh dipertimbangkan sekiranya produk siap yang dikeluarkan daripada bahan mentah/komponen berduti tidak tertakluk kepada sebarang duti import.

    Perniagaan hotel dan projek pelancongan layak mendapat pengecualian penuh duti import dan cukai jualan ke atas bahan import yang dikenal pasti.

    Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

  3. Pengecualian Duti Import ke atas Peralatan Perubatan yang Diimport bagi Tujuan Dijadikan Kit
  4. Bagi menggalakkan pengilang-pengilang peralatan perubatan tempatan menjadikan produk-produk yang dikeluarkan mereka sebagai kit untuk meningkatkan nilai ditambah dan daya saing mereka, pengecualian penuh duti import diberikan ke atas peralatan perubatan yang diimport bagi tujuan dijadikan kit atau mengeluarkan set-set prosedur lengkap, dengan syarat peralatan perubatan itu tidak dikeluarkan dalam negara. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

  5. Pengecualian Duti Import dan Cukai Jualan ke atas Jentera dan Peralatan
  6. Adalah menjadi dasar kerajaan untuk tidak mengenakan cukai ke atas jentera dan peralatan yang digunakan secara langsung dalam proses-proses pengeluaran dan tidak dikeluarkan dalam negara. Oleh itu, cukai tidak dikenakan ke atas kebanyakan kategori jentera dan peralatan. Di mana jentera dan peralatan dikenakan cukai tetapi tidak terdapat di dalam negara, pengecualian penuh diberikan ke atas duti import dan cukai jualan. Bagi jentera dan peralatan yang dibeli dalam negara, pengecualian penuh diberikan ke atas cukai jualan. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

  7. Pengecualian Duti Import dan Cukai Jualan ke atas Alat Ganti dan Bahan Gunahabis
  8. Syarikat-syarikat perkilangan layak mendapat pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas alat ganti dan bahan gunahabis yang tidak dikeluarkan dalam negara dan digunakan secara langsung dalam proses pengeluaran. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

  9. Pengecualian Duti Import dan Cukai Jualan bagi Penyumberan Luar Aktiviti Pengilangan
  10. Bagi mengurangkan kos menjalankan perniagaan dan meningkatkan daya saing, pemilik-pemilik jenama Malaysia dengan pemilikan ekuiti sekurang-kurangnya 60% yang menyumber luar aktiviti-aktiviti pengilangan layak mendapat:

    1. Pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas bahan mentah dan komponen yang digunakan dalam pengeluaran produk siap oleh pengilang-pengilang kontrak mereka di dalam dan di luar negara
    2. Pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas barang separuh siap daripada pengilang-pengilang kontrak mereka di luar negara, yang akan digunakan oleh pengilang-pengilang kontrak tempatan mereka untuk mengeluarkan produk siap

    Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

  11. Pengecualian Duti Import dan Cukai Jualan bagi Aktiviti Penyenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih (MRO)
  12. Syarikat-syarikat aeroangkasa yang menjalankan aktiviti penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (maintenance, repair and overhaul atau MRO) layak mendapat pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas bahan mentah, komponen, jentera dan peralatan, alat ganti dan bahan gunahabis tertakluk kepada syarat setiap pengimportan disertakan sijil bahagian dan komponen yang dikeluarkan oleh salah satu pengilang peralatan asal (OEM) seperti berikut:

    1. Borang FAA 8130-3 dari Amerika Syarikat
    2. Borang EASA 1 dari Kesatuan Eropah
    3. Sijil Pematuhan
    4. Sijil Penepatan
    5. Sijil dari Vendor
    6. Sijil Pengedar

    Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan.

  13. Pengecualian Duti Import dan Cukai Jualan bagi Peralatan Sistem Fotovolta Solar
  14. Bagi memperluaskan kegunaan tenaga daripada sumber boleh baharu:

    1. pengeculain duti import dan cukai jualan ke atas peralatan sistem fotovolta solar untuk kegunaan pihak ketiga diberikan kepada pengimport termasuk penyedia perkhidmatan fotovolta yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga; dan
    2. pengecualian cukai jualan diberikan bagi pembelian peralatan sistem pemanasan solar daripada pengilang tempatan.

    Permohonan yang dikemukakan kepada Kementerian Kewangan menjelang 31 Disember 2012 layak mendapat insentif-insentif ini.

  15. Pengecualian Duti Import dan Cukai Jualan ke atas Peralatan Penjimatan Tenaga (Energy Effciency atau EE)
  16. Bagi memperluaskan kegunaan peralatan penjimatan tenaga:

    1. pengecualian duti import dan cukai jualan diberikan ke atas peralatan EE seperti motor berkecekapan tinggi dan bahan penebatan kepada pengimport termasuk ejen beriktiraf yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga; dan
    2. pengecualian cukai jualan diberikan bagi pembelian barangan pengguna EE seperti peti sejuk, alat penyaman udara, lampu, kipas angin dan televisyen yang dikeluarkan oleh pengeluar tempatan

    Permohonan yang dikemukakan kepada Kementerian Kewangan menjelang 31 Disember 2012 layak mendapat insentif-insentif ini.

  17. Pengecualian Duti Import dan Duti Eksais bagi Kereta Hibrid dan Kereta Elektrik
  18. Pada umumnya, pengimportan kereta siap dipasang [complete built up atau (CBU)] termasuk kereta hibrid dan kereta elektrik berkapasiti enjin di bawah 2000 cc dikenakan duti import, duti eksais dan cukai jualan pada kadar 10% hingga 80%.

    Bagaimanapun, bagi mempromosikan Malaysia sebagai sebuah hab serantau kereta hibrid dan kereta elektrik dan sebagai galakan kepada pengeluar dan pemasang kereta tempatan untuk bersedia memasang kereta hibrid dan kereta elektrik dalam negara, pemegang francais kereta hibrid dan kereta elektrik diberi pengecualian 100% duti import dan duti eksais ke atas kereta hibrid CBU dan kereta elektrik CBU baru tertakluk kepada kriteria dan syarat berikut:

    Kereta Hibrid:

    1. Mematuhi takrif Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu seperti berikut:
    2. “Sebuah kenderaan yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 alatubah tenaga berlainan dan 2 sistem penyimpanan tenaga berlainan (minyak petrol dan elektrik) di dalam kenderaan berkenaan bagi maksud pendorongan kenderaan”;

    3. Terhad kepada kereta penumpang hibrid CBU baru berkapasiti enjin di bawah 2000 cc;
    4. Spesifikasi enjin sekurang-kurangnya Euro 3 Technology
    5. Diperakui oleh Jabatan Pengangkutan Jalan sebagai sebuah kereta hibrid dengan memperoleh Sijil Kelulusan Jenis (Vehicle Type Approval) dan diperakui mencapai tidak kurang 50% pertambahan dalam penjimatan bahan bakar bagi kegunaan di bandar atau tidak kurang 25% pertambahan tergabung dalam penjimatan bahan bakar bagi kegunaan di lebuhraya dan bandar berbanding sebuah kenderaan setanding yang menggunakan pembakaran dalaman bahan bakar minyak petrol, dan
    6. Pelepasan gas karbon monoksida kurang 2.3 gram bagi setiap kilometer.

    Kereta Elektrik:

    1. Mematuhi takrif Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu seperti berikut:
    2. “Sebuah kenderaan dengan badan yang bertujuan untuk digunakan di jalan raya, dibekalkan kuasa secara eksklusif oleh sebuah motor elektrik yang bertenaga tarikan yang dibekalkan secara eksklusif oleh sebuah bateri tarikan yang dipasang di dalam kenderaan berkenaan”;

    3. Dihadkan bagi kereta elektrik CBU baru dengan kuasa motor elektrik kurang 100kW; dan
    4. Diperakui oleh Jabatan Pengangkutan Jalan sebagai kereta elektrik dengan memperoleh Sijil Kelulusan Jenis.

    Permohonan yang dikemukakan kepada Kementerian Kewangan menjelang 31 Disember 2013 layak mendapat insentif-insentif ini.

  19. Pengecualian Cukai Jualan
  20. Pengilang-pengilang yang dilesenkan di bawah Akta Cukai Jualan, 1972 layak mendapat pengecualian cukai jualan ke atas input bagi operasi pengilangan mereka. Pengilang-pengilang dengan perolehan jualan tahunan kurang daripada RM100,000 dikecualikan daripada pelesenan dan oleh itu dikecualikan membayar cukai jualan ke atas output mereka. Bagaimanapun, pengilang-pengilang itu boleh memilih untuk dilesenkan dan sebaliknya mendapatkan pengecualian cukai jualan ke atas input mereka.

    Kategori-kategori barangan tertentu dikecualikan daripada cukai jualan di kedua-dua peringkat input dan output. Ini termasuk semua barangan (termasuk bahan pembungkusan) yang digunakan dalam pengeluaran barangan terkawal, produk farmaseutikal, produk susu, fabrik batik, minyak wangi, alat kecantikan atau solek, kamera foto, jam tangan, pen, komputer, kotak karton, produk dalam industri percetakan, penyembur pertanian atau hortikultur, papan lapis, tayar celup, sistem kuasa tidak terganggu, mesin, dan produk-produk pembuatan untuk eksport.

    Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Kastam Diraja.

  21. Pemulangan Duti Import, Cukai Jualan dan Duti Eksais
  22. Di bawah Seksyen 99 Akta Kastam, 1967, Seksyen 29 Cukai Jualan, 1972 dan Seksyen 19 Akta Eksais, 1976, pemulangan duti import, cukai jualan dan duti eksais yang telah dibayar boleh dituntut oleh pengilang sekiranya bahagian, bahan mentah atau bahan pembungkusan digunakan dalam pengeluaran produk untuk eksport dalam tempoh satu tahun berdasarkan syarat-syarat ditetapkan dalam Akta-akta berkenaan.

    Duti-duti eksais dikenakan ke atas beberapa barangan terpilih yang dikeluarkan di Malaysia. Barangan yang dikenakan duti eksais termasuk minuman keras, rokok, kenderaan bermotor, daun terup, dan jubin mahjong.

    Pergerakan barangan daripada kawasan-kawasan kastam utama atau premis-premis berlesen (untuk barangan dikenakan duti eksais) bagi kegunaan dalam pengeluaran produk-produk lain oleh sebuah kilang dalam zon perindustrian bebas atau gudang pengilangan berlesen atau di pulau-pulau Labuan, Langkawi dan Tioman dianggap sebagai eksport dari Malaysia.

    Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Kastam Diraja terdekat di mana kilang ditempatkan.

Insentif bagi Penggunaan Peralatan Pemuliharaan Alam Sekitar

Syarikat-syarikat yang menggunakan peralatan pemuliharaan alam sekitar menerima elaun permulaan 40% dan elaun tahunan 20% ke atas perbelanjaan modal yang dilakukan bagi peralatan itu. Dengan itu, jumlah sepenuhnya boleh dihapuskira dalam tiga tahun. Tuntutan hendaklah dikemukakan kepada LHDN.

Derma bagi Pemuliharaan Alam Sekitar

Derma kepada pertubuhan diluluskan semata-mata untuk memelihara dan memulihara kualiti alam sekitar layak mendapat potongan sekali. Tuntutan hendaklah dikemukakan kepada LHDN.

Insentif bagi Tempat Tinggal Pekerja

Bangunan yang digunakan untuk pekerja bagi maksud tempat tinggal dalam sesuatu operasi perkilangan, Projek Perkhidmatan Diluluskan, perniagaan perhotelan atau pelancongan layak mendapat Elaun Bangunan Perindustrian khas sebanyak 10% daripada perbelanjaan yang dilakukan ke atas pembinaan/ pembelian bangunan itu untuk tempoh 10 tahun. Tuntutan hendaklah dikemukakan kepada LHDN.

Insentif bagi Kemudahan Asuhan Kanak-kanak Pekerja

Perbelanjaan yang dilakukan untuk pembinaan/pembelian bangunan bagi maksud menyediakan kemudahan asuhan kanak-kanak pekerja layak mendapat Elaun Bangunan Perindustrian khas sebanyak 10% untuk tempoh 10 tahun.

Potongan sekali juga diberikan untuk hadiah-hadiah dalam bentuk benda dan wang tunai yang dihulurkan bagi menyedia dan menyelenggarakan sebuah pusat asuhan kanak-kanak untuk manfaat pekerja.

Tuntutan hendaklah dikemukakan kepada LHDN.

Sebelumnya

Senarai Aktiviti dan Produk yang Digalakkan Bagi Sektor Perkilangan

Seterusnya

Peluang Pelaburan

Menu Pantas
Tarikh Dikemaskini : Rabu 20 Mei 2020