Logo

Prosedur Imigresen

1 Keperluan untuk Masuk ke Malaysia
Pasport atau Dokumen Perjalanan

Semua orang yang masuk ke Malaysia mestilah mempunyai pasport negara yang sah atau Dokumen Perjalanan lain yang diiktiraf antarabangsa yang sah untuk perjalanan ke Malaysia. Dokumen ini mestilah sah untuk sekurang-kurangnya enam bulan dari tarikh masuk ke Malaysia.

Mereka yang mempunyai pasport yang tidak diiktiraf Malaysia mestilah memohon satu Dokumen menggantikan Pasport serta visa yang dikeluarkan oleh Pejabat Perwakilan Malaysia di seberang laut. Permohonan untuk visa boleh dilakukan di Pejabat Perwakilan Malaysia yang terdekat di negara masing-masing.

Di negara-negara yang mana Pejabat Perwakilan Malaysia belum ditubuhkan, permohonan boleh dilakukan di Pesuruhjaya Tinggi atau Kedutaan British.

Keperluan Visa

Visa adalah satu pengesahan dalam sebuah pasport atau dokumen perjalanan lain yang diiktiraf yang dimiliki oleh warga asing yang menunjukkan bahawa pemegangnya telah memohon kebenaran untuk masuk ke Malaysia dan kebenaran telah diberikan.

Warga negara asing yang memerlukan visa untuk masuk ke Malaysia mestilah memohon visa terlebih dahulu di mana-mana Pejabat Perwakilan Malaysia di seberang laut sebelum masuk ke negara ini.

Keperluan visa mengikut negara adalah seperti berikut:

Negara-negara memerlukan visa
  • Afghanistan *
  • Angola
  • Bhutan
  • Burkina Faso
  • Burundi
  • Central African Republic
  • China
  • Colombia
  • Comoros
  • Congo Democratic Republic
  • Congo Republic
  • Cote D’Ivoire
  • Djibouti
  • Equatorial Guinea
  • Eritrea
  • Ethiopia
  • Guinea-Bissau
  • Hong Kong (Certificate of Identity or Document of Identity)
  • India
  • Liberia
  • Mali
  • Myanmar (normal passport)
  • Nepal
  • Niger
  • Rwanda
  • Republic of Serbia & Republic of Montenegro
  • Taiwan
  • United Nations (Laissez Passer)
  • Western Sahara
Negara-negara Komanwel yang memerlukan visa
  • Bangladesh
  • Cameroon
  • Ghana
  • Mozambique
  • Nigeria
  • Pakistan
  • Sri Lanka
Negara-negara yang memerlukan visa untuk tinggal melebihi 3 bulan
  • Albania
  • Algeria
  • Argentina
  • Australia
  • Austria (Vienna)
  • Bahrain
  • Belgium
  • Bosnia-Herzegovina
  • Brazil
  • Croatia
  • Cuba
  • Czech Republic
  • Denmark
  • Egypt
  • Finland
  • France
  • Germany
  • Hungary
  • Iceland
  • Ireland
  • Italy
  • Japan
  • Jordan
  • Kirgystan
  • Kuwait
  • Kyrgyz Republic
  • Lebanon
  • Liechtenstein
  • Luxembourg
  • Morocco
  • Netherland
  • Norway
  • Oman
  • Peru
  • Poland
  • Qatar
  • Romania
  • St. Marino
  • Saudi Arabia
  • Slovakia
  • South Korea
  • Spain
  • Sweden
  • Switzerland
  • Tunisia
  • Turkey
  • Turkmenistan
  • United Arab Emirates
  • United Kingdom
  • Uruguay
  • Yemen
Negara-negara yang memerlukan visa untuk tinggal melebihi 1 bulan
  • Armenia
  • Azerbaijan
  • Barbados
  • Belarus
  • Benin
  • Bolivia
  • Bulgaria
  • Cambodia
  • Cape Verde
  • Chad
  • Chile
  • Costa Rica
  • Equador
  • El Savador
  • Estonia
  • Gabon
  • Georgia
  • Greece
  • Guatemala
  • Guinea Republic
  • Haiti
  • Honduras
  • Hong Kong SAR
  • Kazakhstan
  • Latvia
  • Lithuania
  • Macao SAR
  • Macedonia
  • Madagascar
  • Maldova
  • Mauritania
  • Mexico
  • Monaco
  • Mongolia
  • Nicaragua
  • North Korea
  • North Yemen
  • Panama
  • Paraguay
  • Portugal
  • Russia
  • Sao Tome and Principe
  • Senegal
  • Slovenia
  • Sudan
  • Surinam
  • Tajikistan
  • Togo
  • Ukraine
  • Upper Volta
  • Uzbekistan
  • Vatican City
  • Venezuela
  • Zaire
  • Zimbabwe
Negara-negara yang memerlukan visa untuk tinggal melebihi 14 hari
  • Iran
  • Iraq
  • Libya
  • Macao (Travel Permit/ Portugal Certificate of Identity)
  • Palestine
  • Sierra Leone
  • Somalia
  • South Yemen
  • Syria

Bagi warga negara Amerika Syarikat, visa tidak diperlukan untuk tujuan lawatan sosial, perniagaan atau akademik (kecuali untuk pekerjaan).

Bagi warga negara Israel, visa diperlukan dan kelulusan terlebih dahulu mestilah diperoleh daripada Kementerian Dalam Negeri Malaysia. Bagaimanapun, bagi warga negara Republik Serbia dan Republik Montenegro, visa tanpa kelulusan diperlukan.

Bagi warga negara dari negara-negara ASEAN (kecuali Myanmar), visa tidak diperlukan untuk tinggal kurang daripada sebulan. Untuk tinggal melebihi sebulan, visa diperlukan (kecuali warga negara Brunei dan Singapura).

Warga negara dari negara-negara lain selain daripada negara-negara yang tersebut di atas (kecuali Israel), dibenarkan masuk ke Malaysia tanpa visa untuk lawatan sosial tidak melebihi sebulan.

Nota:
* Visa dengan rujukan iaitu visa yang diluluskan oleh Jabatan Imigresen, Malaysia diperlukan

Keperluan Pas

Selain daripada permohonan untuk masuk bagi tujuan lawatan sosial atau perniagaan, permohonan untuk mendapatkan pas-pas lawatan mestilah dilakukan sebelum ketibaan di negara ini.

Pas adalah satu pengesahan dalam pasport yang mengandungi kebenaran untuk tinggal bagi satu tempoh yang diluluskan. Warga asing yang melawat Malaysia mestilah mendapatkan pas di pintu masuk selain visa (yang mana berkenaan) yang membenarkan beliau tinggal sementara di Malaysia.

Semua permohonan berkenaan mestilah mempunyai penaja di Malaysia yang mana penaja itu bersetuju untuk bertanggungjawab menyara dan menghantar balik pelawat dari Malaysia sekiranya perlu.

Pas-pas yang diberikan kepada pelawat-pelawat asing semasa ketibaan adalah seperti berikut:

(i) Pas Lawatan (Sosial) Jangka Pendek

Pas lawatan dikeluarkan kepada warga negara asing untuk tujuan lawatan sosial atau/dan perniagaan seperti :

  • Pemilik dan wakil syarikat yang masuk ke Malaysia untuk menghadiri mesyuarat, persidangan atau seminar, memeriksa akaun syarikat atau untuk memastikan perjalanan lancar syarikat
  • Pelabur atau ahli perniagaan yang masuk untuk meneroka peluang-peluang pelaburan atau untuk mendirikan kilang
  • Wakil asing syarikat yang masuk untuk memperkenalkan barangan untuk perkilangannya di Malaysia, tetapi tidak terbabit dalam jualan langsung atau pengedaran
  • Pemilik harta yang masuk untuk merunding, menjual dan menyewakan hartanah
  • Wartawan atau pemberita asing daripada agensi media massa yang masuk untuk membuat liputan mana-mana acara di Malaysia
  • Peserta dalam acara sukan
  • Pelajar yang menduduki peperiksaan di universiti tempatan atau yang menganggotai rombongan muhibah
  • Pelawat yang masuk untuk aktiviti-aktiviti selain daripada yang tersebut atas seperti diluluskan oleh Ketua Pengarah Imigresen

Pas-pas ini tidak boleh digunakan untuk pekerjaan atau untuk menyelia pemasangan jentera baru atau pembinaan kilang.

(ii) Pas Lawatan (Sosial) Jangka Panjang

Pas lawatan sosial jangka panjang boleh dikeluarkan kepada warga negara asing untuk tinggal sementara di Malaysia bagi tempoh tidak kurang daripada enam bulan. Lanjutan boleh diberikan berdasarkan kelayakan pelawat dan setelah memenuhi syarat-syarat tertentu.

Pasangan asing kepada warga negara Malaysia, yang memegang pas lawatan sosial jangka panjang dibenarkan melibatkan diri dalam apa jua pekerjaan bergaji atau dalam apa jua perniagaan atau pekerjaan profesional tanpa perlu menukar status Pas Lawatan Sosial beliau kepada Pas Penggajian atau Pas Lawatan (Kerja Sementara).

(iii) Pas Lawatan (Kerja Sementara)

Pas ini dikeluarkan kepada warga negara asing yang masuk ke negara ini untuk bekerja kurang daripada 24 bulan.

(iv) Pas Penggajian

Pas ini dikeluarkan kepada warga negara asing yang masuk ke negara ini untuk bekerja selama satu tempoh minimum dua tahun. Pas Penggajian dikeluarkan setelah pemohon mendapat kelulusan bagi jawatan pegawai dagang daripada agensi-agensi berkuasa yang berkenaan.

(v) Pas Lawatan (Ikhtisas)

Pas ini dikeluarkan kepada warga negara asing untuk tujuan penglibatan secara kontrak jangka pendek dengan mana-mana agensi.

Kategori warga negara asing yang layak adalah:

Profesional/Sukarela
  • penyelidik diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
  • ahli pertubuhan antarabangsa
  • pensyarah/penceramah jemputan
  • pakar dalam pemasangan atau penyenggaraan mesin
  • mereka yang menyediakan latihan teknikal, dan lain-lain
Artis
  • mereka yang masuk untuk penggambaran filem
  • mereka yang masuk untuk mempromosi album atau produk baru, dan lain-lain
Mubaligh (Islam atau agama-agama lain)
  • mereka yang masuk untuk tujuan keagamaan

Tempoh sah laku pas ini berbagai tetapi tidak melebihi dua belas bulan pada satu-satu masa.

Permohonan hendaklah dilakukan oleh agensi yang berkenaan.

(vi) Pas Tanggungan

Kemudahan ini diberikan kepada keluarga pegawai-pegawai dagang. Pas Tanggungan ini dikeluarkan kepada pasangan dan anak-anak pemegang Pas Penggajian. Ia boleh dipohon bersama-sama dengan permohonan untuk pas penggajian atau selepas pas penggajian diluluskan.

vii) Pas Pelajar

Pas ini dikeluarkan kepada warga negara asing yang berhasrat untuk menuntut di Malaysia di mana-mana institusi pendidikan yang kursus-kursus mereka telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan pengambilan pelajar asing telah mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri, Malaysia.

2 Penggajian Pegawai Dagang

Kerajaan Malaysia berhasrat supaya warga negara ini akhirnya terlatih dan diambil bekerja di semua peringkat pekerjaan. Oleh itu, syarikat-syarikat digalakkan melatih lebih ramai warga Malaysia supaya pola pekerjaan di semua peringkat pertubuhan mencermin komposisi berbilang bangsa negara ini.

Akan tetapi, jika terdapat kekurangan warga Malaysia yang terlatih, syarikat-syarikat asing dibenarkan membawa masuk pegawai dagang, iaitu ‘jawatan penting’ dan ‘jawatan tempoh’. Jawatan penting adalah jawatan yang diisi tetap oleh warga negara asing, manakala jawatan tempoh adalah jawatan yang diisi bagi tempoh tertentu.

Jenis Jawatan Pegawai Dagang

Pegawai Dagang adalah warga negara asing yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:

a. Jawatan Penting

Ini adalah jawatan-jawatan peringkat pengurusan tinggi dalam syarikat-syarikat dan firma-firma sendirian milik asing yang beroperasi di Malaysia. Jawatan-jawatan penting adalah jawatan-jawatan yang diperlukan oleh syarikat-syarikat untuk menjaga kepentingan dan pelaburan mereka. Pegawai-pegawai dagang bertanggungjawab untuk menetapkan dasar-dasar syarikat berkenaan supaya matlamat dan objektifnya tercapai.

b. Jawatan Tempoh

i.

Jawatan Eksekutif

Ini adalah jawatan-jawatan peringkat pengurusan dan professional pertengahan. Jawatan ini memerlukan kelayakan profesional, pengamalan amali, kemahiran dan kepakaran yang berkaitan dengan kerja masing-masing. Pegawai dagang bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar-dasar syarikat dan menyelia kakitangan.

ii.

Jawatan Bukan Eksekutif

Ini adalah jawatan-jawatan untuk melaksanakan kerja-kerja teknikal yang memerlukan kemahiran teknikal tertentu atau kemahiran dan pengamalan amali.
Garis Panduan mengenai Penggajian Pegawai Dagang

Terdapat dua peringkat dalam penggajian pegawai-pegawai dagang:

a) Permohonan bagi jawatan pegawai dagang yang dikemukakan kepada pihak-pihak berkuasa berkenaan yang ditentukan mengikut jenis perniagaan

b) Setelah jawatan-jawatan pegawai dagang diluluskan oleh badan-badan melulus, syarikat mestilah mengemukakan permohonan kepada Jabatan Imigresen untuk pengesahan pas penggajian.

Garis panduan bagi penggajian pegawai dagang adalah seperti berikut:

a) Syarikat perkilangan dengan modal berbayar asing US$2 juta ke atas:
  • Kelulusan automatik diberikan untuk sehingga 10 jawatan pegawai dagang, temasuk lima jawatan penting.
  • Pegawai dagang boleh diambil bekerja sehingga maksimum 10 tahun untuk jawatan eksekutif, dan lima tahun untuk jawatan bukan eksekutif

b) Syarikat perkilangan dengan modal berbayar asing melebihi US$200,000 tetapi kurang daripada US$2 juta:

  • Kelulusan automatik diberikan untuk sehingga lima jawatan pegawai dagang termasuk sekurang-kurangnya satu jawatan penting.
  • Pegawai dagang boleh diambil bekerja sehingga maksimum 10 tahun untuk jawatan eksekutif, dan lima tahun untuk jawatan bukan eksekutif

c) Syarikat perkilangan dengan modal berbayar asing kurang daripada US$200,000 akan dipertimbangkan untuk kedua-dua jawatan penting dan jawatan tempoh berdasarkan garis panduan semasa. Ia adalah:

  • Jawatan penting boleh dipertimbangkan di mana modal berbayar asing sekurang-kurangnya RM500,000. Jumlah ini, bagaimanapun, hanyalah garis panduan sahaja dan bilangan jawatan penting dibenarkan bergantung kepada merit setiap kes.
  • Jawatan tempoh akan dipertimbangkan sehingga 10 tahun untuk jawatan eksekutif yang memerlukan kelayakan profesional dan pengalaman amali, dan lima tahun untuk jawatan bukan eksekutif yang memerlukan kemahiran teknikal dan pengalaman. Bagi jawatan-jawatan ini, warga Malaysia mestilah dilatih untuk akhirnya mengambilalih jawatan.
  • Bilangan jawatan penting dan jawatan tempoh dibenarkan bergantung kepada merit setiap kes.

d) Untuk syarikat perkilangan milik warga Malaysia, kelulusan automatik untuk penggajian pegawai dagang untuk jawatan-jawatan teknikal, termasuk jawatan-jawatan R&D, akan diberikan sepertimana diminta.

Seorang pegawai dagang yang ditukarkan daripada satu jawatan kepada satu jawatan lain dalam syarikat yang sama perlu mendapatkan pas penggajian baru. Pas penggajian asalnya akan dipinda untuk mencerminkan pertukaran jawatan. Seorang pegawai dagang baru yang menggantikan yang lama juga mesti mendapatkan pas penggajian yang baru.

Semua pas penggajian sah untuk tempoh yang diluluskan untuk jawatan berkenaan. Bagaimanapun, untuk pemegang jawatan penting, pas penggajian akan dikeluarkan sehingga lima tahun yang boleh diperbaharui kecuali dalam keadaan berikut:

  • tempoh sah laku pasport pegawai dagang itu kurang daripada lima tahun;
  • kontrak pekerjaan pegawai dagang itu kurang daripada lima tahun; atau
  • majikan memerlukan perkhidmatan pegawai dagang itu untuk kurang daripada lima tahun

Pemegang pas penggajian akan diberikan visa masuk berbilang yang sah lakunya adalah selama tempoh pas penggajian.

3 Permohonan Jawatan Pegawai Dagang

Semua permohonan untuk jawatan pegawai dagang daripada syarikat baru dan sedia ada (termasuk yang terbabit dalam pembesaran atau pempelbagaian) dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan berkaitan hendaklah dikemukakan kepada MIDA. Ini termasuk syarikat yang perlu mendapatkan lesen pengilang serta syarikat yang dikecualikan daripada lesen pengilang.

Untuk maklumat lanjut mengenai prosedur imigresen, sila layari www.imi.gov.my

4 Pengambilan Pekerja Asing

Di Malaysia, pekerja asing boleh diambil bekerja dalam sektor-sektor perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian, perkhidmatan dan sektor pembantu rumah.

Sektor perkhidmatan terdiri daripada sebelas subsektor: (restoran, perkhidmatan mencuci, pengendalian kargo, kedi di kelab golf, kedai gunting rambut, pemborong/runcit, tekstil, aktiviti logam/serpihan logam/kitar semula, rumah kebajikan dan hotel/pulau peranginan).

Senarai Sektor dan Negara yang Diluluskan

Hanya warga negara dari negara-negara tertentu seperti di bawah dibenarkan untuk bekerja dalam sektor-sektor terpilih:

Sektor Diluluskan Warga Negara:
  • perkilangan
  • perladangan
  • pertanian
  • pembinaan
  • sektor perkhidmatan
  • Indonesia
  • Cambodia
  • Nepal
  • Myanmar
  • Laos
  • Vietnam
  • Philippines (male only)
  • Pakistan
  • Sri Lanka
  • Thailand
  • Turkmenistan
  • Uzbekistan
  • Kazakhstan
  • Perkhidmatan (tukang masak, pemborong/runcit, kedai emas, kedai gunting rambut, logam/serpihan logam/kitar semula, tekstil)
  • Pembinaan (memasang kabel bervoltan tinggi sahaja)
  • Pertanian
  • Perladangan
  • India

Kelulusan adalah berdasarkan baik buruknya setiap kes dan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan dari masa ke semasa. Permohonan untuk mengambil pekerja asing akan hanya dipertimbangkan apabila usaha untuk mencari warga tempatan dan pemastautin tetap yang berkelayakan gagal.

Senarai Levi Tahunan Ke atas Pekerja Asing

Satu levi tahunan ke atas pekerja asing dikenakan seperti berikut:

Sektor Diluluskan Levi Tahunan
Perkilangan RM 1,250
Pembinaan RM 1,250
Perladangan RM 590
Pertanian RM 410
Pembantu Rumah RM 410
Perkhidmatan
  • Rumah Kebajikan
  • Pulau Peranginan
  • Lain-lain
RM 600
RM 1,200
RM 1,850

Semua permohonan bagi pekerja-pekerja asing hendaklah dikemukakan kepada Pusat Sehenti, Kementerian Dalam Negeri kecuali permohonan bagi pembantu rumah yang mana hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Imigresen Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai pengambilan pekerja asing, sila layari laman web Kementerian Dalam Negeri di www.moha.gov.my. www.moha.gov.my

Sebelumnya

Memulakan Perniagaan

Seterusnya

Tenaga Kerja Industri

Perbankan dan Kewangan

Tarikh Dikemaskini : Khamis 17 Oktober 2019