Logo

Hospitaliti

Sektor pelancongan adalah merupakan salah satu daripada dua belas Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang telah dikenalpasti sebagai penyumbang utama kepada ekonomi Malaysia. Keupayaan Malaysia di dalam industri pelancongan telah terbukti di mana negara ini telah dinobatkan sebagai antara sepuluh destinasi pelancongan terkenal di dunia.

Kerajaan akan meneruskan usaha untuk membawa sektor pelancongan dan kebudayaan ke pringkat yang lebih tinggi. Ini adalah selaras dengan aspirasi negara di bawah Malaysia Tourism Transformation Plan yang mensasarkan kedatangan seramai 36 juta pelancong dan menjana pendapatan sebanyak RM168 bilion pada tahun 2020.

Fokus utama bagi sektor ini adalah projek pelancongan yang mendatangkan hasil yang tinggi serta menyumbang kepada pertumbuhan peluang pekerjaan dan ekonomi negara. Pembangunan hotel dan projek pelancongan adalah digalakkan selaras dengan usaha untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang menarik dan pusat serantau bagi perdagangan dan perniagaan. Berikut adalah aktiviti di dalam sektor ini yang telah diwartakan sebagai aktiviti digalakkan di bawah Akta Penggalakan Pelaburan, 1986 dan layak dipertimbangkan untuk insentif-insentif cukai dalam bentuk Taraf Perintis atau Elaun Cukai Pelaburan:

  • Penubuhan hotel kos sederhana dan rendah (bertaraf satu hingga tiga bintang)
  • Penubuhan hotel bertaraf 4 dan 5 bintang (akan tamat pada 31 Disember 2020)
  • Pembesaran atau pemodenan hotel sedia ada (bertaraf 1 hingga 5 bintang)
  • Penubuhan projek pelancongan
  • Pembesaran atau pemodenan projek pelancongan
  • Penubuhan kem rekreasi
  • Penubuhan pusat konvensyen (dengan dewan yang mempunyai sekurang-kurangnya 3,000 kapasiti tempat duduk)
Sebelumnya

Penyelidikan dan Pembangunan

Minyak dan Gas

Tarikh Dikemaskini : Khamis 17 Oktober 2019