Logo

Penjagaan Kesihatan

Malaysia, sebagai salah sebuah daripada negara membangun yang paling diiktiraf di Asia dan berpotensi menjadi pilihan destinasi pelancongan kesihatan untuk dunia. Penjagaan kesihatan di Malaysia adalah satu cadangan menarik yang menawarkan penjagaan kesihatan berkualiti bertaraf dunia, mudah dicapai dan kompetitif.

Permintaan global untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan dijangka akan terus berkembang pada masa akan datang kerana unjuran perubahan demografi, antaranya ialah pertambahan populasi penduduk, warga tua, jangka hayat dan penyakit gaya hidup.

Penjagaan kesihatan di Malaysia beroperasi pada sistem dua peringkat yang cekap dan meluas, yang terdiri daripada sistem kendalian kerajaan bagi menjaga keperluan kesihatan warganegara Malaysia dan sistem penjagaan kesihatan swasta yang wujud bagi memenuhi keperluan rakyat dan pesakit warga asing.

Malaysia menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti, terima kasih kepada peraturan-peraturan yang ketat dan standard keselamatan dan kualiti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), yang diukur berdasarkan piawaian tertinggi di dunia. Di samping itu, pengamal-pengamal profesional kesihatan di Malaysia juga sangat berkemahiran tinggi dan menerima latihan daripada institusi terkenal di seluruh dunia.

Institusi-institusi penjagaan kesihatan Malaysia diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Kesihatan (MSQH), yang mempunyai visi untuk menyokong, menggalakkan, peningkatan kualiti yang berterusan dan keselamatan dalam arena penjagaan kesihatan di Malaysia.

Selain itu, banyak institusi penjagaan kesihatan swasta Malaysia juga memegang akreditasi daripada agensi-agensi antarabangsa yang dipercayai, seperti Suruhanjaya Bersama Antarabangsa (JCI) serta Persatuan Antarabangsa bagi Kualiti Kesihatan (ISQua) yang menganugerahkan pengiktirafan paling tinggi (Gold Standard) dalam penjagaan kesihatan global.

Baru-baru ini, Malaysia telah dinobatkan sebagai 'Medical Travel Destination of the Year’ bagi tahun kedua berturut-turut di ‘International Medical Travel Journal’s Medical Travel Awards 2016’. Kejayaan negara di pentas pelancongan kesihatan global juga telah diiktiraf sebagai ‘Frost & Sullivan Asia Pacific Travel Council of the Year – Medical Tourism 2016’ di ‘Frost & Sullivan Asia Pacific Healthcare and Tourism Awards 2016’ dan ‘Public Private Partnership Medical Travel Destination 2015’ di ‘8th Annual World Medical Tourism and Global Healthcare Congress’ serta ‘Best Country in the World for Healthcare’ daripada ‘International Living’s Annual Global Retirement Index’ bagi tahun 2015 dan 2016.

Anugerah ini adalah bukti kepada dedikasi dan komitmen ke arah kecemerlangan semua pemain-pemain industri penjagaan kesihatan di negara ini. Dengan kehadiran hospital-hospital swasta terkemuka, pusat jagaan ambulatori dan lain-lain kemudahan penjagaan kesihatan swasta yang menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi, rawatan yang selamat dan berkesan dalam persekitaran yang selesa dengan kemudahan akses dan harga yang berpatutan, Malaysia sememangnya telah menjadi destinasi pilihan untuk para pelancong mendapatkan rawatan kesihatan di luar negara, terutamanya di Asia Tenggara.

Kemudahan penjagaan kesihatan yang diiktiraf oleh ‘Malaysia Healthcare Travel (MHTC)’ sebagai rakan kongsi hospital dalam pelancongan kesihatan terutamanya akan membantu pesakit dari luar negara dengan memberikan perkhidmatan sokongan seperti perhubungan antarabangsa dengan penjaga utama pesakit, penyambungan tempoh visa untuk tujuan perubatan, menyediakan penterjemah dan banyak lagi.

Setakat ini, terdapat 74 rakan kongsi hospital MHTC, 22 daripadanya mewakili MHTC Elite Partners yang terdiri daripada hospital-hospital swasta terunggul di Malaysia. Kebanyakan hospital-hospital ini telah mempunyai pelbagai anugerah antarabangsa yang berprestij bukan sahaja untuk rawatan bertaraf dunia tetapi juga untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan yang cemerlang. Antaranya adalah termasuk "International Hospital of the Year" yang telah dianugerahkan kepada Pusat Perubatan Sunway di ‘IMTJ’s Medical Travel Awards 2016’, “Patient Care Hospital of the Year’ untuk ‘Ramsay Sime Darby Health Care’ di ‘Frost & Sullivan Asia Pacific Healthcare 2016’, ‘Tourism Awards’ dan ‘Pediatrik Service Provider of the Year’ untuk ‘Prince Court Medical Centre’ daripada ‘GHT Consumer Choice Awards. (untuk melihat senarai penuh hospital yang telah memenangi anugerah, sila layari: https://www.mhtc.org.my/global-recognition/).

Menurut MHTC, 5 negara teratas yang mengunjungi Malaysia bagi mendapatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan pada tahun 2015 ialah Indonesia, India, China, Jepun dan United Kingdom. Pengunjung juga dijangka akan meningkat daripada negara-negara seperti Bangladesh, Myanmar, Arab Saudi, UAE dan Vietnam.

Sebelumnya

Pendidikan dan Perkhidmatan Latihan Industri

Teknologi Bersih dan Pengurusan Alam Sekitar

Seterusnya

Penubuhan Serantau dan Pengurusan Rantaian Bekalan

Minyak dan Gas

Tarikh Dikemaskini : Khamis 17 Oktober 2019