Logo

Haco Asia Pacific Sdn Bhd

Haco Asia Pacific adalah anak syarikat Kumpulan Haco, Switzerland. Syarikat telah membina kilangnya di Taman Perindustrian Berjaya, Shah Alam, Selangor pada tahun 2004. 

Kilang ini merupakan kilang yang pertama syarikat itu di luar Switzerland. Haco Asia Pacific memulakan operasi komersial pada suku tahun pertama 2006. 

Kumpulan Haco Swiss mempunyai sejarah yang mengagumkan dalam membangunkan proses pembuatan yang inovatif dan menghasilkan produk makanan untuk tempoh lebih 80 tahun. 

Kemudahan di Selangor dilengkapi dengan pemasangan ''state-of-the-art untuk menghasilkan cecair yang berkualiti tinggi dan kopi larut serta produk kemudahan premium untuk industri makanan demi memenuhi pasaran yang berkembang pesat di Asia. 

Malaysia dipilih kerana kedudukan geografinya di Asia, sistem politik yang stabil, ketersediaan tenaga kerja mahir, pensijilan-HALAL yang di terima di seluruh dunia, rangkaian logistik seperti lebuhraya dan pelabuhan yang maju. 

Malaysia memenuhi keperluan syarikat untuk memberi tumpuan kepada matlamat perkembangan jangka panjangnya. Malaysia juga telah dipilih oleh Haco untuk operasi luar pesisir kerana ia juga menawarkan peluang untuk pertumbuhan, dengan tenaga kerja yang mahir, serta sokongan padu yang diberikan oleh agensi-agensi Kerajaan Malaysia seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Pusat Pelaburan Negeri Selangor ( SSIC). 

Hari ini, sebagai tambahan kepada eksport yang besar ke Amerika Utara, produk Haco Asia Pacific ini juga diedarkan kepada hampir setiap negara di Asia dan juga Timur Tengah.

Seterusnya

Honeywell

Hitachi

Tarikh Dikemaskini : Khamis 17 Oktober 2019