Logo

Sokongan Kejuruteraan

Industri sokongan kejuruteraan Malaysia (ESI) merangkumi syarikat-syarikat yang menjalankan pelbagai aktiviti termasuk acuan dan dai, pemesinan, pengecapan logam, tuangan logam, kejuruteraan permukaan, rawatan haba, dan penempaan. Industri ini penting dalammenyokong pembangunan perindustrian negara, disebabkan hubungannya dengan pelbagai sektor ekonomi seperti perkilangan, pembinaan, pengangkutan, dan industri utama.

Banyak syarikat dalam industri ini telah mula meningkatkan fasiliti mereka dan memperoleh teknologi untuk memenuhi keperluan ketat OEM bagi bahagian dan komponen, serta perkhidmatan kejuruteraan presisi.

Syarikat-syarikat utama ESI Malaysia yang mampu menyediakan penyelesaian sedemikian untuk memenuhi permintaan global yang canggih dan sentiasa berkembang termasuk Alpha Master Sdn. Bhd., Atasmi Precision Machinist Sdn Bhd, UWC Holdings Sdn. Bhd., Lypometal Sdn. Bhd. dan Kobay Technology Sdn.

Syarikat-syarikat ini membangun dan mengeluarkan komponen modular bernilai ditambah tinggi, struktur mesin, komponen kejuruteraan jitu, fabrikasi kepingan logam, dan sub-pemasangan, serta membuat penyudah permukaan untuk industry pertumbuhan tinggi seperti peralatan perubatan, aeroangkasa, dan E&E (terutamanya subsector semikonduktor).

Malaysia menggalakkan syarikat-syarikat untuk meletakkan diri mereka sebagai 'pusat sehenti' dalam menyediakan penyelesaian pembuatan menyeluruh, serta bahagian dan komponen untuk aplikasi tinggi E&E, automotif, M&E, peralatan perubatan, O&G, aeroangkasa, pertahanan, dan suria / fotovoltaik . Pusat-pusat sehenti ini akan menawarkan perkhidmatan bersepadu, dari konsep produk kepada pengeluaran bersiri, dan menguruskan semua proses yang relevan, termasuk perolehan, logistik, pembungkusan, dan pengujian dan pensijilan.

Pembangunan ESI masa depan akan berlaku dalam memperkukuhkan perkhidmatan industri ini, dan meningkatkan keupayaan dan kualiti pengeluaran untuk menyediakan penyelesaian lengkap. Untuk itu, industri secara keseluruhannya berusaha untuk memenuhi piawaian pensijilan antarabangsa untuk membekalkan bahagian dan komponen.

Ruang masih ada untuk pelaburan ke dalam pengeluaran atau perolehan bahan gred yang lebih tinggi dan eksotik, seperti Hastalloy, Inconel, Super Duplex dan Titanium, yang tidak boleh didapati dalam negara tetapi diperlukan oleh syarikat ESI. Untuk mengurangkan masa tunggu dan kos logistik, akses mudah ke bahan-bahan ini di negara ini mestilah disediakan. Stokis untuk bahan tersebut adalah penting untuk mengekalkan pertumbuhan industri.

Sebanyak 36 projek ESI telah diluluskan pada 2017, dengan pelaburan berjumlah RM504.5 juta. Daripada jumlah ini, 18 adalah projek baharu bernilai RM357.3 juta (70.8%), dan 18 lagi ialah projek pembesaran / pelbagaian berjumlah RM147.2 juta (29.2%). Pelaburan domestik adalah majoriti, berjumlah RM358 juta (71%) dan pelaburan asing berjumlah RM146.5 juta (29%). Projek yang diluluskan pada 2017 mewujudkan peluang pekerjaan untuk 1,630 orang.

Sebelumnya

Elektrikal dan Elektronik

Produk Logam Asas

Seterusnya

Pemprosesan Makanan

Jentera dan Peralatan

Tarikh Dikemaskini : Khamis 17 Oktober 2019