Logo

Elektrikal dan Elektronik

Industri E&E Malaysia telah menjadi penyumbang utama kepada ekonomi negara, setelah dikenal pasti dalam RMK 11 sebagai salah satu daripada sektor pemangkin '3 + 2'. Pada tahun 2017, industri ini menarik jumlah pelaburan asing terbesar (RM8.2 bilion, atau 84.5 peratus daripada semua pelaburan dalam industry itu), kebanyakannya dari Singapura, Belanda, Jepun, dan Jerman.

Kejayaan E&E dibuktikan lagi dengan menjadi penjana pendapatan eksport terbesar negara pada tahun 2017, berjumlah RM343 bilion iaitu 36.7 peratus daripada jumlah nilai eksport. Singapura, China, Hong Kong, Jepun, Belanda, Jerman dan Amerika Syarikat adalah antara pasaran yang mencatatkan peningkatan ketara dalam eksport produk E&E.

Industri E&E di Malaysia, khususnya ekosistem semikonduktor, mempunyai pautan dan aplikasi kritikal yang merentasi industri, termasuk pertumbuhan baharu dalam peralatan telekomunikasi dan perubatan, serta teknologi perindustrian dan sistem elektronik bergerak yang mampu Internet seperti Internet of Things (IoT), Realiti Maya atau Diperkuat (VR/AR), elektronik automotif, elektronik yang boleh dipakai, dan pengkomputeran peribadi.

Satu bidang baharu yang menarik dalam sektor E&E ialah penggunaan elektronik hibrid fleksibel (FHE), yang mendasari beberapa teknologi perindustrian baharu dan elektronik yang boleh dipakai. FHE memungkinkan penghasilan produk pintar yang ringan, kos rendah, fleksibel, mudah regang dan cekap yang boleh dimuatkan dengan pelbagai aplikasi. Ini termasuk alat boleh dipakai bagi pemantauan kesihatan dan sensor tahan lasak.

MIDA kini meningkatkan usaha membangunkan ekosistem untuk memenuhi keperluan industri E&E yang semakin bertambah dalam menerima pakai Industri 4.0. Ini termasuk pelaburan dalam bidang teras seperti penambahbaikan bahan FHE, pemprosesan peralatan ternipis, percetakan dan pembungkusan bersepadu alat / sensor, alat reka bentuk sistem, dan pengujian kebolehpercayaan dan pemodelan.

Trend mega global akan memberi impak, serta terimpak oleh industri E&E. Trend sedemikian termasuk Industri 4.0; robotik dan automasi kemudahan perkilangan, logistik dan pergudangan, dan penerimaan yang meningkat terhadap pengunaan teknologi rumah dan bangunan pintar; satu langkah ke arah memodenkan perkilangan 'lean'; dan gaya hidup / ekonomi digital. Oleh itu, pelabur mungkin mempertimbangkan untuk memanfaatkan pelbagai peluang strategik, seperti pembiayaan R&D ke arah melaksanakan Industri 4.0 dan perkilangan pintar. Selain daripada itu, terdapat salah satu lagi peluang untuk mewujudkan kumpulan bakat bagi menyokong industri E&E. MIDA kini bekerjasama dengan USAINS Holding Sdn. Bhd., cabang korporat Universiti Sains Malaysia, dalam program pembangunan bakat yang memberi tumpuan kepada subjek kejuruteraan lanjutan.

Sebelumnya

Produk Logam Asas

Tekstil dan Produk Tekstil

Seterusnya

Sokongan Kejuruteraan

Pemprosesan Makanan

Tarikh Dikemaskini : Khamis 17 Oktober 2019