Logo

Perkhidmatan Pendidikan dan Latihan Industri

 

Perkhidmatan pendidikan dan latihan industri adalah termasuk pendidikan tinggi swasta (termasuk kolej dan universiti) serta pendidikan teknikal dan vokasional. 

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) adalah seperti berikut: 

• Universiti swasta dan kampus cawangan universiti luar negara yang berstatus universiti; 

• Institusi/kolej swasta yang berstatus bukan universiti; dan 

• Institusi latihan teknikal dan vokasional.

Penubuhan, pengurusan dan kualiti kursus-kursus pengajian yang dijalankan di sesebuah IPTS akan dikawal oleh Akta-Akta berikut: 

• Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, 1996 

• Akta Lembaga Akreditasi Negara, 1996 

• Akta Pendidikan, 1996 

• Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan), 1996

Education and Industrial Training Services

Sebelumnya

Perkhidmatan Perdagangan Pengedaran

Perkhidmatan Perundingan Senibina

Seterusnya

Perkhidmatan Perundingan Tenaga dan Kejuruteraan

Perkhidmatan Pengurusan Alam Sekitar

Tarikh Dikemaskini : Rabu 13 November 2019