Logo

Berita Ekonomi

 

30 May 2020 - Malaysia bersedia bagi pemulihan ekonomi menjelang 2021 - Tengku Zafrul
  1. More ​Sejajar dengan pembukaan ekonomi negara yang menyaksikan hampir 70 peratus tenaga kerja telah mula bekerja melibatkan beberapa sektor ekonomi, Malaysia kini berada pada kapasiti yang bersedia bagi pemulihan ekonomi menjelang 2021, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
29 May 2020 - Pelan pemulihan ekonomi teruskan kerjasama kerajaan-swasta - Tengku Zafrul
  1. More ​Pelan pemulihan ekonomi jangka pendek yang bakal diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa terdekat ini akan meneruskan kerjasama antara kerajaan dan swasta bagi memastikan pelaksanaannya yang lebih lancar dan teratur
28 May 2020 - MITI kenal pasti syarikat Jepun pindah operasi dari China, tarik labur di Malaysia
  1. More ​Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang mengenal pasti syarikat Jepun yang berhasrat memindahkan operasi mereka dari China untuk dijemput melabur di Malaysia
28 May 2020 - Malaysia boleh dapat manfaat daripada pakej rangsangan ekonomi Jepun - Duta
  1. More ​Negara ASEAN khususnya Malaysia berada di posisi baik untuk memperoleh manfaat daripada pakej rangsangan ekonomi Jepun, memandangkan hubungan erat yang terjalin, selain memiliki jaringan perniagaan yang luas, kata Duta Jepun ke Malaysia Hiroshi Oka
28 May 2020 - Kerajaan jangka perniagaan akan tingkatkan produktiviti tidak lama lagi - Mustapa
  1. More ​Kerajaan menjangkakan lebih banyak perniagaan akan dibuka semula pada minggu depan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri dan menyambung semula tahap produktiviti penuh mereka dalam tempoh beberapa minggu akan datang
28 May 2020 - Pastikan keyakinan pelabur kekal tinggi pasca COVID-19
  1. More ​Kerajaan akan memastikan tahap keyakinan pelabur asing dan domestik kekal tinggi untuk terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pasca COVID-19
20 May 2020 - Perkongsian awam & swasta perlu perkukuh kerjasama ketika negara mulakan semula ekonomi - Mustapa
  1. More Sektor awam dan swasta perlu meningkatkan kerjasama yang kukuh dalam era baharu pandemik COVID-19 untuk menyokong ekonomi ketika negara memulakan semula perniagaannya terutamanya menerusi transformasi digital, kata Menteri di Jabatan Perdana Perdana (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed
18 May 2020 - Tambah baik proses pelaburan dalam negara, titah Agong
  1. More ​Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah proses kelulusan pelaburan terutamanya projek berimpak tinggi hendaklah ditambah baik agar lebih cekap dan pantas
14 May 2020 - Penting perniagaan EU di Malaysia terima manfaat pakej rangsangan COVID-19
  1. More Penting untuk syarikat Eropah yang berpangkalan di Malaysia dapat menerima manfaat daripada pakej rangsangan COVID-19 yang ditawarkan kerajaan, sama seperti syarikat lain di Malaysia, kata Duta Besar dan Ketua Delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia, Maria Castillo Fernandez
13 May 2020 - Sektor pembinaan, pengangkutan, IT bakal pacu pertumbuhan ekonomi pada masa depan - Ahli ekonomi
  1. More ​Meskipun mencatatkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang sederhana pada 0.7 peratus bagi suku pertama 2020 , para penganalisis dan ahli ekonomi yakin ekonomi Malaysia mula pulih dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang
13 May 2020 - Kerajaan akan umum pelan pemulihan ekonomi pada akhir Mei
  1. More ​Kerajaan akan mengumumkan pelan pemulihan ekonomi enam bulan pada akhir bulan ini untuk memulihkan ekonomi pasca COVID-19
13 May 2020 - Aktiviti ekonomi dijangka bertambah baik pada separuh kedua 2020
  1. More ​Aktiviti ekonomi Malaysia dijangka meningkat perlahan-lahan pada separuh kedua tahun ini selepas langkah-langkah pembendungan penularan COVID-19 dilonggarkan dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditarik balik, kata Bank Negara Malaysia (BNM)
13 May 2020 - Pelan pemulihan jangka pendek, sederhana akan diperkenal
  1. More ​Malaysia berupaya menghadapi keadaan ekonomi global semakin mencabar dengan pelan pemulihan ekonomi jangka pendek dan sederhana yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat
12 May 2020 - Sudah sampai masanya perkukuh kembali ekonomi Malaysia - Institut Masa
  1. More Sudah sampai masanya untuk semua pihak memperkukuh kembali ekonomi dalam normal baharu yang tidak pernah berlaku sebelum ini berikutan pandemik COVID-19
10 May 2020 - PKPB keputusan penting imbangi kepentingan ekonomi, kebimbangan kesihatan - Ahli Ekonomi
  1. More ​Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) merupakan satu keputusan penting untuk mengimbangi kepentingan ekonomi negara di samping membendung penularan pandemik COVID-19
08 May 2020 - Syarikat boleh mula operasi tanpa surat kelulusan, saringan pekerja tidak wajib - MITI
  1. More ​Syarikat boleh memulakan operasi pada 4 Mei 2020 tanpa surat kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan saringan pekerja adalah tidak wajib, menurut MITI
07 May 2020 - Kesan akibat COVID-19 tak beri impak pada RMKe-12 - Tengku Zafrul
  1. More ​Kesan akibat wabak COVID-19 dilihat tidak memberi impak negatif kepada pelan ekonomi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz
03 May 2020 - Kewajaran menghidupkan semula ekonomi
  1. More COVID-19, sejenis patogen yang ‘ghaib’ daripada pandangan namun terbukti mampu menjejaskan ekonomi termasuk menjadi punca kemelesetan global manakala berjuta-juta kerja pula berpotensi untuk lenyap
02 May 2020 - PKP bersyarat penting bagi elak tsunami ekonomi - Penganalisis
  1. More ​Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) oleh kerajaan bermula Isnin ini adalah berikutan tuntutan ekonomi yang semakin mendesak dan ini tidak bermakna bahawa nyawa manusia kurang penting, kata penganalisis ekonomi Dr Madeline Berma
02 May 2020 - Mulakan semula ekonomi selepas pertimbangan teliti demi kemampanan ekonomi - Azmin
  1. More ​Keputusan kerajaan membenarkan hampir kesemua sektor ekonomi beroperasi semula mulai Isnin ini akan memberi impak positif ke atas ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat, kata Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
01 May 2020 - PKPB: Ekonomi Malaysia dijangka pulih dengan pembukaan semula sektor secara beransur-ansur
  1. More ​Pembukan semula sektor ekonomi secara beransur-ansur dengan syarikat dan organisasi mengenakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah penting untuk membolehkan Malaysia pulih dengan positif, kata ahli ekonomi
28 April 2020 - Keputusan MKN benarkan beberapa sektor tingkatkan kapasiti operasi tepat pada masanya - AMCHAM
  1. More Dewan Perniagaan Amerika Malaysia (AMCHAM) menyambut baik keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membenarkan semua sektor yang diluluskan untuk meningkatkan kapasiti operasi mereka dan beroperasi sepenuhnya tanpa had waktu
28 April 2020 - Kerajaan benarkan sektor dibenar beroperasi tingkat kapasiti sepenuhnya - Azmin
  1. More ​Kerajaan bersetuju untuk membenarkan sektor ekonomi yang telah dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Tahap 1, 2 dan 3 meningkatkan kapasiti beroperasi sepenuhnya dan beroperasi tanpa sekatan masa mengikut keperluan industri masing-masing bermula esok, 29 April, 2020
27 April 2020 - PKS diminta kekal positif, peka terhadap inisiatif kerajaan
  1. More ​Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) menggesa pengusaha perniagaan untuk bangkit daripada krisis COVID-19 dan kekal positif dan melihatnya sebagai peluang untuk menjadi lebih produktif dengan memanfaatkan teknologi
25 April 2020 - Kerajaan berusaha pulihkan ekonomi, ambil pendekatan agresif tarik FDI - PM
  1. More ​Kerajaan akan berusaha untuk memulihkan ekonomi negara yang dilanda pandemik COVID-19, termasuk mengambil pendekatan agresif dalam menarik pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
24 April 2020 - Pengukuhan dan produktiviti tenaga kerja menjadi kunci kepada pemulihan
  1. More ​Ekonomi Malaysia mempunyai kebingkasan untuk melantun semula daripada keadaan semasa berikutan tenaga buruhnya yang teguh dan produktif, kata seorang ahli ekonomi
23 April 2020 - Negeri Sembilan terima pelaburan positif
  1. More ​Nilai pelaburan di Negeri Sembilan meningkat kepada RM3.68 bilion pada tahun lalu, berbanding RM2.86 bilion tahun sebelumnya
23 April 2020 - Aktiviti ekonomi dijangka meningkat sepenuhnya menjelang Q3 2020 - MIER
  1. More ​Kegiatan ekonomi negara termasuk perdagangan dan pelaburan dijangka meningkat sepenuhnya menjelang suku ketiga 2020 (Q3 2020) dan seterusnya mengukuh pada 2021, demikian menurut unjuran senario terbaik oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER)
20 April 2020 - COVID-19: Ekonomi GIG cipta peluang pekerjaan dan persaingan sihat
  1. More ​Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lepas, susulan penularan wabak COVID-19 secara tidak langsung telah mengubah norma hidup rakyat negara ini termasuk meluaskan populariti segmen ekonomi gig yang telah mengubah landskap ekonomi secara drastik
20 April 2020 - Malaysia, Korea Selatan terus perkukuh ekonomi Asia Pasifik - Azmin
  1. More Malaysia dan Korea Selatan akan terus berusaha memperkukuh ekonomi rantau Asia Pasifik tanpa mengabaikan kesihatan dan kebajikan rakyat masing-masing, kata Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
20 April 2020 - Pelaburan yang diluluskan naik 1.7 peratus kepada RM208 bilion pada 2019 - MIDA
  1. More ​Malaysia menarik sejumlah RM207.9 bilion bagi pelaburan yang diluluskan dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan utama pada 2019, peningkatan 1.7 peratus berbanding 2018
20 April 2020 - MITI komited pastikan Malaysia destinasi mesra pelabur - Azmin
  1. More ​Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) komited memastikan Malaysia terus kekal sebagai lokasi mesra pelabur
19 April 2020 - PKP: Kerjasama MITI, KKM, MKN penting untuk sektor ekonomi
  1. More ​Kerjasama di antara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) penting dalam memastikan ekonomi negara dapat bergerak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
18 April 2020 - Pulau Pinang ambil langkah proaktif tangani impak ekonomi akibat COVID-19 - Chow
  1. More ​Kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengambil langkah proaktif dan akan meneruskan usahanya bagi menangani impak ekonomi akibat daripada penularan pandemik COVID-19
16 April 2020 - MITI perbaiki sistem permohonan syarikat untuk beroperasi - Azmin
  1. More ​Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) telah menambah baik sistem dalam talian bagi permohonan sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga susulan rungutan yang diterima mengenai sistem itu
16 April 2020 - Ekonomi negara dianggar beroperasi pada kapasiti 45 peratus semasa PKP tahap 1, 2 - Azmin
  1. More ​Ekonomi negara dianggarkan beroperasi pada kapasiti 45 peratus, akibat penutupan perkhidmatan bukan keperluan selama empat minggu sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April, 2020
16 April 2020 - Sabah tumpu kepada pertumbuhan sektor produktif utama bagi rancakkan ekonomi negeri
  1. More Sabah akan memberi tumpuan kepada pertumbuhan sektor-sektor produktif utama negeri iaitu perindustrian, pelancongan dan pertanian pada tahun ini untuk merancakkan lagi pembangunan ekonomi negeri
16 April 2020 - MITI tarik balik kelulusan empat syarikat semasa PKP - Azmin
  1. More ​Setakat hari ini, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah menarik balik kelulusan terhadap empat buah syarikat yang didapati melanggar syarat -syarat kelulusan yang ditetapkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
16 April 2020 - Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan dipacu aktiviti swasta, domestik
  1. More ​Ekonomi Malaysia masih kekal berdaya tahan pada 2019, didukung oleh kekuatan kemampanan aktiviti sektor swasta domestik meskipun dalam persekitaran luar yang mencabar
14 April 2020 - KDNK ASEAN-5 berkembang 7.8 Peratus, Malaysia 9 Peratus pada 2021 - IMF
  1. More ​Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ASEAN-5 berkembang pada 7.8 peratus dan Malaysia pada sembilan peratus pada 2021
14 April 2020 - Malaysia cadang ASEAN rangka Pelan Pemulihan Ekonomi Pasca COVID-19
  1. More ​Malaysia mencadangkan ASEAN merangka Pelan Pemulihan Ekonomi Pasca COVID-19 bagi memberi tumpuan bukan sahaja kepada aspek kewangan, bahkan jaringan keselamatan sosial, jaminan makanan dan pendidikan kepada penduduk serantau
14 April 2020 - Kelulusan syarikat beroperasi sepanjang PKP 1 dan 2 terpakai dalam PKP 3 -MITI
  1. More ​Kelulusan syarikat yang beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 dan 2 adalah terpakai sepanjang PKP Fasa 3 yang akan bermula sehingga 28 April
13 April 2020 - Proses permohonan operasi syarikat semasa PKP ambil masa lima hari - MITI
  1. More ​Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mengambil masa lima hari bagi memproses permohonan operasi syarikat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
13 April 2020 - Kaji semula pelan perniagaan untuk raih pulangan - Global Business Solutions
  1. More ​Perniagaan perlu mengkaji semula rancangan perniagaan mereka dan menyusun semula sumber mereka untuk memaksimumkan pulangan pada masa depan selepas terselamat daripada penularan COVID-19, kata Baker Tilly Malaysia
10 April 2020 - Ahli ekonomi sambut baik keputusan buka semula beberapa sektor ekonomi terpilih
  1. More ​Ahli-ahli ekonomi menyambut baik keputusan kerajaan untuk membuka semula beberapa sektor ekonomi terpilih secara berperingkat semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berdasarkan kepada garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat
10 April 2020 - Beberapa sektor ekonomi terpilih dibuka semula secara berperingkat
  1. More Kerajaan bersetuju supaya beberapa sektor ekonomi terpilih akan dibuka semula secara berperingkat dengan garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan keselamatan yang ketat
08 April 2020 - Pemulihan ekonomi daripada impak COVID-19 bergantung kepada rantaian bekalan yang baik - Laporan
  1. More ​Sektor-sektor yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 dijangka mencatatkan pemulihan paling kukuh susulan permintaan yang tertahan sebelum ini dan peningkatan pengeluaran, demikian menurut satu laporan daripada Baker McKenzie and Oxford Economics
06 April 2020 - COVID-19: Struktur dasar FDI negara perlu diperbaharui
  1. More ​Malaysia perlu melaksanakan pembaharuan struktur dan sektoral ke atas dasar pelaburan langsung asing (FDI) bagi menangani impak kejutan COVID-19, kata seorang ahli akademik
03 April 2020 - Malaysia mampu harungi badai, kata Gabenor BNM
  1. More ​Pelbagai langkah yang diumumkan baru-baru ini yang menyokong pelbagai pendekatan Malaysia akan membantu negara bertahan dan pulih daripada impak ekonomi akibat daripada penularan pandemik Covid-19, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Yunus
03 April 2020 - Ekonomi dijangka beransur meningkat pada separuh kedua 2020: BNM
  1. More Ekonomi Malaysia dijangka berkembang secara beransur-ansur pada separuh kedua tahun ini, dipacu terutamanya oleh Kadar Dasar Semalaman (OPR) serta projek-projek infrastruktur berskala besar yang dihidupkan semula
02 April 2020 - PKP: GLC penting bantu kerajaan rangka strategi ekonomi – Muhyiddin
  1. More ​Peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah penting dalam membantu kerajaan merangka strategi ekonomi yang komprehensif semasa dan selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
02 April 2020 - Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai kesihatan, keselamatan, ekonomi ditubuh
  1. More Mesyuarat Kabinet memutuskan penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet Keseimbangan Kesihatan, Keselamatan dan Ekonomi bagi membincangkan hala tuju dan peraturan baharu berkaitan kesan penularan COVID-19 kepada rakyat dan negara
01 April 2020 - Selangor peruntuk RM272.5 juta Pakej Rangsangan Ekonomi 2.0
  1. More Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin 2.0 melibatkan peruntukan sebanyak RM272.5 juta menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM400 juta khusus untuk menangani impak koronavirus (Covid-19)
29 March 2020 - PKP: MITI perkenal proses alternatif permudah Pengesahan Sijil Tempasal
  1. More Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengumumkan hari ini syarikat Malaysia yang ingin mendapatkan Pengesahan Sijil Tempasal boleh berbuat demikian menerusi back-office di Menara MITI dan pejabat-pejabat negeri, kecuali pejabat MITI di Melaka
27 March 2020 - Sebanyak 2,732 syarikat dapat kebenaran beroperasi sepanjang tempoh PKP - MITI
  1. More ​Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) membenarkan sebanyak 2,732 daripada 9,290 syarikat yang membuat permohonan untuk meneruskan operasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
27 March 2020 - Kerajaan tumpu pada pelaburan domestik dan kekalkan pekerjaan - PM
  1. More ​Kerajaan akan memberi tumpuan kepada aktiviti pelaburan domestik yang mempunyai kesan pengganda yang tinggi dan mengekalkan pekerjaan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
23 March 2020 - AMCHAM puji tindakan pantas kerajaan dalam tempoh perintah kawalan pergerakan
  1. More Dewan Perniagaan Amerika Malaysia (AMCHAM) memuji tindakan segera yang diambil kerajaan baru-baru ini, khususnya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), untuk bekerjasama dengan komuniti perniagaan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
19 March 2020 - Aktiviti eksport, import seperti biasa untuk kelangsungan ekosistem rantaian bekalan makanan
  1. More ​Aktiviti pengeluaran, pemprosesan dan pengedaran termasuk eksport dan import diteruskan seperti biasa, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan dari 18 Mac hingga 31 Mac, bagi memastikan kelangsungan ekosistem rantaian bekalan makanan, demikian menurut Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
18 March 2020 - MITI, agensi beroperasi secara jauh kecuali khidmat penting
  1. More ​Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan agensi di bawah kendaliannya, akan beroperasi secara jauh susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula hari ini
16 March 2020 - Kerajaan akan utamakan keyakinan pelabur, kata Muhyiddin
  1. More ​Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Putrajaya akan memberi keutamaan ke atas keyakinan pelabur, supaya pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dapat dipertingkatkan
11 March 2020 - Kerajaan tubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi
  1. More ​Kerajaan menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) sebagai langkah segera untuk menangani cabaran ekonomi negara yang tidak menentu berikutan penurunan harga minyak dan impak COVID-19 yang sudah berlarutan beberapa minggu
11 March 2020 - APEC 2020 dan mesyuarat berkaitan akan diteruskan - Mohamed Azmin
  1. More ​Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020 dan mesyuarat yang berkaitan yang dijadualkan pada tahun ini akan diteruskan seperti dirancang berikutan negara-negara anggota telah menyatakan komitmen mereka untuk menghadiri forum itu
09 March 2020 - Azmin dilantik menteri kanan
  1. More ​Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang merupakan salah seorang pemain utama dalam pengaturan semula politik tempatan baru-baru ini kembali semula menyertai kabinet sebagai menteri kanan - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
04 March 2020 - Invest Selangor optimis kemasukan pelabur luar ke Selangor
  1. More ​Invest Selangor Bhd. (Invest Selangor) optimis lebih banyak pelaburan dari negara luar akan disalurkan ke pasaran domestik susulan ramai pelabur asing mula beralih dari China ke negara lain termasuk Malaysia berikutan penularan wabak COVID-19
01 March 2020 - Syarikat Norway di Malaysia beroperasi seperti biasa
  1. More ​Norway menghargai peranan dimainkan perkhidmatan awam Malaysia kerana terus bekerjasama dengan syarikat dari negara ini untuk menggalakkan perdagangan dan pelaburan kedua-dua negara, meskipun dalam ketidaktentuan politik
27 February 2020 - Pakej Rangsangan jamin pertumbuhan ekonomi Malaysia - Penganalisis
  1. More ​Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bernilai RM20 bilion atau 1.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2019, mengatasi kebanyakan unjuran oleh sektor swasta membabitkan impak COVID-19 ke atas ekonomi Malaysia, demikian menurut penganalisis
27 February 2020 - Intipati Pakej Rangsangan Ekonomi 2020
  1. More
27 February 2020 - Agenda ekonomi Malaysia kekal di atas landasan : MITI
  1. More ​Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan 11 agensinya akan terus membantu pertumbuhan industri Malaysia yang sentiasa menjadi tulang belakang ekonomi negara, sekali gus, sebagai penyumbang utama kepada kesejahteraan rakyat
24 February 2020 - Malaysia boleh jadi destinasi pelaburan menarik bagi firma Jepun
  1. More ​Malaysia boleh menjadi destinasi menarik bagi syarikat Jepun dalam pembuatan, teknologi maklumat, perkhidmatan, logistik, hartanah, dan industri untuk golongan pesara
21 February 2020 - Negeri Sembilan terus tarik pelaburan - Exco
  1. More ​Negeri Sembilan terus menarik pelaburan meskipun persekitaran ekonomi global yang mencabar, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri Datuk Dr Mohamed Rafie Abd Malek
20 February 2020 - Pertanian pintar, aeroangkasa dan ekonomi digital suntik dinamisme baharu bina ekonomi - Azmin
  1. More ​Bidang pertanian pintar, aeroangkasa dan ekonomi digital berperanan besar dalam menyuntik dinamisme baharu ke arah membina ekonomi berpendapatan tinggi, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
20 February 2020 - Pakej rangsangan beri bantuan langsung kepada perniagaan terjejas COVID-19
  1. More ​Kerajaan akan memberi bantuan secara langsung kepada perniagaan yang terjejas akibat COVID-19 menerusi pakej rangsangan ekonomi yang akan diumumkan pada Khamis hadapan
18 February 2020 - ECRL di Terengganu: Buka 23,000 peluang pekerjaan - MB
  1. More ​Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu dengan jajaran sepanjang 250 kilometer bakal menelan kos sebanyak RM15 bilion, kata Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
17 February 2020 - Pakej rangsangan bantu industri kurangkan impak akibat COVID-19 - Lim
  1. More ​Pakej rangsangan yang dijadual diumumkan minggu depan akan mengurangkan kesan penularan jangkitan COVID-19 ke atas ekonomi di samping membantu industri meningkat semula apabila virus itu dapat dikekang
14 February 2020 - Malaysia kurangkan kerenah birokrasi, selaraskan proses pelaburan
  1. More Malaysia akan melakukan pembaharuan proses pelaburan yang menyeluruh untuk menambah baik kemudahan menjalankan perniagaan untuk pelabur asing dan domestik, menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
10 February 2020 - Kerajaan sedia lancar pakej rangsangan ekonomi: PM
  1. More ​Kerajaan sedang menimbang melancarkan pakej rangsangan ekonomi untuk meningkatkan ekonomi tempatan berikutan cabaran yang dihadapi akibat daripada penularan pantas novel koronavirus 2019, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
10 February 2020 - MITI adakan pertemuan dapatkan input kesan koronavirus ke atas industri
  1. More ​Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mengadakan pertemuan dengan persatuan industri utama khususnya pembuatan dan perkhidmatan bagi mendapatkan input selain mengenal pasti sejauh mana penularan jangkitan novel koronavirus 2019 memberi kesan kepada perniagaan mereka
10 February 2020 - Dasar Persyarikatan Malaysia akan diberi nafas baharu – PM
  1. More Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan menghidupkan semula Dasar Persyarikatan Malaysia bagi memperkukuh lagi kerjasama antara kerajaan dengan sektor swasta
07 February 2020 - NCI lulus pelaburan RM4.6 bilion di tiga negeri
  1. More ​Jawatankuasa Pelaburan Kebangsaan (NCI) memulakan 2020 dengan meluluskan lima projek pembuatan dan perkhidmatan bernilai RM4.6 bilion
06 February 2020 - Malaysia kekal menarik bagi pelabur Jepun: JACTIM
  1. More ​Malaysia masih kekal destinasi pelaburan menarik bagi syarikat Jepun meskipun sentimen perniagaan lemah berikutan persekitaran pasaran domestik dan global yang mencabar
04 February 2020 - MITI pantau rapat perkembangan coronavirus
  1. More ​Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan terus memantau perkembangan dan kesan penularan coronavirus terhadap perdagangan dan sektor yang berkaitan
29 January 2020 - Rancangan Malaysia ke-12 perjelaskan lagi program WKB2030
  1. More ​Rancangan Malaysia ke-12 (12MP), merangkumi tiga dimensi pembangunan - memperkasa ekonomi, kemampanan alam sekitar dan merekayasa semula sosial - akan memperjelas lagi pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030)
25 January 2020 - Darell ulangi sokongan Malaysia terhadap BRI di Davos
  1. More ​Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking telah mengulangi komitmen kukuh Malaysia terhadap Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) pada Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2020 di Davos, Switzerland
22 January 2020 - Selangor sasar pelaburan RM12 bilion tahun ini
  1. More Selangor menyasarkan pelaburan sebanyak RM12 bilion pada tahun ini berbanding RM10 bilion pada tahun lepas, kata Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) negeri, Datuk Teng Chang Khim
22 January 2020 - Selangor gunakan Ekspo 2020 Dubai untuk tarik pelaburan
  1. More ​Selangor menyifatkan penyertaannya dalam Ekspo 2020 Dubai pada Mac tahun depan sebagai peluang untuk menonjolkan kelebihan bagi menarik lebih banyak pelaburan ke negara ini
20 January 2020 - Perdagangan dua hala Malaysia-China catat rekod baharu
  1. More ​Malaysia dan China mencatatkan rekod baharu dalam perdagangan dua hala apabila merekodkan pertumbuhan 14.2 peratus kepada US$124 bilion pada 2019 daripada US$108.6 bilion pada 2018
17 January 2020 - Kestabilan makroekonomi pacu pertumbuhan Malaysia - penganalisis
  1. More ​Kestabilan makroekonomi Malaysia akan memacu perkembangan ekonomi Malaysia pada tahun ini dengan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekitar 4.4 hingga 4.9 peratus juga mampu dicapai, kata penganalisis
16 January 2020 - Situasi perdagangan antarabangsa dijangka lebih stabil pada 2020 - Ong Kian Ming
  1. More ​Situasi perdagangan antarabangsa dijangka lebih stabil tahun ini setelah termeterainya perjanjian perdagangan fasa pertama, Amerika Syarikat (AS) dan China, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dr Ong Kian Ming
16 January 2020 - Perjanjian fasa satu AS-China pulihkan iklim perdagangan, pelaburan global
  1. More ​Iklim perdagangan dan pelaburan global dijangka positif bagi tempoh akan datang, memandangkan berakhirnya ketidaktentuan utama susulan pemeteraian perjanjian perdagangan fasa satu di antara Amerika Syarikat (AS) dengan China
11 January 2020 - Ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat pada 2020 - Guan Eng
  1. More Ekonomi Malaysia dijangka berkembang lebih pesat pada 2020 berdasarkan kepada Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan (PMI) Disember 2019 yang meningkat ke paras tertingginya dalam tempoh 15 bulan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng
13 December 2019 - NCI luluskan projek bernilai RM5.4 bilion
  1. More ​Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan (NCI) pada mesyuaratnya semalam meluluskan empat projek dalam sektor pembuatan bernilai RM5.4 bilion
12 December 2019 - Pertikaian perdagangan US-China buka peluang tepat untuk peluas ekosistem perniagaan tempatan
  1. More ​Konflik perdagangan antara US dand China menyediakan peluang yang tepat untuk mengembangkan ekosistem perniagaan Malaysia, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dr Ong Kian Ming
12 December 2019 - Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan menarik bagi China - MIDA
  1. More ​Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) optimis Malaysia akan terus menjadi destinasi yang menarik untuk pelaburan China walaupun pelaburan rendah dari negara itu pada tahun ini
12 December 2019 - Malaysia destinasi ideal bagi pelabur Qatar: Dr Mahathir
  1. More Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan keyakinan Malaysia akan menjadi destinasi yang ideal bagi pelabur Qatar terutamanya untuk mengakses pasaran lebih meluas di rantau ASEAN
10 December 2019 - MITI jangka pelaburan China melonjak tahun depan menerusi saluran khas- Darell
  1. More ​Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menjangka pelaburan China ke Malaysia melonjak tahun depan menerusi ‘saluran khas’
04 December 2019 - MIDA puji langkah Mohd Shafie mudahkan pelabur ke Sabah
  1. More ​Agensi Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) memuji langkah proaktif oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam memudahkan kemasukan pelabur ke negeri ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Azman Mahmud
03 December 2019 - Pulau Pinang catat pelaburan pembuatan diluluskan RM13.3 bilion pada Jan-Sept 2019
  1. More Pulau Pinang mencatatkan aliran masuk pelaburan pembuatan yang diluluskan sebanyak RM13.3 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama 2019
29 November 2019 - MITI catat RM149 bilion pelaburan diluluskan pada Jan-Sept 2019
  1. More ​Malaysia menjadi lebih selektif dalam agenda pelaburannya dan menarik pelaburan berkualiti dalam ekosistem sasaran yang dijangka memberi kesan signifikan kepada ekonomi domestik, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking
28 November 2019 - MITI, firma Malaysia adakan misi perdagangan & pelaburan ke Jepun
  1. More Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), 60 syarikat Malaysia serta pegawai kerajaan akan mengadakan Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Jepun mulai esok sehingga 5 Dis, 2019
28 November 2019 - Contohi Korea Selatan untuk majukan industri eksport Malaysia - Dr Mahathir
  1. More Malaysia seharusnya mencontohi Korea Selatan dalam berfikiran global bagi memajukan lagi industri eksportnya, dan bukan semata-mata tertakluk kepada pasaran domestik, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad

Sebelumnya

Berita Perkhidmatan

Berita Industri

Seterusnya

Berita Sempadan

Berita Global

Menu Pantas
Tarikh Dikemaskini : Rabu 20 Mei 2020