Logo

Pusat Maklumat Perniagaan

Pelabur akan mendapati Pusat Maklumat Perniagaan MIDA (BIC) yang terletak di ibu pejabat kami di Kuala Lumpur, mudah, dan mempunyai pelbagai maklumat mengenai pelaburan, perdagangan, pembiayaan, produktiviti dan perkhidmatan yang berguna.

Pelabur akan mendapati Pusat Maklumat Perniagaan (BIC) di MIDA Sentral Kuala Lumpur adalah pusat sumber hentian pertama yang mudah dengan akses percuma kepada maklumat yang berguna dan berwibawa mengenai pelaburan, perdagangan, pembiayaan, produktiviti dan perkhidmatan spesifik yang berkaitan dengan sektor perkilangan dan perkhidmatan di Malaysia.

Bilik mesyuarat yang selesa juga disediakan di mana pelabur boleh membaca atau membuat pertanyaan mengenai pelaburan mereka yang akan dikendalikan oleh Pegawai Bertugas kami.


Pusat Maklumat Perniagaan MIDA (BIC) menawarkan :
  • Panduan Perniagaan
  • Pusat Maklumat
Waktu buka :
Isnin - Jumaat 8:30 pagi - 05:00 petang

Bagaimana untuk ke Pusat Maklumat Perniagaan MIDA (BIC)

Dengan Transit Aliran Ringan (LRT) - Menaik aliran Putra ke stesen KL Sentral dan keluar dari pintu masuk ke kawasan daftar masuk di Terminal Udara Bandaraya KL (KL CAT). BIC MIDA yang berada ditingkat 2, MIDA Sentral hanya 3 minit perjalanan dengan berjalan kaki di seberang jalan.

Dengan Komuter KTM (kereta api komuter) - Berhenti di stesen KL Sentral dan ikut langkah seperti di atas..

Dengan teksi - Turun di pintu masuk utama MIDA di MIDA Sentral. BIC MIDA terletak di tingkat 2.

Dengan kereta - Daripada tempat letak kereta pelawat di MIDA Sentral, gunakan lif ke tingkat bawah dan mengambil eskalator untuk tingkat 2.

Ia terletak di :


Aras 2, MIDA Sentral,
No.5, Jalan Stesen Sentral, 5
Kuala Lumpur Sentral,
50470 Kuala Lumpur,
Malaysia.


Bimbingan Perniagaan
Pegawai di Pusat Maklumat Perniagaan MIDA adalah titik hubungan yang pertama untuk para pelaburan membuat pertanyaan mengenai sektor perkilangan dan perkhidmatan di Malaysia.

Pegawai Bertugas akan membantu dalam mendapatkan maklumat penting dan yang menghubungkan pelabur dengan pegawai yang tepat di bahagian masing-masing.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Pegawai Bertugas
Pusat Maklumat Perniagaan
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)
Tel : (603) 2263 2549/2555
Emel : [email protected]

Pusat Maklumat

Penerbitan yang terdapat di BIC terdiri daripada penerbitan daripada agensi kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, kemudahan awam, pengendali pelabuhan, industri, perdagangan dan persatuan, institusi kewangan, institusi latihan kemahiran, syarikat dan lain-lain.

Ini termasuk buku panduan pelaburan dan perdagangan, risalah mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan, surat berita, laporan statistik dan produk dan direktori keahlian.
Sebelumnya

Piagam Pelanggan

Direktori Staf

Seterusnya

Perolehan

Kerjaya

Menu Pantas
Tarikh Dikemaskini : Rabu 20 Mei 2020