Logo

Produk Logam Asas

Industri produk logam asas di Malaysia memainkan peranan yang besar dalam pembangunan sektor perkilangan dan pembinaan. Industri ini merangkumi pembuatan produk logam ferus (besi dan keluli) dan bukan ferus (aluminium, timah, tembaga, dll.).

Sebanyak 832 projek telah dilaksanakan dalam industri ini, dengan pelaburan sebanyak RM62.4 bilion dan mengambil seramai 75,127 pekerja. Subsektor besi dan keluli Malaysia khususnya berpotensi untuk menjana sehingga 6.5 peratus pertumbuhan KDNK, dan menyediakan sehingga 225,000 peluang pekerjaan pada tahun 2020.

Syarikat-syarikat Malaysia dalam industri produk logam asas aktif dalam aktiviti huluan, pertengahan dan hiliran, dan mengeluarkan produk-produk rata dan panjang.

Produk rata (cth. papak, gegelung tergelek panas dan tergelek sejuk, dan produk keluli bersalut) digunakan sebagai bahan mentah pertengahan untuk aplikasi hiliran dalam sektor elektrikal dan elektronik, alat ganti dan komponen automotif, minyak dan gas, perabot, jentera dan peralatan dan produk fabrikasi.

Produk panjang (cth. bilet, kilau dan pemasangan bar) kebanyakannya digunakan dalam industri pembinaan dan kejuruteraan awam.

Oleh itu, para pelabur boleh mencadangkan projek-projek yang boleh berkembang dan melakukan pelbagaian ke arah pengeluaran produk-produk rata untuk menyokong industri perkilangan dan subsector yang bernilai tinggi, seperti produk-produk elektrik dan elektronik, aeroangkasa, automotif, pembungkusan gred khas, jentera dan peralatan perubatan.

bsc metal

Subsektor besi dan keluli di Malaysia kini sedang bergerak ke arah Industri 4.0; iaitu langkah yang sangat penting ke arah memampankan subsektor ini dan untuk kekal berdaya saing dalam jangka panjang. Proses-proses huluan dan hiliran sedang beralih ke arah pengilangan pintar dan menggunakan teknologi terkini seperti kemudahan pembuatan keluli relau bagas yang menggunakan sistem pengawasan dan amaran, pengumpulan data melalui sensor pintar dan pacuan tali sawat siri-A, dan sistem pengeluaran berintegrasi penuh.

Dengan penerapan Sistem Bangunan Berindustri (IBS) dalam industri pembinaan, peluang terbuka untuk pengeluar mempertingkatkan teknologi dan mengeluarkan produk-produk ringan yang baharu, terutama sekali untuk angunan berangka keluli, kekuda bumbung dan sistem acuan.

Ekosistem fero Malaysia yang matang itu telah menarik banyak syarikat yang menerokai peluang untuk mengeluarkan logam fero. Masih banyak ruang untuk pertumbuhan bagi ekosistem logam bukan fero kerana tidak banyak syarikat yang aktif.

Pada tahun 2017, terdapat 15 projek yang diluluskan dengan pelaburan sebanyak RM183.2 juta bagi pengilangan produk logam asas. Dua pertiga daripada projek ini merupakan projek-projek perkembangan/ pelbagaian yang melibatkan pelaburan bernilai RM133.5 juta, sementara lagi lima projek merupakan projek baharu dengan pelaburan sebanyak RM49.7 juta.

Tags: logam asas
Sebelumnya

Tekstil dan Produk Tekstil

Aeroangkasa

Seterusnya

Elektrikal dan Elektronik

Sokongan Kejuruteraan

Tarikh Dikemaskini : Khamis 17 Oktober 2019