Logo

Alcatel

Tren dalam pasaran yang berkembang dan globalisasi yang bermula beberapa tahun yang lalu kehadirannya di pasaran asing, Alcatel merupakan salah satu daripada syarikat telekomunikasi yang utama dalam dunia. Menyedari potensi pertumbuhan besar pasaran Asia, Alcatel memilih Malaysia sebagai platform serantau bagi kegiatan industri pemasaran. Bagi kami, terdapat beberapa sebab perniagaan kami berjaya.

Pertama, Malaysia merupakan pasaran yang penting dan maju untuk produk 'high-end' Alcatel. Kedua, Malaysia terletak di tengah-tengah Asia Tenggara dan ia mempunyai infrastruktur yang canggih, tenaga buruh mahir, dan industri sokongan yang diperlukan. Ketiga, kerajaan Malaysia telah menunjukkan bahawa, walaupun dalam masa krisis, masih komited untuk kekal aktif pro-perniagaan dan dapat menyediakan persekitaran yang stabil dalam berurus niaga.

Akhir sekali, Malaysia mempunyai banyak aset semula jadi dan budaya yang sangat kaya dan pelbagai. Ia pasti sebuah negara yang menyenangkan untuk menetap dan bekerja.

Sebelumnya

Agilent Technologies

Academic Medical Centre Sdn. Bhd. (AMC)

Seterusnya

Altera

Aurum Healthcare

Tarikh Dikemaskini : Selasa 24 Mac 2020