Logo

Pengiklanan (di bawah kod 74300, Malaysia Standard Industrial Classification) merujuk kepada penyediaan perkhidmatan pengiklanan oleh agensi pengiklanan. Aktiviti agensi pengiklanan adalah meliputi mencipta dan meletakkan iklan di majalah, surat khabar, radio, televisyen dan pengiklanan luar.

Aktiviti pengiklanan adalah termasuk perwakilan media, pengiklanan di udara, pengedaran atau penghantaran bahan atau sampel pengiklanan dan penyewaan ruang untuk iklan. Pengiklanan luar pula merujuk kepada papan iklan, panel, buletin dan gambar, hiasan tingkap, bilik pameran, kereta dan bas carding dan lain-lain. Perwakilan Media adalah merujuk kepada penjualan ruang dan masa untuk pelbagai yang memerlukan pengiklanan. Ianya tidak termasuk perkara-perkara berikut: 


  • Percetakan bahan pengiklanan. 
  • Penyelidikan pasaran.
  • Aktiviti perhubungan awam.
  • Aktiviti mel langsung.
  • Penerbitan mesej komersial untuk radio, televisyen dan filem.


Advertising Services

Sebelumnya

Perkhidmatan Perakaunan, Pengauditan dan Percukaian

Kaedah Menjalankan Perniagaan di Malaysia

Seterusnya

Perkhidmatan Perundingan Senibina

Perkhidmatan Perdagangan Pengedaran

Tarikh Dikemaskini : Khamis 17 Oktober 2019