Logo

Perkhidmatan Perundingan Senibina

Perkhidmatan Perundingan Senibina (diklasifikasi di bawah kod 74211 Malaysia Standard Industrial Classification) termasuk perundingan reka bentuk bangunan dan penggubalan dan penyeliaan pembinaan, perancangan bandar dan senibina lanskap.

Penerangan yang lebih terperinci diberikan di bawah Akta Arkitek 1967. 'Perkhidmatan Perundingan Senibina' merujuk kepada penyediaan khidmat nasihat dan perundingan seni bina yang berkaitan dengan semua atau mana-mana daripada yang berikut:

  • mengemukakan pelan atau lukisan kepada mana-mana orang atau pihak berkuasa di premis Malaysia;
  • mengkonsepsikan, penyelidikan dan pembangunan mana-mana reka bentuk untuk alam bina;
  • tinjauan, penyediaan laporan termasuk laporan penilaian kesan ke atas alam sekitar, atau penyiasatan berkaitan dengan alam bina;
  • pengaturcaraan projek, pembinaan dan pengaturcaraan pembuatan, dan reka bentuk produk;
  • termasuk perancangan dan perkhidmatan pembangunan reka bentuk dalaman, khidmat nasihat kewangan, pengurusan projek, pentadbiran kontrak dan landskap;
  • penyediaan kajian kemungkinan dan anggaran kos;
  • penyediaan pelan dan lain-lain cara persembahan;
  • dengan semua perkhidmatan mematuhi keperluan undang-undang; dan
  • apa-apa aktiviti lain yang berkaitan dengan penciptaan, pemeliharaan dan peningkatan alam bina.


Architectural Consultancy Services

Sebelumnya

Perkhidmatan Perakaunan, Pengauditan dan Percukaian

Seterusnya

Perkhidmatan Perdagangan Pengedaran

Perkhidmatan Pendidikan dan Latihan Industri

Tarikh Dikemaskini : Rabu 13 November 2019