Logo

Tenaga Kerja Industri

1 Tenaga Kerja Malaysia

Malaysia menawarkan kepada pelabur tenaga pekerja yang rajin, berdisiplin, berpendidikan dan mudah dilatih. Belia Malaysia yang memasuki pasaran pekerja telah menjalani sekurang-kurangnya 11 tahun persekolahan, iaitu sehingga tahap sekolah menengah, dan oleh demikian mudah dilatih dalam kemahiran baru.

Bagi menampung permintaan sektor perkilangan yang semakin berkembang untuk pekerja latihan teknikal, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah-langkah untuk menambah bilangan jurutera, juruteknik dan kakitangan mahir lain yang tamat pengajian dari universiti, kolej dan institusi latihan teknikal dan industri tempatan dan luar negara.

Selain itu, Malaysia mempunyai pasaran pekerja yang bebas dan berdaya saing di mana perhubungan majikan-pekerja adalah mesra dan harmonis. Kos pekerja di Malaysia adalah lebih rendah manakala tahap produktiviti kekal tinggi berbanding negara-negara perindustrian.

2 Pembangunan Tenaga Manusia

Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia yang dahulunya dikenali sebagai Majlis Latihan Vokasional Negara (NVTC) telah ditubuhkan pada Mei 1989. Berkuatkuasa 1 September 2006, NVTC telah menukarkan namanya kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran berikutan pengwartaan Akta Pembangunan Kemahiran Negara (Akta 652) bagi merumus, menggalak dan menyelaras strategi dan program latihan vokasional dan industri selaras dengan keperluan pembangunan teknologi dan ekonomi negara.

Jabatan ini menyelaras penubuhan semua institusi latihan awam dan swasta, menilai permintaan bagi kemahiran sedia ada dan masa hadapan, mengenal pasti keperluan latihan vokasional dan industri masa hadapan, dan berterusan membangun Piawaian Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS). Setakat ini, terdapat lebih 700 piawaian diperakui yang merangkumi kelayakan sijil, diploma dan diploma lanjutan. Di bawah NOSS, 20 sektor industri utama telah dikenal pasti bagi pembangunan piawaian di masa hadapan.

Kemudahan untuk Latihan Kemahiran Industri

Di Malaysia, sekolah-sekolah vokasional dan teknikal, politeknik dan institusi latihan industri menyediakan belia untuk pekerjaan dalam pelbagai tred. Sungguhpun kebanyakannya dijalankan oleh agensi kerajaan, terdapat beberapa inisiatif swasta yang melengkapkan usaha kerajaan untuk mengeluarkan pekerja-pekerja mahir yang diperlukan oleh industri-industri.

Agensi-agensi utama kerajaan yang terbabit dalam latihan ialah:

  • Kementerian Sumber Manusia pada masa ini mengendalikan 21 institut latihan industri. Institut-institut itu menawarkan program latihan kemahiran industri pada tahap asas, pertengahan dan lanjutan bagi peringkat pra-pekerjaan atau kemasukan kerja. Ia termasuk program perantisan dalam bidang pekerjaan mekanikal, elektrikal, pembinaan dan percetakan serta program menaik taraf kemahiran dan melatih pengajar. Kementerian itu juga mengendalikan Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) dan empat pusat latihan teknologi tinggi (ADTEC).
  • Kementerian Pengajian Tinggi, ditubuhkan pada Mac 2004, menyelia universiti-universiti awam dan swasta, 27 politeknik dan 72 kolej komuniti untuk menyediakan tenaga manusia mahir untuk industri. Di peringkat lepasan menengah, latihan formal yang dijalankan di politeknik-politeknik dan kolej-kolej komuniti bertujuan menghasilkan sumber manusia terlatih di peringkat separa profesional dalam sektor-sektor kejuruteraan, perniagaan dan perkhidmatan.
  • Kementerian Pelajaran, mengendalikan lebih daripada 90 sekolah teknikal yang menawarkan kursus-kursus teknikal dan vokasional. Mereka yang tamat pendidikan sekolah teknikal boleh mencari pekerjaan di peringkat kemasukan kerja atau melanjutkan pelajaran di peringkat diploma di Politeknik-politeknik atau peringkat sijil di Kolej-kolej Komuniti atau institut-institut latihan di bawah penyeliaan kementerian-kementerian lain.
  • Kementerian Belia dan Sukan, menyediakan latihan kemahiran industri di peringkat asas, pertengahan dan lanjutan, melalui 16 Pusat Latihan Kemahiran Belia Negara dan Pusat Latihan Kemahiran Tinggi Belia Negara. Kursus jangka pendek dan program naik taraf kemahiran turut dijalankan.
  • Majlis Amanah Rakyat (MARA), di bawah bidang tugas Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, mengendalikan lebih daripada 20 institut latihan kemahiran di seluruh negara yang menawarkan program pada tahap asas, pertengahan, lanjutan dan profesional.
Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia

Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) telah ditubuhkan pada 1993 dan ditadbir oleh Majlis Pembangunan Sumber Manusia (HRDC). Selaras dengan langkah pengkorporatannya HRDC kini dikenali sebagai Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).

HRDF beroperasi mengikut sistem levi/bantuan. Majikan yang telah membayar levi layak mendapat bantuan latihan daripada kumpulan wang ini bagi membiayai atau mengsubsidikan kos latihan untuk para pekerja warga Malaysia mereka.

Syarikat-syarikat perkilangan mencarum kepada kumpulan wang ini seperti berikut:-

Syarikat yang menggaji 50 atau lebih pekerja 1% daripada gaji bulanan pekerja
Syarikat yang menggaji kurang 50 hingga minimum 10 pekerja, dengan modal berbayar RM2.5 juta atau lebih 1% daripada gaji bulanan pekerja
Syarikat yang menggaji kurang 50 hingga minimum 10 pekerja, dengan modal berbayar RM2.5 juta diberi opsyen untuk berdaftar dengan PSMB 0.5% daripada gaji bulanan pekerja

Pada masa ini, kadar bantuan kewangan yang diberikan adalah sebanyak 100% daripada kos dibenarkan yang dibelanjakan bagi latihan di Malaysia dan sehingga 50% daripada kos yang dibelanjakan di luar negara, tertakluk kepada ketersediaan levi dalam akaun majikan dengan PSMB.

Setakat ini, PSMB telah melaksanakan pelbagai skim untuk menyediakan tenaga pekerja yang terlatih kepada industri-industri, iaitu skim perantisan, skim-skim geran latihan serta skim-skim latihan kemahiran asas yang lain.

Di bawah skim perantisan, majikan-majikan layak mendapat kadar 100% bantuan kewangan bagi kos latihan yang dibenarkan seperti elaun bulanan perantis, premium insurans dan bahan-bahan guna habis. Setakat ini skim-skim itu telah menampung keperluan pelbagai industri seperti mekatronik, perhotelan dan pelancongan, perkilangan, teknologi maklumat, acuan dan dai, dan industri berasaskan kayu.

Bagi memudahcara majikan menyumber program-program latihan yang sesuai melalui Internet, PSMB telah membangunkan laman web HRD di www.hrdportal.com.my. Portal ini bertindak sebagai pusat sehenti yang membolehkan pembekal latihan memasarkan program-program latihan mereka secara lebih berkesan dan cekap melalui kemudahan interaktif yang terdapat di laman web itu.

Untuk maklumat lanjut mengenai HRDF, sila layari http://www.hrdf.com.my.

Kakitangan Pengurusan

Sehingga 2010, dianggarkan terdapat lebih daripada 92,979 pemegang ijazah dan 57,185 pemegang diploma yang tamat pengajian daripada 20 institutsi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta lain (IPTS) di Malaysia. Graduan-graduan ini adalah daripada pelbagai disiplin dari pengurusan perniagaan, teknologi maklumat, kejuruteraan, perubatan, sains dan matematik hingga sastera dan reka bentuk.

Selain universiti-universiti dan kolej-kolej, agensi-agensi seperti Perbadanan Produktiviti Malaysia, Institut Pengurusan Malaysia dan Institut Pengurusan Kakitangan Malaysia juga menyediakan latihan bagi kakitangan pengurusan. Di samping itu, ramai kakitangan pengurusan di Malaysia telah mendapat pendidikan di seberang laut.

3 Kos Pekerja

Tidak terdapat undang-undang gaji minimum kebangsaan yang diguna pakai bagi sektor perkilangan di Malaysia. Kadar gaji asas berbeza mengikut lokasi dan sektor industri, manakala faedah tambahan, yang termasuk bonus, pakaian seragam, pengangkutan percuma atau bersubsisi, insentif prestasi dan faedah-feadah lain, berbeza dari sebuah syarikat ke sebuah syarikat.

Gaji dan faedah sampingan yang ditawarkan kepada pengurusan dan kakitangan eksekutif juga berbeza mengikut industri dan dasar pekerjaan syarikat masing-masing. Kebanyakan syarikat menyediakan rawatan perubatan, liputan insurans kemalangan dan hayat, pengangkutan percuma atau bersubsidi, bonus tahunan, faedah pesaraan dan sumbangan dipertingkat kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Untuk maklumat lanjut mengenai gaji dan faedah sampingan dalam sektor perkilangan, sila layari laman web Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) di www.mef.org.my.

Minimum Wages Rates
Regional Areas Minimum Wages Rates
Monthly Hourly
Peninsular Malaysia RM900 RM4.33
Sabah, Sarawak and the Federal Territory of Labuan RM800 RM3.85

For more information on salaries and fringe benefits in the manufacturing sector, please visit Malaysia Employers Federation (MEF) at www.mef.org.my

4 Kemudahan bagi Pengambilan Pekerja

Selain agensi-agensi pekerjaan persendirian berdaftar, majikan-majikan dan pencari-pencari kerja boleh mendapatkan bantuan daripada pejabat-pejabat pekerjaan kerajaan yang terdapat di seluruh negara. Majikan-majikan yang ingin mengambil pekerja boleh mendapatkan maklumat terperinci mengenai pencari-pencari kerja yang berdaftar dengan pejabat-pejabat pekerjaan ini yang fungsi-fungsi mereka termasuk:

  • Menjalankan kempen publisiti bagi membantu usaha pengambilan pekerja oleh majikan-majikan
  • Mengatur kerja-kerja persiapan bagi mengadakan temuduga dan ujian aptitud

Politeknik-politeknik dan kolej-kolej komuniti juga menyediakan kemudahan di institusi-institusi mereka untuk bakal-bakal majikan menjalankan temuduga bagi penuntut-penuntut yang akan tamat pengajian.

5 Piawaian Perburuhan

Jabatan Tenaga Kerja bertanggungjawab bagi mentadbir undang-undang perburuhan supaya keharmonian industri dapat dikekalkan. Undang-undang perburuhan menetapkan keperluan minimum yang diguna pakai bagi semua jenis pekerjaan. Bagi mendapatkan kelonggaran, permohonan untuk pengecualian boleh dikemukakan kepada Pengarah Tenaga Kerja, Jabatan Tenaga Kerja.

Akta Kerja, 1955

Perundangan utama, Akta Kerja, 1955 diguna pakai bagi semua pekerja di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan yang gaji bulanannya tidak melebihi RM1,500 dan semua buruh kasar tidak kira gaji mereka. Majikan-majikan boleh menyediakan kontrak perkhidmatan tetapi ia tidak boleh melanggar faedah-faedah minimum yang disyaratkan di bawah undang-undang. Pekerja-pekerja yang bergaji antara RM1,500 dan RM5,000 sebulan boleh membawa kes tuntutan ke Mahkamah Buruh mengenai terma dan syarat dalam kontrak perkhidmatan masing-masing.

Beberapa tanggungjawab majikan di bawah Akta Kerja, 1955 adalah seperti berikut:

i. Setiap pekerja mestilah diberikan satu kontrak pekerjaan bertulis yang menetapkan terma dan syarat pekerjaan, termasuk peruntukan berkaitan penamatan kontrak.
ii. Menyimpan daftar buruh yang mengandungi butiran peribadi pekerja, bayaran gaji dan potongan gaji.
iii. Peruntukan khas bagi melindungi pekerja wanita yang berkaitan dengan kerja pada waktu malam dan faedah bersalin.
iv. Masa bekerja biasa dan peruntukan-peruntukan lain berkaitan jumlah waktu berkerja.
v. Hak mendapat cuti tahunan, cuti sakit dan cuti umum.
vi. Kadar bayaran kerja lebih masa dan kerja tambahan.
vii. Prosedur dan tanggungjawab majikan dalam pengambilan bekerja pekerja-pekerja asing
Ordinan Buruh, Sabah Dan Ordinan Buruh, Sarawak

Ordinan Buruh, Sabah dan Ordinan Buruh, Sarawak mengawal selia pentadbiran Undang-Undang Perburuhan di negeri masing-masing. Peruntukan Ordinan Buruh, Sabah dan Ordinan Buruh, Sarawak adalah serupa dengan peruntukan Akta Kerja, 1955. Bagaimanapun, terdapat beberapa peruntukan yang berbeza dan perlu diambil perhatian.

Peruntukan-peruntukan ini adalah:

Peruntukan Khas mengenai Pengambilan Bekerja Kanak-kanak dan Orang Muda

Ordinan ini menetapkan keadaan-keadaan dalam mana seorang “kanak-kanak” dan seorang “orang muda” boleh diambil bekerja. Seorang “kanak-kanak” adalah seorang yang di bawah umur 15 tahun dan seorang “orang muda” adalah seorang yang telah mencapai umur 15 tahun tetapi di bawah umur 18 tahun.

Pengambilan Bekerja Pekerja-Pekerja Bukan Pemastautin

Adalah wajib bagi setiap majikan yang berhasrat untuk mengambil bekerja mana-mana “pekerja bukan pemastautin” untuk terlebih dahulu mendapatkan lesen bagi mengambil bekerja “pekerja bukan pemastautin” daripada Pengarah Buruh Sabah/Sarawak. Seorang ‘pekerja bukan pemastautin” ditakrifkan sebagai seseorang yang bukan hak Sabah/Sarawak seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 71 Akta Imigresen, 1959/1963.

Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991

Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, 1991 menetapkan sumbangan wajib bagi pekerja. Di bawah Akta itu, semua majikan dan pekerja (kecuali mereka yang tersenarai di bawah Jadual Pertama, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991) wajib mencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Kadar caruman mestilah seperti berikut:-


Kumpulan Umur Bawah 55 Tahun

Bahagian majikan (a) Gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah
Minimum 13% daripada gaji bulanan pekerja
(b) Gaji bulanan melebihi RM5,000
Minimum 12% daripada gaji bulanan pekerja
Bahagian pekerja Minimum 11% daripada gaji bulanan pekerja

(Sila rujuk Jadual Ketiga (Bahagian A) Akta KWSP 1991)


Kumpulan Umur 55-75 Tahun

Bahagian majikan (a) Gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah
Minimum 6.5% daripada gaji bulanan pekerja
(b) Gaji bulanan melebihi RM5,000
Minimum 6% daripada gaji bulanan pekerja
Bahagian pekerja Minimum 5.5% daripada gaji bulanan pekerja

(Sila rujuk Jadual Ketiga (Bahagian C) Akta KWSP 1991)

Semua pekerja asing dan pegawai dagang dan majikan-majikan mereka dikecualikan daripada caruman wajib. Bagaimanapun, mereka boleh memilih untuk mencarum dan kadar-kadar yang diguna pakai adalah seperti berikut:


Kumpulan Umur Bawah 55 Tahun

Bahagian majikan RM5.00 seorang pekerja sebulan
Bahagian pekerja 11% daripada gaji bulanan pekeja

(Sila rujuk Jadual Ketiga (Bahagian B) Akta KWSP 1991)


Kumpulan Umur 55-75 Tahun

Bahagian majikan RM5.00 seorang pekerja sebulan
Bahagian pekerja 5.5% daripada gaji bulanan pekerja

(Sila rujuk Jadual Ketiga (Bahagian D) Akta KWSP 1991).

Semua majikan mestilah mendaftarkan pekerja-pekerja mereka dengan KWSP sebaik saja diambil bekerja kecuali mereka yang dikecualikan di bawah Akta itu.

Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menyediakan dua skim keselamatan sosial bagi melindungi kebajikan pekerja dan tanggungannya di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969. Dua skim keselamatan sosial berkenaan adalah:

  • Skim Insurans Bencana Pekerjaan
  • Skim Pencen Ilat


Skim Insurans Bencana Pekerjaan

Skim Insurans Bencana Pekerjaan menyediakan lindungan kepada pekerja yang mengalami penyakit atau kemalangan pekerjaan yang berkaitan dengan kerja. Faedah-faedah yang disediakan di bawah Skim Insurans Bencana Pekerjaan termasuk Faedah Perubatan, Faedah Kehilangan Upaya Kekal, Elaun Kehadiran Malar, Faedah Tanggungan, Faedah Pengkebumian, Faedah Pemulihan Semula dan Faedah Pendidikan.


Skim Pencen Ilat

Skim Pencen Ilat menyediakan lindungan 24 jam kepada pekerja daripada kehilangan upaya atau kematian yang berlaku kerana mana-mana sebab yang berkaitan dengan pekerjaannya. Bagaimanapun, pekerja mestilah memenuhi syarat untuk layak mendapat pencen ilat. Faedah-faedah yang disediakan di bawah Skim Pencen Ilat adalah Pencen Kehilangan Upaya, Geran Kehilangan Upaya, Elaun Kehadiran Malar, Pencen Pemandiri, Faedah Pengkebumian, Faedah Pemulihan Semula dan Faedah Pendidikan.


Kelayakan Majikan

Majikan yang mengambil bekerja satu atau lebih pekerja seperti ditakrifkan di bawah Akta itu dikehendaki mendaftar dan mencarum dengan PERKESO. Caruman kepada PERKESO adalah wajib di bawah Akta PERKESO bagi majikan-majikan dan pekerja-pekerja yang layak. Kadar-kadar caruman semasa bagi majikan adalah 1.75% daripada gaji orang yang diinsuranskan (pekerja) dan 0.5% bagi pekerja.


Kelayakan Pekerja

Pekerja-pekerja yang menerima gaji bulanan sebanyak tiga ribu ringgit (RM3,000) atau kurang dikehendaki mencarum dengan PERKESO. Pekerja-pekerja yang menerima gaji bulanan lebih RM3,000, yang tidak berdaftar dan mencarum dengan PERKESO, diberi opsyen untuk berdaftar dan mencarum sekiranya kedua-dua pihak majikan dan pekerja bersetuju untuk membuat pencaruman. Bagaimanapun, apabila seorang pekerja sudahpun mencarum di bawah Akta tersebut, beliau terus layak untuk mencarum dan dilindungi tidak kira jumlah gaji bulanannya selepas itu. Prinsip ‘Sekali Mencarum Sentiasa Mencarum’ (Once in Always in) di guna pakai.

Akta Pampasan Pekerja,1952

Akta ini memperuntukkan bayaran pampasan bagi kecederaan akibat kemalangan sewaktu bekerja dan meletakkan tanggungjawab ke atas majikan untuk mendapatkan perlindungan insurans pekerja-pekerja. Perintah Skim (Insurans) Pampasan Pekerja Asing, 2005 yang dikeluarkan di bawah Akta ini mewajibkan setiap majikan yang menggaji pekerja asing supaya mendapatkan perlindungan insurans daripada panel syarikat-syarikat insurans yang dilantik di bawah perintah berkenaan serta membuat bayaran pampasan bagi kecederaan akibat kemalangan sewaktu atau luar waktu kerja.

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) di bawah Kementerian Sumber Manusia bertanggungjawab untuk mentadbir dan menguatkuasakan perundangan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. DOSH memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang di tempat kerja serta orang lain dilindung daripada bahaya yang berpunca daripada aktiviti-aktiviti pekerjaan dalam pelbagai sektor seperti:

  • perkilangan;
  • perlombongan dan kuari;
  • pembinaan;
  • pertanian, perhutanan dan perikanan;
  • utiliti (gas, elektrik, air dan perkhidmatan sanitari);
  • pengangkutan, penstoran dan komunikasi;
  • perniagaan pemborongan dan peruncitan;
  • hotel dan restoran;
  • perkhidmatan-perkhidmatan kewangan, insurans, hartanah dan perniagaan; dan
  • perkhidmatan-perkhidmatan awam dan badan-badan berkanun.

Aktiviti penguatkuasaan ini dikawal oleh tiga perundangan, iaitu:

  • Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA), 1994;;
  • Akta Kilang dan Jentera, 1967; dan
  • Akta Petroleum (Langkah-langkah Keselamatan), 1984.

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA), 1994 menyediakan kerangka kerja perundangan bagi mempromosi, menggiat dan menggalakkan budaya kerja yang memberi perhatian kepada kesihatan dan keselamatan yang tinggi di kalangan semua majikan dan pekerja Malaysia melalui skim-skim kawal diri yang dicipta bersesuaian dengan industri atau pertubuhan tertentu.

OSHA, 1994 mentakrif kewajipan-kewajipan am majikan, pekerja, pekerja sendiri, pereka cipta, pengilang, pengimport dan pembekal loji dan bahan.

Di bawah OSHA, 1994, majikan-majikan mestilah menjaga setakat yang praktik, kesihatan, keselamatan dan kebajikan orang-orang yang bekerja untuk mereka. Ia terutamanya amat penting dalam penyediaan dan penyenggaraan loji serta sistem kerja yang selamat.

Peraturan mestilah diadakan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan diamalkan dalam penggunaan, pengendalian, penstoran dan pengangkutan loji dan bahan. ‘Loji’ termasuk sebarang mesin, kelengkapan, perkakas, peralatan dan komponen, manakala ‘bahan’ bermaksud sebarang bahan asli atau tiruan sama ada pepejal, cecair, gas, wap atau gabungan daripadanya.

Risiko kepada kesihatan disebabkan penggunaan, penstoran atau pengangkutan bahan mestilah dikurangkan. Majikan-majikan mestilah menyediakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan yang sesuai dalam amalan keselamatan, termasuk maklumat mengenai keperluan perundangan, lebih-lebih lagi mengenai proses yang boleh mendatangkan bahaya yang khusus.

Majikan yang mengambil bekerja 40 orang atau lebih mestilah menubuhkan sebuah jawatankuasa keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Fungsi utama jawatankuasa ini adalah untuk memastikan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan dikaji semula secara berkala serta menyiasat sebarang perkara berkaitan yang berbangkit.

Seorang pekerja mestilah memberitahu pejabat keselamatan dan kesihatan pekerjaan terdekat mengenai sebarang kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan atau penyakit yang telah berlaku atau mungkin akan berlaku di tempat kerja.

Proses-proses yang menggunakan bahan kimia berbahaya memerlukan orang yang layak bagi memastikan aliran kualiti udara yang betul, pemantauan diri, dan keselamatan manakala seorang pegawai kesihatan dan seorang doktor kesihatan pekerjaan diperlukan bagi memastikan pengawasan yang betul di tempat kerja.

Terdapat tujuh peraturan di bawah OSHA, 1994 yang dikuatkuasakan oleh DOSH, iaitu:

  • Employers' Safety and Health General Policy Statements (Exception) Regulations, 1995
  • Control of Industrial Major Accident Hazards Regulations, 1996
  • Classification, Packaging and Labelling of Hazardous Chemicals Regulations, 1997
  • Safety and Health Committee Regulations, 1996
  • Safety and Health Officer Regulations, 1997
  • Use and Standards of Exposure of Chemicals Hazardous to Health Regulations, 2000
  • Notification of Accident, Dangerous Occurrence, Occupational Poisoning and Occupational Disease Regulations, 2004

Contravention of some of the requirements can lead to prosecution in court.

The objective of the Factories and Machinery Act (FMA) 1967, on the other hand, is to provide for the control of factories on matters relating to the safety, health and welfare of persons, and the registration and inspection of machinery. All certificated machinery such as boilers, unfired pressure vessels, passenger lifts and other lifting equipment such as mobile cranes, tower cranes, passenger hoists, overhead traveling cranes and gondolas, must be approved in term of design requirements, technical specifications, testing, and inspection. The manufacturer can submit the drawing, technical calculation, manufacturer certificate, and other supporting documents on-line through SKUD system (www.dosh.gov.my) for the purpose of acquire design approval from DOSH.

All factories and general machinery must be registered with DOSH before they can be installed and operated in Malaysia. Some operation, installation, maintenance and dismantling of equipment and process need competent persons. Thus, during the installation of machinery and equipment such as cranes, lifts and local exhaust ventilation systems, competent persons are compulsory to ensure safe erection, whilst a boilerman and a steam engineer are required to operate high risk equipment such as boilers.

DOSH enforces 13 regulations under FMA 1967. They are:

  1. Electric Passenger and Goods Lift Regulations, 1970
  2. Fencing of Machinery and Safety Regulations, 1970
  3. Notification, Certificate of Fitness and Inspection Regulations, 1970
  4. Persons-In-Charge Regulations, 1970
  5. Safety, Health and Welfare Regulations, 1970
  6. Steam Boilers and Unfired Pressure Vessel Regulations, 1970
  7. Certificates of Competency-Examinations Regulations, 1970
  8. Administration Regulations, 1970
  9. Lead Regulations, 1984
  10. Asbestos Regulations, 1986
  11. Building Operations and Works of Engineering Construction (Safety) Regulations, 1986
  12. Mineral Dust Regulations, 1989
  13. Noise Exposure Regulations, 1989
  14. Compounding Of Offences Rules, 1978
  15. Compoundable Offences Regulations, 1978

Petroleum Act (Safety Measures) was enforced in the year 1984 and its enforcement is carried out by a few government agencies including DOSH . The department enforced section 16 and 17 under this act, which are provisions relating to transportation of petroleum using pipelines.

6 Industrial Relations
Trade Unions

The Department of Trade Union Affairs generally features guidelines for the formations, functions and activities of trade unions. Trade Union Affairs is governed by Trade Union Act 1959. Functions of the department are as follows:

  • To enforce the Trade Unions Act 1959 and Trade Union Regulations.
  • To supervise, direct and control generally all matters relating to unions.
  • To consider applications for registration established by either employees or employers.
  • To ensure that registered trade unions function in accordance with the trade union legislation and their respective rules and constitution.
  • To advise officers and members of trade unions on administrative, financial and constitutional aspects of trade unions.
  • To advise the Minister of Human Resources on matters relating to trade unions legislation and policies an particular and other labor issues in general.
Industrial Relations Act 1967

The Industrial Relations system in Malaysia operates within the legal framework of the Industrial Relations Act 1967. The Act is administered by the Department of Industrial Relations, Malaysia and it regulates the relations between employers and their workmen’ and their trade unions in the country. The Act, among others, outlines the following:

  1. Provisions outlining the process relating to claims for recognition and scope of representation of trade unions;
  2. Provisions relating to the facilitation of effective collective bargaining between the trade union and the employer and subsequent conclusion of a collective agreement;
  3. Provisions relating to prevention and settlement of trade disputes including referral to the Minister of Human Resources and Industrial Court for a dicision;
  4. Provisions relating to industrial action such as pickets, strikes and lockouts;
  5. Provisions relating to the representations for claims for reinstatement by workmen;
  6. Provisions relating to the operation of the Industrial Court; and
  7. Provisions relating to the investigative powers of the officers of the Department of Industrial Relations, Malaysia

In addition, the Department also provides advisory services on all issues and questions relating to employment relations vide its branch offices located throughout the country.

Relations in Non-Unionised Establishments

In a non-unionised establishment, the normal practice for settling disputes is for the employee to try to obtain redress from his supervisor, foreman or employer directly. An employee can also lodge a complaint with the Ministry of Human Resources which will then conduct an investigation.

Sebelumnya

Prosedur Imigresen

Memulakan Perniagaan

Seterusnya

Perbankan dan Kewangan

Pengurusan Alam Sekitar

Tarikh Dikemaskini : Jumaat 23 Jun 2017