TERKINI
Logo

Kenapa Malaysia

Malaysia terletak di tengah-tengah Asia Tenggara, menawarkan lokasi strategik yang kompetitif dari segi kos untuk para pelabur yang berhasrat untuk menubuhkan operasi luar pesisir bagi mengeluarkan produk-produk berteknologi canggih untuk pasaran serantau dan antarabangsa.

Persekitaran Perniagaan Dinamik

Malaysia menawarkan pelabur persekitaran perniagaan yang dinamik dan cergas dengan prasyarat yang ideal bagi pertumbuhan dan keuntungan. Kekuatan utama Malaysia termasuk infrastruktur yang maju dan tenaga kerja yang produktif. Selain menyediakan insentif yang menarik bagipara pelabur, Malaysia juga sebuah negara yang stabil dari segi politik dengan sistem undang-undang yang maju. Disokong oleh ekonomi yang berorientasikan pasaran dan dasar-dasar kerajaan yang pro-perniagaan.


Maju bersama dengan Teknologi

Kemajuan teknologi telah menjadi sebahagian daripada pertumbuhan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian. Dengan bantuan teknologi, Malaysia adalah dapat merangka keperluan moden bagi syarikat pelabur yang berpangkalan di negara ini. Malaysia adalah salah satu negara yang paling maju dari segi teknologi di kalangan negara-negara perindustrian di rantau ASEAN. Halatuju berterusan negara untuk melibatkan teknologi moden menjadi satu kelebihan yang besar kepada pengeluar di Malaysia.


Infrastruktur yang maju

Infrastruktur di Malaysia direka bentuk untuk memenuhi keperluan komuniti perniagaan; ia adalah antara yang terbaik di Asia. Rangkaian telekomunikasi disampaikan oleh teknologi digital dan gentian optik, lima lapangan terbang antarabangsa (semua dengan kemudahan kargo udara), lebuh raya diselenggarakan dengan baik dan tujuh pelabuhan antarabangsa menjadikan Malaysia sebagai batu loncatan yang sesuai untuk pasaran Asia Pasifik.

Industri di Malaysia beroperasi terutamanya di lebih 500 kawasan perindustrian dan Zon Bebas yang dibangunkan di seluruh negara. Zon-zon ini dikategorikan sebagai zon pemprosesan eksport, yang memenuhi keperluan industri yang berorientasikan eksport. Terdapat juga taman-taman khusus yang telah dibangunkan untuk memenuhi keperluan industri-industri tertentu.


Sumber Manusia

Salah satu aset Malaysia yang terbaik ialah sumber manusia. Tenaga kerja di sini adalah muda, berpendidikan serta produktif telah terbukti antara yang terbaik di rantau ini. Penekanan Kerajaan terhadap pembangunan sumber manusia memastikan bekalan berterusan tenaga kerja untuk memenuhi keperluan sektor-sektor pembuatan dan perkhidmatan berkembang.


Ke arah Ekonomi akan Datang

Hasil daripada perseptif pandangan jauh, perancangan strategik dan sumber yang banyak, Malaysia menawarkan pelabur peluang pelaburan yang luas. Kecenderungan Ekonomi Malaysia yang berasaskan berteknologi terbukti melalui penglibatan negara dalam pembuatan produk antaranya elektronik termaju, R & D, bioteknologi, fotonik, logistik, reka bentuk, inovasi dan sektor pembuatan berautomasi. Objektif Kerajaan juga adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai hub untuk aktiviti rantaian nilai yang lain seperti R & D, reka bentuk dan pembangunan (D & D), pembelian, logistik, pengedaran dan pemasaran, perkhidmatan sokongan perniagaan dan perkongsian perkhidmatan.


Syurga Bagi Syarikat Asing

Persekitaran perniagaan di Malaysia yang kondusif telah menjadikan negara ini salah satu destinasi pelaburan yang terbaik di dunia untuk operasi pengilangan luar pesisir. Malaysia setakat ini telah menarik lebih daripada 5,000 syarikat asing dari lebih daripada 40 buah negara untuk menubuhkan operasi mereka di negara ini. Ramai daripada mereka juga telah berkembang dan mempelbagaikan operasi mereka di negara ini, mencerminkan keyakinan mereka terhadap Malaysia sebagai tapak untuk usaha perniagaan mereka.

Kekukuhan Ekonomi


  • Sumber-sumber asli – minyak mentah, gas asli, bijih timah, kayu-kayan, minyak sawit, getah
  • Pertumbuhan KDNK – 4.2% (2016)
  • Simpanan negara kasar – 29% daripada Pendapatan Negara Kasar
  • Pendapatan per kapita – RM37,758 (USD9,102)
  • Kadar pengangguran – 3.4% (p)
  • Inflasi (Indeks Harga Pengguna) – 2.1% (p)

Lagi

Dasar-dasar Sokongan Kerajaan


  • Dasar-dasar menyebelahi perniagaan
  • Kerajaan yang responsif
  • Dasar-dasar pelaburan yang liberal
  • Insentif-insentif cukai dan lain-lain yang menarik
  • Rejim kawalan pertukaran asing yang liberal
  • Perlindungan harta intelek

Tenaga Kerja Terdidik


  • Tenaga kerja yang berbakat, muda, terdidik dan produktif
  • Tenaga kerja yang mampu bertutur dua atau tiga bahasa, termasuk Inggeris
  • Sistem latihan vokasional dan industri yang komprehensif, termasuk latihan kemahiran lanjutan
  • Perhubungan perindustrian yang harmonis dengan pertikaian perdagangan yang minimum

Infrastruktur Maju


  • Rangkaian lebuh raya dan rel yang disenggara rapi
  • Pelabuhan-pelabuhan dan lapangan-lapangan terbang yang dilengkapkan dengan baik
  • Rangkaian dan perkhidmatan telekomunikasi yang berkualiti tinggi
  • Taman-taman perindustrian yang dibangunkan sepenuhnya, termasuk zon-zon perindustrianbebas, taman-taman teknologi dan Koridor Raya Multimedia (MSC)
  • Bandaraya-bandaraya Siber MSC Malaysia dan Pusat-pusat Siber maju

Persekitaran Perniagaan Cergas


  • Ekonomi berorientasi pasaran
  • Sektor kewangan dan perbankan yang dimajukan dengan baik, termasuk Pertukaran Kewangan Antarabangsa Labuan
  • Penggunaan bahasa Inggeris begitu meluas, terutamanya dalam amalan-amalan perniagaan, perundangan dan perakaunan berdasarkan sistem British
  • Komuniti perniagaan tempatan yang besar dengan sejarah yang lama dalam perhubungan-perhubungan perniagaan antarabangsa
  • Komuniti perniagaan asing yang besar dalam semua sektor perniagaan. Perhubungan perdagangan yang luas – jumlah perdagangan negara bernilai RM1.485 trilion pada 2016.

Kualiti Kehidupan


  • Rakyat Malaysia yang mesra dan suka menerima tetamu
  • Persekitaran kehidupan yang selamat dan selesa
  • Perumahan yang cemerlang, kemudahan-kemudahan moden, penjagaan kesihatan dan kemudahan-kemudahan perubatan yang baik
  • Institusi pendidikan yang cemerlang termasuk sekolah antarabangsa untuk anak-anak penjawat asing
  • Kemudahan-kemudahan rekreasi dan kesukanan bertaraf dunia
  • Tempat-tempat membeli-belah yang cemerlang dengan barang-barang dari serata pelusuk dunia.


Sumber:

1. Kementerian Kewangan Malaysia : Laporan Ekonomi 2016/2017

2. Kenyataan Media Matrade : Malaysia - Prestasi Perdagangan 2016

Tarikh Dikemaskini : Isnin 18 September 2017