TERKINI
Logo

Apa Kata Pelabur

Ekonomi Malaysia telah mengalami satu perubahan yang besar sejak tahun 1957. Transformasi ekonomi negara daripada yang berasaskan komoditi utama seperti bijih timah, getah dan minyak sawit kepada sebuah negara perindustrian yang dinamik dan bertenaga adalah disebabkan oleh pelbagai faktor penarik.

Kestabilan politik dan ekonomi Malaysia, dasar perniagaan berhemat dan pragmatik yang mesra pelabur, kos tenaga kerja produktif, infrastruktur yang maju setanding dengan mana-mana negara barat dan pelbagai kemudahan lain yang menjadikan negara ini tempat yang menarik bagi pelabur.

Syarikat multinasional dari lebih daripada 40 buah negara telah melabur di lebih 5,000 syarikat dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan berkaitan di Malaysia serta didorong oleh persekitaran yang mesra perniagaan di negara ini. Malaysia hari ini adalah salah satu daripada lokasi utama di dunia bagi pengilangan luar pesisir dan operasi berasaskan perkhidmatan. Banyak syarikat-syarikat asing yang sedia ada juga terus menunjukkan keyakinan mereka terhadap potensi negara sebagai lokasi pelaburan melalui pelbagai pengembangan dan pempelbagaian dalam perniagaan mereka selama ini, terutamanya dalam projek-projek teknologi tinggi.

Tarikh Dikemaskini : Selasa 17 Julai 2018