Logo

Cukai Insentif bagi Teknologi Hijau

 


GreenIncentives

1. Insentif Teknologi Hijau termasuk aktiviti layak yang lain.

Bagi memperkukuhkan pembangunan teknologi hijau, kerajaan akan terus menyediakan insentif dalam bentuk elaun cukai pelaburan bagi pembelian aset teknologi hijau dan pengecualian cukai pendapatan bagi penggunaan sistem dan perkhidmatan teknologi hijau.

Insentif yang diumumkan dalam Bajet 2014 akan merangkumi skop yang lebih luas dalam aktiviti teknologi hijau untuk menyokong perkhidmatan tenaga, pengangkutan, bangunan dan pengurusan sisa. Ia juga memudahkan peralihan bagi insentif cukai yang berkaitan dengan tenaga boleh diperbaharui (RE) dan kecekapan tenaga (EE) projek di bawah Akta Penggalakan Pelaburan (PIA), 1986 yang tamat tempoh pada 31 Disember 2015.

A) Insentif Cukai bagi Projek Teknologi Hijau

Elaun Cukai Pelaburan (ITA) sebanyak 100% daripada perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan dalam projek teknologi hijau dari tahun taksiran 2013 (tarikh perbelanjaan modal layak pertama dilakukan tidak lebih daripada 25 Oktober 2013) sehingga tahun taksiran 2020. Elaun ini boleh ditolak sebanyak 70% daripada pendapatan berkanun dalam tahun taksiran. Elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke hadapan sehingga ia diserap sepenuhnya.

Projek Teknologi Hijau yang berkaitan dengan tenaga boleh diperbaharui, kecekapan tenaga, bangunan hijau, pusat data hijau dan pengurusan sisa layak untuk insentif cukai ini. Sila rujuk Garis Panduan Permohonan Insentif dan/atau Jawatan Pegawai Dagang untuk Teknologi Hijau (GT) di www.mida.gov.my untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti yang layak dan kriteria kelayakan.

Permohonan yang diterima menjelang 31 Disember 2020 akan layak untuk insentif ini. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

B) Insentif Cukai bagi Perkhidmatan Teknologi Hijau

Pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun daripada tahun taksiran 2013 hingga tahun taksiran 2020.

Perkhidmatan teknologi hijau yang berkaitan dengan tenaga boleh diperbaharui, kecekapan tenaga, kenderaan elektrik (EV), bangunan hijau, pusat data hijau, pengesahan dan pensijilan hijau dan bandar hijau adalah layak mendapatkan insentif cukai ini.

Permohonan yang diterima menjelang 31 Disember 2020 akan layak untuk insentif ini. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

C) Insentif Cukai bagi Pembelian Aset Teknologi Hijau

Elaun Cukai Pelaburan (ITA) sebanyak 100% daripada perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan ke atas aset teknologi hijau dari tahun taksiran 2013 (tarikh perbelanjaan modal layak pertama dilakukan tidak lebih daripada 25 Oktober 2013) sehingga tahun taksiran 2020. Elaun boleh ditolak sebanyak 70% daripada pendapatan berkanun dalam tahun taksiran. Elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke hadapan sehingga ia diserap sepenuhnya.

Pembelian aset teknologi hijau seperti yang disenaraikan di dalam Direktori MyHijau layak untuk insentif cukai ini. Sila rujuk  www.greendirectory.my bagi senarai aset yang telah disahkan oleh Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia (MGTC) sebagai MyHijau dan diluluskan oleh Kementerian Kewangan (MoF).

Permohonan yang diterima menjelang 31 Disember 2020 akan layak untuk insentif ini. Permohonan-permohonan hendaklah dikemukakan kepada MGTC.

Sila klik pautan di bawah untuk memuat turun Garis Panduan dan Borang untuk Insentif dan/atau Jawatan Pegawai Dagang untuk Teknologi Hijau (GT).

Download Guidelines GT/JA

Download Form GT/JA

2. Insentif untuk 'Waste Eco Parks' (WEPs)

'Waste Eco Park' (WEP) bertujuan untuk menggalakkan aktiviti kitar semula sisa, pemulihan dan rawatan oleh industri dan menyediakan penyelesaian yang mampan bagi permasalahan pengurusan sisa. Ini akan menggalakkan pelaburan dalam kemudahan dan infrastruktur ke arah aktiviti-aktiviti pengurusan sisa secara holistik. Dalam usaha untuk menggalakkan aktiviti-aktiviti, terdapat insentif disediakan untuk Pemaju WEP, Pengurus WEP dan Operator WEP (syarikat yang beroperasi di WEP).

Sila klik pautan di bawah untuk memuat turun garis panduan dan prosedur bagi Insentif 'Waste Eco Park' (WEP) dan/atau Jawatan Pegawai Dagang.

Guidelines for WEP Incentives

A) Pemaju WEP 

Permohonan yang diterima oleh MIDA daripada 1 Januari 2016 sehingga 31 Disember 2020, adalah layak dipertimbangkan untuk insentif ini.

Sila klik pautan di bawah untuk memuat turun borang permohonan untuk Pemaju WEP

Application Form - WEP Developer

 

B) Pengurus WEP

Permohonan yang diterima oleh MIDA daripada 1 Januari 2016 sehingga 31 Disember 2020, adalah layak dipertimbangkan untuk insentif ini.

Sila klik pautan di bawah untuk memuat turun borang permohonan untuk Pengurus WEP

Application Form - WEP Manager

 


C) Operator WEP 
(syarikat yang beroperasi dalam WEP)

Permohonan yang diterima oleh MIDA daripada 1 Januari 2016 sehingga 31 Disember 2020, adalah layak dipertimbangkan untuk insentif ini.

Sila klik pautan di bawah untuk memuat turun borang permohonan  untuk Operator WEP  

Form ICAJA1

Sebelumnya

Garis Panduan dan Borang untuk Sektor Perkhidmatan

Garis Panduan dan Borang Untuk Sektor Perkilangan

Seterusnya

Perlesenan dan Insentif

Dana Pelaburan Strategik Domestik

Tarikh Dikemaskini : Selasa 11 Disember 2018