TERKINI
Logo

Dasar-dasar Sokongan Kerajaan

Dasar-dasar Kerajaan yang mengekalkan persekitaran perniagaan dengan peluang-peluang untuk syarikat-syarikat berkembang dan meraih keuntungan telah menjadikan Malaysia sebuah pangkalan perkilangan dan eksport yang menarik di rantau ini. Sektor swasta di Malaysia telah berganding bahu dengan sektor awam untuk mencapai matlamat-matlamat pembangunan negara.

Dasar-dasar Sokongan Kerajaan

Satu faktor utama yang telah menarik para pelabur ke Malaysia ialah komitmen kerajaan untuk mengekal persekitaran perniagaan yang menyediakan peluang-peluang untuk syarikat-syarikat berkembang dan meraih keuntungan. Komitmen ini terlihat daripada usaha-usaha tetap kerajaan untuk mendapatkan maklum balas daripada komuniti perniagaan melalui saluran-saluran perundingan seperti dialog-dialog yang sering diadakan antara kerajaan dan sektor swasta. Ini membolehkan pelbagai komuniti perniagaan menyuarakan pandangan-pandangan mereka dan menyumbang kepada pembentukan dasar-dasar kerajaan yang melibatkan mereka.


Dasar Ekuiti Liberal

Sejak Jun 2003, para pelabur asing boleh memegang 100% ekuiti dalam semua pelaburan projek-projek baru, serta pelaburan-pelaburan dalam projek-projek pembesaran/pempelbagaian oleh syarikat-syarikat sedia ada tanpa mengambil kira paras eksport dan tanpa mengecualikan mana-mana produk atau aktiviti.


Pengambilan Kerja Pegawai Asing

Syarikat-syarikat asing dalam sektor perkilangan dibenarkan mengambil bekerja pegawai-pegawai asing dalam kemahiran tertentu yang tidak terdapat di Malaysia. Sebuah syarikat dengan modal berbayar asing sebanyak AS$2 juta ke atas akan dibenarkan sehingga 10 jawatan pegawai dagang, termasuk lima jawatan penting, iaitu jawatan-jawatan yang selama-lamanya diisi oleh orang asing.


Insentif-Insentif Menarik

Berkuatkuasa dari tahun taksiran 2009, kadar cukai syarikat telah dikurangkan kepada 25% dan kadar cukai maksimum individu dikurangkan kepada 26% (bagi tahun taksiran 2010). Malaysia menawarkan pelbagai insentif bagi projek-projek perkilangan di bawah Akta Penggalakkan Pelaburan 1986 dan Akta Cukai Pendapatan 1967. Insentif-insentif utama adalah Taraf Perintis, Elaun Cukai Pelaburan, Elaun Pelaburan Semula, Insentif-insentif bagi Industri-industri Berteknologi Tinggi dan Insentif-insentif bagi Projek-projek Strategik dan Insentif-insentif bagi Penubuhan Operasi-operasi berasas Perkhidmatan Antarabangsa/Serantau.

Sebelumnya

Kekukuhan Ekonomi

Seterusnya

Tenaga Kerja Berpendidikan

Infrastruktur Membangun

Tarikh Dikemaskini : Rabu 21 Februari 2018