TERKINI
Logo

Kualiti Kehidupan

Malaysia adalah antara tempat di dunia yang paling mesra dan suka menerima tetamu untuk bekerja dan tinggal di sini, manakala rakyat Malaysia ramah, mesra dan mudah menerima orang asing sebagai kawan mereka.

Malaysia adalah antara tempat di dunia yang paling mesra dan suka menerima tetamu untuk bekerja dan tinggal di sini. Selain itu, iklim tropika negara ini dengan suhu yang sama membolehkan orang berpakaian ringan dan selesa sepanjang tahun.

Pegawai-pegawai dagang dan keluarga mereka akan menikmati persekitaran kehidupan yang selamat dan selesa dengan kemudahan-kemudahan abad ke-21, penjagaan kesihatan dan kemudahan-kemudahan perubatan yang baik, institusi-institusi pendidikan yang cemerlang, dan kemudahan-kemudahan rekreasi dan kesukanan bertaraf dunia - pada kos jauh lebih rendah daripada negara-negara mereka sendiri.

Salah satu ciri teristimewa negara ini adalah budayanya yang amat pelbagai, suatu warisan hasil daripada percampuran kaum beberapa tamadun tertua dunia – Melayu, China dan India. Percampuran kaum dan budaya ini membolehkan rakyat Malaysia bertutur dalam sekurang-kurangnya dua, dan ada kalanya tiga, bahasa – Bahasa Melayu (bahasa rasmi), Inggeris, dan bahasa ibunda mereka sendiri. Dengan mendiami persekitaran kosmopolitan seumpama ini, rakyat Malaysia ramah, mesra dan mudah menerima orang asing sebagai kawan mereka.


Perumahan Selesa

Terdapat pilihan yang luas bagi perumahan yang selesa di Malaysia. Menurut kaji selidik mengenai kos sara hidup pegawai-pegawai dagang yang dijalankan Dewan Perniagaan & Industri Antarabangsa Malaysia, sewa bulanan bagi kediaman adalah serendah RM2,500 hingga 3,800 bagi kondominium 3-bilik berperabot di pinggir bandaraya Kuala Lumpur kepada kira-kira RM15,000 bagi bungalo mewah di kejiranan mewah dan anggun yang berhampiran bandaraya.


Sekolah-Sekolah Antarabangsa

Terdapat lebih 30 sekolah antarabangsa yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan. Sekolah-sekolah ini terletak di wilayah-wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, dan di negeri-negeri seperti Selangor, Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Sabah dan Sarawak. Ia termasuk sekolah-sekolah antarabangsa gaya Amerika dan British serta sekolah-sekolah Perancis, Jerman, Jepun dan Taiwan yang mempunyai kemudahan untuk pendidikan pra-sekolah dan kolej.


Gaya Hidup Tidak Ada Tolok Bandingnya

Kehidupan di Malaysia adalah satu pengalaman yang penuh cabaran. Iklim panas dan cerah sepanjang tahun menawarkan satu gaya hidup yang tidak ada tolok bandingnya, terutamanya bagi mereka yang cintakan aktiviti-aktiviti luar. Keluarga-keluarga boleh menghabiskan masa pada hujung minggu di taman-taman negara Malaysia di mana terdapat sungai-sungai dan bukit-bukit yang indah. Atau mereka boleh terbang ke salah sebuah pulau-pulau yang banyak terdapat di negara ini untuk sukan snorkel dan selam skuba. Atau memandu untuk satu permainan golf di sebuah bukit peranginan yang nyaman. Bagi mereka yang lebih suka berada di tempat yang tertutup, mereka boleh membeli-belah sepuas-puasnya di kompleks-kompleks membeli-belah ultra moden yang menawarkan fesyen-fesyen berjenama terkini, barang-barang kulit dan barang-barang elektronik pada harga-harga yang kompetitif.


Membeli-belah

Dengan terdapatnya berbagai jenis barang makanan dan produk pengguna di pasaraya-pasaraya dan kedai-kedai serbaneka, orang-orang asing akan merasakan Malaysia seperti berada di rumah mereka sendiri. Gedung-gedung di Malaysia memenuhi setiap cita rasa dan belanjawan, dan terdiri daripada pusat-pusat membeli-belah hingga pasaraya-pasaraya besar, kedai-kedai khas dan kedai yang menjual barangan terus daripada kilang. Satu pengalaman baru bagi orang-orang asing adalah pasar malam di mana penjaja menjual hampir apa sahaja - daripada buah-buahan dan sayur- sayuran segar hingga pakaian-pakaian dan kasut-kasut. Malaysia juga adalah satu peti khazanah artifak dan antik, dan orang-orang asing lazimnya bukan sahaja akan membawa balik bersama mereka kenangan manis selama berada di sini tetapi juga banyak barang-barang yang digemari pengumpul.

Berkenaan makan di luar, Malaysia adalah salah sebuah negara di dunia di mana sebuah keluarga mampu untuk makan di luar hampir setiap hari seminggu. Bergantung kepada belanjawan seseorang, pilihan tempat-tempat makan amat luas iaitu daripada hotel-hotel mewah dan kafe-kafe laluan jalan kaki yang anggun hingga restoran-restoran makanan segera dan warung-warung. Sesiapapun tidak akan jemu dengan jenis-jenis hidangan makanan tidak terhad yang tersedia.

Satu tarikan yang tidak harus dilepas pandang di ibu kota Kuala Lumpur adalah Menara Berkembar Petronas di mana seseorang itu dapat menikmati persembahan-persembahan bertaraf dunia di Dewan Filharmonik Petronas berakustik sempurna.

Sebelumnya

Persekitaran Perniagaan Cergas

Kemajuan Infrastruktur

Seterusnya

Kedudukan Daya Saing

Tarikh Dikemaskini : Jumaat 17 Ogos 2018