TERKINI
Logo

Logo MIDA

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia kini melaksanakan strategi baru untuk menarik lebih ramai pelabur melabur, bagi mempercepatkan proses transformasi negara ke arah status berpendapatan tinggi sejajar dengan Program Transformasi Ekonomi.

Sebagai salah satu usaha simbolik ke arah hala tuju baru, MIDA telah melancarkan logo baru - huruf tebal dan besar MIDA mewakili integriti dan profesionalisme organisasi ini.

Warna kelabu membawa maksud berkecuali dan boleh dipercayai, manakala tenaga baru, canggih, dinamik serta perintis MIDA diwakili oleh motif anak panah bergerak ke hadapan yang berwarna merah.

Logo baru MIDA ini melambangkan hala tuju strategik baru agensi penggalakan pelaburan ini.

Visi dan misi baru kami adalah untuk menjadi rakan kongsi yang terbaik untuk pelabur, dengan warga kerja yang mempunyai integriti dan profesionalisme untuk memastikan Malaysia mencapai matlamat dalam transformasi ekonomi dan aspirasi negara maju menjelang tahun 2020.

Sebelumnya

Aplikasi Mudah Alih & Media Sosial

Advertise with Us

Seterusnya

Fungsi MIDA

MIDA e-Perkhidmatan

Tarikh Dikemaskini : Rabu 15 Ogos 2018