APR e-Survey


Annual Performance Report (APR) adalah kajiselidik yang dijalankan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk memantau prestasi tahunan syarikat perkilangan yang diluluskan Lesen Pengilang / Insentif di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian, 1975 / Akta Penggalakan Pelaburan, 1986.

Kajiselidik ini dijalankan secara tahunan bagi membolehkan MIDA untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung status syarikat perkilangan di Malaysia bagi tujuan penggubalan dasar dan perancangan perindustrian.

i) Log masuk untuk menjawab kajiselidik secara atas talian:
Log Masuk / Daftar Manual


atau
ii) Muat turun borang dan garis panduan menjawab kaji selidik di sini:
Borang Garis Panduan

Sektor Perkilangan e-ML


Lesen Pengilang dan / atau Elaun Taraf Perintis / Pelaburan Cukai dan / atau Permohonan Jawatan Pegawai Dagang dengan Kod Bar secara atas talian (on-line):

  • ICA / JA-1
  • ICA / JA-2
  • ICA / JA-3
  • ICA / JA-4
  • ICA / JA-5
  • ICA / JA-6

e-Tarif


1. e-Exemption Online / Kod Bar

  • PC1 hanya untuk Sektor Pertanian
  • PC2, PC2-1; dan
  • PCServices

2. e-Declaration

  • SPM 1/2014 (Pengeluar Di Kawasan Utama Kastam )
  • SPM 2/2014 (Syarikat yang terlibat di dalam Industri Perhotelan)

Surat Kelulusan, Syarat Kelulusan dan Lampiran yang ditandatangani secara digital.

"Surat Pengesahan MIDA" (SPM) digitally signed.

e-BizMatch


e-BizMatch adalah aplikasi talian terus (online) yang menyediakan perkhidmatan pemadanan perniagaan bagi menghubungkan perniagaan di seluruh dunia. Kemudahan aplikasi web ini akan membantu anda berhubung dengan rakan kongsi perniagaan antarabangsa. Ahli-ahli yang berdaftar boleh membuat carian untuk mendapatkan rakan perniagaan berdasarkan keperluan khusus mereka.

Apabila anda mendaftar dengan e-BizMatch, butiran syarikat dan cadangan projek anda akan dipaparkan di dalam Direktori e-BizMatch secara percuma sebagai satu perkhidmatan kepada pengilang-pengilang dan pembekal-pembekal perkhidmatan.

Walau bagaimanapun, MIDA berhak untuk mengedit teks yang dikemukakan oleh anda untuk menambah kejelasan dan mengurangkan kepanjangan teks yang diberikan. Sila berikan tempoh tujuh hari untuk maklumat anda diproses.

e-Suratberita


Topik yang dipaparkan dalam e-Suratberita ini adalah pandangan dan maklumat terkini mengenai pelaburan dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan, pelbagai industri dan subsektor, ekonomi dan juga program yang dianjurkan oleh MIDA.

e-Jawatan


Bagi warganegara Malaysia yang sedang mencari laluan kerjaya baru dan bersedia untuk menghadapi cabaran yang lebih besar, anda adalah dijemput untuk menjadi sebahagian daripada pasukan kami yang dinamik untuk membentuk masa depan pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Bahagian Pembangunan Sumber Manusia
Malaysian Investment Development Authority (MIDA)
Level 15, MIDA Sentral
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Tarikh Dikemaskini : Khamis 30 Mac 2017