Logo

Kaneka Corporation

​Kaneka Corporation telah ditubuhkan pada tahun 1949 di Osaka, Jepun dengan modal berbayar sebanyak Yen Jepun 33,046 juta. Pada mulanya, produk utama Kaneka ini adalah soda kaustik, sabun, kosmetik, minyak makan dan wayar elektrik. Saban tahun, Kaneka telah mempelbagaikan perniagaan ke dalam industri lain seperti polimer, penapaian, bioteknologi dan elektronik.

Pada masa ini, Kaneka Corporation mempunyai sejumlah 23 anak syarikat di luar negara, ada yang terletak di Belgium, Amerika Syarikat, Singapura, Malaysia, China, Taiwan, Australia, India dan Vietnam, dengan jumlah pekerja lebih 8,600 kakitangan di seluruh dunia.

Operasi Kaneka di Malaysia bermula dengan penubuhan Kaneka (Malaysia) Sdn. Bhd. pada bulan Ogos 1995 di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan, Pahang, untuk mengeluarkan impact modifiers dan bantuan pemprosesan untuk produk PVC. Syarikat-syarikat lain telah ditubuhkan kemudiannya untuk mengeluarkan produk yang berbeza seperti polyethylene and polypropylene pellets, beads and planks; DPVC & EPVC paste; synthetic fibers; polyimide film; graphite sheet and graphite sheet stickers. Kumpulan syarikat Kaneka di Malaysia terdiri daripada lima syarikat seperti berikut:

1.Kaneka (Malaysia) Sdn. Bhd. [KM]

2.Kaneka Eperan Sdn. Bhd. [KEP]

3.Kaneka Paste Polymers Sdn. Bhd. [KPP]

4.Kaneka Innovative Fibers Sdn. Bhd. [KIF]

5.Kaneka Apical Malaysia Sdn. Bhd. [KAM]

Di bawah dasar Kaneka Shift Asia, Kaneka Corporation juga sedang dalam proses menubuhkan lebih banyak perniagaan baru di Malaysia bernilai lebih RM1 bilion seperti projek MS Polymer, PHBH Bio-polymer dan Modacrylic Fibers.

Keputusan untuk terus melabur di Malaysia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekuatan ekonomi Malaysia dengan kadar pengangguran dan nisbah khidmat hutang yang rendah, dasar kerajaan yang menyokong melalui insentif cukai yang menarik, infrastruktur yang maju, kestabilan politik, tenaga kerja berpendidikan serta kewajudan kemudahan sokongan yang lain.

Seterusnya

K.G. Pastry

Knowles Electronics

Tarikh Dikemaskini : Selasa 23 Julai 2019