Logo

Melabur di Malaysia

 

Pengenalan

Sebagai agensi pelaksanaan bagi agenda pelaburan negara, MIDA memberi tumpuan kepada menjana pelaburan berkualiti dalam teknologi baru yang diperlukan untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi. MIDA juga sedang mengkaji cara-cara untuk menjenamakan semula imej Malaysia sebagai pusat aktiviti berteknologi tinggi dan global.

Bagi memenuhi agenda pelaburan negara, MIDA telah ditugaskan untuk meningkatkan koordinasi dan kepaduan antara koridor wilayah dan agensi-agensi lain di negara ini mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan promosi pelaburan.

Portal Maklumat Insentif (i-Incentives)

I-incentives adalah portal yang memaparkan maklumat mengenai insentif yang ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia.

Pusat Penyeragaman dan Penyelarasan Insentif (Incentive Coordination & Collaboration Office, ICCO) telah ditubuhkan di MIDA yang bertujuan untuk penambahbaikan penyelarasan kesemua insentif yang ditawarkan. Inisiatif ini adalah untuk meningkatkan keberkesanan mekanisma insentif kerajaan dengan meningkatkan ketelusan, menghapuskan pertindihan dan mengaitkan insentif dengan prestasi.

Lawati portal i-incentive di https://incentives.mida.gov.my.

Seterusnya

Garis Panduan Am & Fasiliti

Sektor Perkilangan

Tarikh Dikemaskini : Jumaat 19 Mei 2017