Logo

General Electric Aircraft Engine

Pada tahun 1997, General Electric Aircraft Engines (GEAE) memulakan usahasama yang berjaya di Malaysia dengan mempunyai perkongsian strategik dengan syarikat penerbangan di sini. Kami telah berjaya memanfaatkan keupayaan tenaga kerja mahir dan sokongan teknologi multinasional dengan membina tempat bagi membaik pulih enjin pesawat yang besar di sini dan menjadikan ia sebagai salah satu yang paling berdaya saing di dunia. Kemudahan infrastruktur pengangkutan dan komunikasi yang baik di Malaysia telah membolehkan kami untuk menjalankan perniagaan dengan mudah dan memberikan perkhidmatan yang tepat pada masanya untuk semua pelanggan kami. 

Dalam menjalankan perniagaan, kami mendapati tenaga kerja kami perlu menjadi sangat bersedia dan sentiasa terbuka kepada idea-idea baru. Sikap ini dilengkapi tahap pendidikan yang tinggi, pengalaman dan latihan tenaga kerja yang kami miliki. 

Kami juga berbangga bahawa pasukan kepimpinan terdiri daripada semua rakyat Malaysia dengan kemahiran pengurusan yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan yang unik ini. 

GEAE sangat gembira dengan prestasi dan kemajuan yang dicapai oleh perniagaan bertaraf dunia yang telah ditubuhkan di Malaysia.

Seterusnya

Globetronics Technology Berhad

Tarikh Dikemaskini : Jumaat 17 Mei 2019