TERKINI
Logo

Soalan Lazim (FAQs)

A Am
Bagaimanakah MIDA membantu para pelabur?

MIDA menawarkan bantuan-bantuan berikut kepada para pelabur:

  1. Mengadakan rundingan langsung dan kerjasama dengan agensi-agensi yang relevan di kedua-dua peringkat Persekutuan dan Negeri dalam perkara-pekara seperti:-
    • Memperoleh kemudahan-kemudahan infrastruktur, termasuk tanah, tapak kilang, bekalan-bekalan elekrik dan air, telekomunikasi dan lain-lain.
    • Menyegera kelulusan berkaitan Pelan Bangunan, Perakuan Kelayakan dan Lesen-lesen Perniagaan.
  2. Memimpin tangan dan membantu para pelabur mendapatkan kelulusan-kelulusan yang diperlukan bagi projek-projek mereka sehingga beroperasi.
  3. Memberi sokongan kepada syarikat-syarikat sedia ada merancang pembesaran, pelbagaian dan lain-lain pelaburan semula projek-projek mereka.
  4. Memudahcara lawatan-lawatan dan penyiasatan-penyiasatan tapak dan infrastruktur-infrastruktur rantaian bekalan.

Bagi meningkatkan lagi peranan MIDA membantu para pelabur, wakil-wakil kanan daripada agensi-agensi kerajaan penting ditempatkan di Ibu Pejabat MIDA di Kuala Lumpur untuk menasihat para pelabur mengenai dasar-dasar dan prosedur-prosedur kerajaaan. Wakil-wakil ini termasuk pegawai-pegawai daripada Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Imigresen, Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Tenaga Nasional Berhad dan Telekom Malaysia Berhad.

Apakah jenis permohonan-permohonan yang dinilai MIDA?

MIDA menilai permohonan-permohonan berikut:

  • Lesen Pengilang di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian, 1975
  • Insentif-insentif
  • Pengecualian Duti-duti Kastam
  • Jawatan-jawatan pegawai dagang
  • Status bagi pertubuhan-pertubuhan serantau
  • Status bagi syarikat R&D
Apakah keperluan ekuiti bagi projek-projek baru, pembesaran atau pempelbagaian?

Berkuat kuasa dari 17 Jun 2003, para pelabur boleh memegang 100% ekuiti bagi semua pelaburan dalam projek-projek baru, serta projek-projek pembesaran atau pempelbagaian syarikat-syarikat sedia ada dalam sektor perkilangan, tanpa mengambil kira paras eksport.

Bolehkah MIDA bantu mencari rakan usahasama (tempatan atau asing)?

MIDA telah menubuhkan sebuah kemudahan dalam talian, Enterprise Connect atau E-Connect, untuk membantu dan memudahcara perkhidmatan pemadanan perniagaan. E-Connect menyediakan peluang kepada para pelabur tempatan dan asing yang mencari rakan usahasama di Malaysia, menjalankan pengilangan kontrak atau kerjasama teknik. Ahli-ahli berdaftar boleh melakukan carian-carian rakan perniagaan mengikut keperluan-keperluan mereka dan yang sepadan dengan kepentingan mereka. Pendaftaran adalah percuma. Untuk menjadi ahli E-Connect, pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan dalam talian melalui seksyen E-Connect di laman web MIDA. Selain E-Connect, MIDA juga membantu mencadangkan syarikat-syarikat/pelabur-pelabur yang relevan.

Bagaimanakah MIDA bertindak sebagai sebuah pusat sehenti dalam memudahcara dan membantu para pelabur?

Bagi meningkatkan lagi peranan MIDA membantu para pelabur, wakil-wakil kanan daripada agensi-agensi penting ditempatkan di Ibu Pejabat MIDA di Kuala Lumpur untuk menasihat para pelabur mengenai dasar-dasar dan prosedur-prosedur kerajaan. Wakil-wakil ini termasuk pegawai-pegawai daripada Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Imigresen, Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, Tenaga Nasional Berhad dan Telekom Malaysia Berhad.

B Lesen Pengilang
Apakah kriteria untuk memohon lesen pengilang?

Syarikat-syarikat perkilangan dengan dana pemegang-pemegang saham RM2.5 juta ke atas; atau menggaji 75 atau lebih pekerja-pekerja sepenuh masa dikehendaki memohon lesen pengilang di bawah Akta Penyelerasan Perindustrian (ICA), 1975.

Apakah prosedur untuk memohon lesen pengilang?

Borang-borang boleh dimuat turun dari laman web MIDA atau diperoleh dari Pusat Maklumat Perniagaan di Ibu pejabat MIDA atau pejabat-pejabat MIDA yang terdekat. Sila kemukakan borang-borang yang lengkap diisi kepada Ibu Pejabat MIDA.

  • Bagi industri-industri/aktiviti-aktiviti bukan sensitif, pemohon-pemohon boleh mengemukakan borang ML08. Projek perkilangan yang diluluskan akan diberikan lesen pengilang dalam tempoh 3 hari. Ini diguna pakai untuk projek-projek perkilangan baru, pembesaran dan/atau pempelbagaian/regularisasi.
  • Bagi industri-industri lain, pemohon-pemohon boleh mengemukakan borang ICA1-7 (yang mana berkenaan)
Berapa lamakah masa diambil untuk meluluskan lesen pengilang?

Keputusan-keputusan akan diambil dalam tempoh 4 minggu dari tarikh maklumat lengkap diterima.

Bagaimanakah saya boleh mengetahui kedudukan permohonan saya?

Surat-surat perakuan terima yang menyatakan nama-nama Pegawai/Timbalan Pengarah/Pengarah Bahagian Industri berkenaan akan dikeluarkan bagi semua permohonan yang diterima Pemohon-pemohon dinasihatkan supaya menghubungi pegawai masing-masing untuk mengetahui kedudukan permohonan.

Sekiranya syarikat saya dikecualikan lesen pengilang, apakah dokumen lain yang boleh saya peroleh daripada MIDA?

Sebuah syarikat yang mempunyai modal berbayar/dana pemegang-pemegang saham tidak melebihi RM2.5 juta atau pekerja-pekerja kurang 75 orang boleh memohon satu surat pengesahan yang menyatakan syarikat dikecualikan daripada kelulusan lesen pengilang. Pemohon dikehendaki mengemukakan satu salinan borang ICA 10 beserta satu salinan dokumen-dokumen berikut:-

  • Memorandum dan Tataurusan Persatuan
  • Sijil Pemerbadanan (Borang 9)
  • Alamat Berdaftar (Borang 44)
Bolehkah saya mengemukakan permohonan untuk lesen pengilang dalam talian?

Ya. Permohonan-permohonan untuk ICA/JA – 1, ICA/JA – 2, ICA/JA – 3, ICA/JA – 4, ICA/JA- 5 dan ICA/JA – 6 boleh dikemukakan dalam talian di http://www.mida.gov.my. Bagi permohonan-permohonan dalam talian, salinan-salinan asal borang-borang permohonan yang telah ditanda tangani hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

C Insentif-Insentif Pelaburan
Apakah insentif-insentif utama bagi sektor-sektor perkilangan dan perkhidmatan?

Terdapat 2 insentif cukai utama bagi sektor-sektor perkilangan dan perkhidmatan:

  • Taraf Perintis (PS) – Pengecualian cukai sebanyak 70% - 100% pendapatan berkanun selama 5 hingga 10 tahun. Elaun-elaun modal yang tidak diserap dan kerugian terkumpul yang ditanggung sepanjang tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pasca taraf perintis syarikat.
  • Elaun Cukai Pelaburan (ITA) – Satu elaun sebanyak 60% - 100% ke atas perbelanjaan modal layak (kilang, loji, jentera atau kelengkapan lain yang digunakan untuk projek diluluskan) yang dilakukan dalam tempoh 5 hingga 10 tahun dari tarikh pertama perbelanjaan modal layak dilakukan.
Apakah perbezaannya antara Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan?

Sebuah syarikat yang diluluskan sijil Taraf Perintis boleh menikmati pengecualian cukai di antara 70% - 100% daripada pendapatan berkanun selama 5 hingga 10 tahun, manakala bagi Elaun Cukai Pelaburan, sebuah syarikat itu boleh menerima elaun-elaun di antara 60% - 100% ke atas perbelanjaan modal layak yang dilakukan dalam tempoh 5 hingga 10 tahun. Projek-projek yang mengambil masa lama untuk membuat keuntungan dan melibatkan perbelanjaan modal yang besar, lebih bermanfaat memilih Elaun Cukai Pelaburan. Syarikat-syarikat harus meneliti pilihan ini sebelum memohon sama ada Taraf Perintis atau Elaun Cukai Pelaburan.

Bagaimanakah sebuah syarikat memohon Taraf Perintis/Elaun Cukai Pelaburan?

Sebuah syarikat boleh memohon insentif-insentif ini dengan mengisi borang-borang relevan (ICA1 – 7) yang diperoleh dari laman web MIDA atau diambil daripada Pusat Maklumat Perniagaan MIDA atau pejabat-pejabat MIDA terdekat.

Sekiranya syarikat saya tidak memiliki Lesen Pengilang, bolehkah saya memohon Taraf Perntis/Elaun Cukai Pelaburan?

Sebuah syarikat yang dikecualikan Lesen Pengilang layak memohon Taraf Perintis/Elaun Cukai Pelaburan sekiranya produk-produk/aktiviti-aktiviti berkenaan digalakkan dan projek memenuhi kriteria-kriteria lain yang berkaitan.

Bagaimanakah saya boleh mengesahkan yang produk-produk/aktiviti-aktiviti saya layak memohon insentif-insentif ini?

Anda boleh menyemak senarai aktiviti dan produk digalakkan yang tersiar dalam laman web kami atau menerusi penerbitan kami ‘Malaysia: Pelaburan dalam Sektor Perkilangan – Dasar, Insentif dan Kemudahan’.

Berapa lamakah masa yang diambil untuk menimbangkan permohonan bagi insentif-insentif ini?

Permohonan bagi insentif-insentif ini akan diproses dan keputusan akan diambil dalam tempoh 6 minggu dari tarikh maklumat lengkap diterima.

Bagaimanakah saya boleh mengetahui kedudukan permohonan insentif syarikat saya?

Surat-surat perakuan terima yang menyatakan nama-nama Pegawai/Timbalan Pengarah/Pengarah Bahagian Industri berkenaan akan dikeluarkan bagi semua permohonan yang diterima. Pemohon-pemohon dinasihatkan menghubungi pegawai masing-masing untuk mengetahui kedudukan permohonan.

D Jawatan Pegawai Dagang
Apakah perbezaannya antara jawatan penting dan jawatan tempoh?

Jawatan penting adalah jawatan yang boleh dipegang selama-lamanya oleh seorang rakyat asing. Jawatan tempoh adalah jawatan yang diluluskan sehingga 10 tahun bagi jawatan-jawatan eksekutif yang memerlukan kelayakan profesional dan pengamalan amali, dan lima tahun bagi jawatan-jawatan bukan eksekutif yang memerlukan kemahiran dan pengalaman teknik. Bagi jawatan-jawatan ini, rakyat Malaysia hendaklah dilatih untuk akhirnya mengambil alih jawatan-jawatan tersebut. Bilangan jawatan penting dan jawatan tempoh yang dibenarkan bergantung kepada baik buruk setiap kes.

Bagaimanakah untuk memohon jawatan (jawatan-jawatan) asing baru bagi syarikat baru atau syarikat sedia ada?

Sebuah syarikat boleh memohon kepada MIDA dengan menggunakan borang ICA/JA 1 atau borang-borang lain yang relevan (sila rujuk garis-garispanduan dalam laman web). Borang-borang ini boleh dimuat turun dari laman web MIDA di www.mida.gov.my atau diperoleh daripada Pusat Maklumat Perniagaan di MIDA atau pejabat-pejabat MIDA terdekat.

Bagaimanakah untuk memohon lanjutan atau jawatan pegawai dagang tambahan?

Pemohon boleh memohon kepada MIDA dengan menggunakan borang ICA/JA2 atau borang-borang yang relevan. Borang-borang ini boleh dimuat turun dari laman web MIDA di www.mida.gov.my atau diperoleh daripada Pusat Maklumat Perniagaan MIDA di Ibu Pejabat MIDA atau pejabat-pejabat MIDA terdekat.

Berapa lamakah masa diambil untuk membuat keputusan ke atas pemohonan jawatan-jawatan pegawai dagang?

Permohonan bagi jawatan-jawatan pegawai dagang akan diproses dan keputusan akan diambil dalam tempoh 4 minggu dari tarikh maklumat lengkap diterima.

E Pengecualian Cukai
Borang apakah yang harus saya gunakan untuk mengemukakan permohonan bagi pengecualian duti import dan/atau cukai jualan?

Borang-borang berikut diguna pakai untuk pengecualian duti import dan/atau cukai jualan:-

  • Borang PC1 - untuk pengecualian duti import dan/atau cukai jualan ke atas jentera, kelengkapan, barang ganti dan barang habis guna
  • Borang PC2 – untuk pengecualian duti import dan/atau pengecualian cukai jualan ke atas bahan mentah dan komponen
  • PC2-1 – untuk pengecualian duti import dan/atau cukai jualan ke atas bahan mentah dan komponen bagi mengilang
  • PC2A - untuk pengecualian duti import dan/atau cukai jualan ke atas bahan mentah dan komponen bagi mengilang
    1. Produk-produk siap yang tidak dikenakan duti import
    2. Produk-produk siap yang tidak dikenakan cukai jualan
  • Borang PC Perkhidmatan – untuk pengecualian duti import dan/atau cukai jualan ke atas jentera, kelengkapan dan bahan dan komponen bagi syarikat-syarikat dalam subsektor-subsektor perkhidmatan terpilih.

Borang-borang permohonan boleh diperoleh dari laman web MIDA di www.mida.gov.my

Bolehkah saya kemukakan permohonan saya dalam talian?

Ya, Penghantaran borang-borang dalam talian diguna pakai bagi borang-borang PC1, PC2, PC2A dan PC2 -1. Satu salinan borang-borang permohonan yang telah ditanda tangani hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

Berapa lamakah masa diambil untuk menerima keputusan bagi permohonan pengecualian cukai?

Permohonan akan diproses dan keputusan akan disampaikan dalam tempoh 4 minggu dari tarikh maklumat lengkap diterima.

Apakah dokumen-dokumen sokongan yang perlu dikemukakan dengan borang permohonan pengecualian duti?

Sebuah syarikat yang memohon pengecualian duti bagi kali pertama hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen berikut:-

  • Memorandum dan Tataurusan Persatuan atau Sijil Pendaftaran Perniagaan
  • Lesen/permit/kelulusan daripada pihak-pihak berkuasa melulus yang relevan
  • Lesen Cukai Jualan (CJ2) atau perakuan pengecualian Lesen Cukai Jualan (CJ7)dari Kastam Diraja Malaysia atau surat perakuan terima jika permohonan lesen atau perakuan masih menunggu kelulusan (jika berkenaan)
  • Nombor pendaftaran syarikat dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) atau satu perakuan terima dari DOSH (jika berkenaan) Pemohon-pemohon boleh merujuk kepada garis-garispanduan dan prosedur-prosedur bagi permohonan pengecualian duti import dan/atau cukai jualan di laman web kami www.mida.gov.my
Apakah subsektor-subsektor perkhidmatan yang layak memohon pengecualian duti import dan/atau cukai jualan?

Pengecualian duti import dan/atau cukai jualan ke atas jentera, kelengkapan dan bahan boleh dipertimbangkan untuk syarikat-syarikat dalam subsektor-subsektor perkhidmatan terpilih seperti perkhidmatan pengangkutan, projek-projek perhotelan/pelancongan dan aktiviti-aktiviti kitar semula sisa. Senarai lengkap subsektor perkhidmatan yang layak boleh diperoleh dari laman web MIDA.

Apakah prosedur untuk memohon pengecualian duti import dan/atau cukai jualan ke atas jentera, kelengkapan dan bahan bagi subsektor-subsektor perkhidmatan terpilih?

Sebuah syarikat boleh memohon pengecualian duti import dan/atau cukai jualan ke atas jentera, kelengkapan dan bahan bagi subsektor-subsektor perkhidmatan terpilih dengan menggunakan borang PC Services. Borang ini boleh dimuat turun dari laman web MIDA atau diperoleh dari Pusat Maklumat Perniagaan di Ibu Pejabat MIDA atau pejabat-pejabat MIDA terdekat. Garis-garispanduan permohonan juga disertakan bersama sebagai rujukan. Permohonan-permohonan akan diproses dan keputusan akan disampaikan kepada pemohon-pemohon dalam tempoh 4 minggu dari tarikh maklumat lengkap diterima.

F Sektor-Sektor Perkhidmatan
Bagaimanakah saya boleh mendapatkan senarai sektor-sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan Kerajaan?

Pada 22 April 2009, Kerajaan telah meliberalisasikan lagi sektor-sektor perkhidmatan untuk menarik lebih banyak pelaburan asing dan membawa masuk lebih ramai profesional dan teknologi serta mengukuhkan daya persaingan sektor ini. Senarai subsektor-subsektor boleh diperoleh dari laman web MIDA di bawah tajuk Liberalisasi Sektor Perkhidmatan.

Apakah subsektor-subsektor perkhidmatan yang layak memohon status dan/atau insentif-insentif dan/atau jawatan-jawatan pegawai dagang melalui MIDA?

Syarikat-syarikat yang menjalankan perkhidmatan-perkhidmatan atau aktiviti-aktiviti terpilih berikut boleh memohon status dan/atau insentif-insentif dan/atau jawatan-jawatan pegawai dagang:-

  • Aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan;
  • Ibu Pejabat Operasi;
  • Pusat PemerolehanAntarabangsa/Pusat Pengedaran Serantau;
  • Perkhidmatan Logistik Bersepadu;
  • Perkhidmatan Sokongan Pasaran Antarabangsa;
  • Pejabat Perwakilan/Pejabat Serantau;
  • Institut Latihan Teknik/Vokasional/Sains;
  • Projek Perhotelan/Pelancongan;
  • Tenaga Boleh Diperbaharui;
  • Makmal Ujian Peralatan Perubatan; dan
  • Aktiviti-aktiviti lain yang digalakkan di bawah Akta Penggalakan Pelaburan, 1986, seperti kemudahan utiliti pusat bersepadu, kemudahan rantaian dingin dan perkhidmatan untuk produk-produk makanan, pembikinan filem/video dan/atau pasca pembikinan dan aktiviti-aktiviti kitar semula sisa.
Apakah prosedur untuk memohon status dan/atau insentif-insentif dan/atau jawatan pegawai dagang bagi subsektor-subsektor tersebut di atas?

Pemohon-pemohon dikehendaki mengemukakan borang-borang permohonan yang relevan yang boleh dimuat turun dari laman web MIDA. Borang-borang ini juga boleh diperolehi dari Pusat Maklumat Perniagaan di Ibu Pejabat MIDA atau pejabat-pejabat terdekat.

Berapa lamakah masa yang diambil untuk mendapat keputusan permohonan?

Permohonan-permohonan akan diproses dan keputusan akan disampaikan kepada pemohon-pemohon dalam tempoh 6 minggu dari tarikh maklumat lengkap diterima.

G Permohonan Pasca Perlesenan dan Pasca Insentif

i. Sijil Taraf Perintis

Bilakah masanya untuk memohon Sijil Taraf Perintis?

Dalam tempoh 24 bulan (2 tahun) dari tarikh Surat Kelulusan Insentif. Pada masa yang sama, syarikat mestilah mencapai 30% pengeluaran komersial dalam tempoh tiga bulan berturut-turut (berdasarkan pengeluaran massa) atau syarikat mestilah mempunyai invois jualan pertama (berdasarkan pesanan/permintaan pelanggan). Syarikat mestilah juga mengemukakan penyata teraudit sekurang-kurangnya untuk setahun.

Bagaimanakah untuk memohon Sijil Taraf Perintis?

Permohonan boleh dilakukan dengan mengisi borang-borang tertentu. Borang- borang ini boleh dimuat turun dari laman web MIDA, www.mida.gov.my mengikut sektor-sektor berikut:-

Form PIA' 86 (PS) 96 Am
Form PIA' 86 (PS/R&D)-95(IV) Syarikat R&D Kontrak
Form PIA' 86 (PS-IKS)96 Industri Kecil dan Sederhana
Form PIA, 86 (PS/HT)95 Perhotelan dan Pelancongan
Form PIA, 86 (PS/PERTANIAN) Pertanian
Form PIA' 86 (PS-Extension) Lanjutan Pengecualian Cukai
Apakah kriteria utama bagi menentukan Tarikh Pengeluaran dalam Sijil Taraf Perintis?

Tarikh Pengeluaran boleh ditentukan secara berikut:

  • Sekiranya pengeluaran syarikat adalah berdasarkan pengeluaran massa, ia perlu mencapai 30% pengeluaran komersial/kapasiti terpasang dalam tempoh tiga (3) bulan berturut-turut.
  • Sekiranya pengeluaran syarikat adalah berdasarkan permintaan/pesanan pelanggan, invois jualan pertama hendaklah dikemukakan bagi menentukan tarikh pengeluaran.
Berapa lamakah masa diambil untuk memproses permohonan ini?

Permohonan Sijil Taraf Perintis akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja bemula dari tarkh maklumat lengkap diterima.

Adakah terdapat peluang untuk syarikat melanjutkan permohonan Sijil Taraf Perintis sekiranya ia tidak dapat memenuhi keperluan yang ditetapkan?

Ya. Syarikat boleh memohon untuk melanjutkan permohonan Sijil Taraf Perintis kepada MIDA dengan alasan yang munasabah. Lanjutan tempoh akan diberikan mengikut kes demi kes.

Apakah yang akan berlaku sekira syarikat gagal untuk mengemukakan permohonan Sijil Taraf Perintis dalam tempoh 2 tahun lanjutan dan tanpa notis?

Kelulusan Taraf Perintis akan ditarik balik dan MIDA akan menghantar notis 30 hari untuk syarikat menyatakan sebab. Sekiranya syarikat gagal memberi jawapan dalam tempoh 30 hari, MIDA akan meneruskan tindakan menarik balik insentif.

Perlukah syarikat menyediakan cap mohor syarikat dan penentusahan dokumen?

Ya. Syarikat dikehendaki menyediakan cap mohor syarikat dan penentusahan untuk membuktikan permohonan adalah benar dan untuk mengelakkan sebarang maklumat dipersalahguna.


ii. Elaun Cukai Pelaburan

Apakah prosedur untuk memohon Tarikh Berkuat Kuasa dan Penentusahan Pematuhan bagi Insentif Elaun Cukai Pelaburan?

Terdapat 2 peringkat dalam mana syarikat perlu mengemukakan permohonan:

  • ITA I – Penetapan Tarikh Berkuat Kuasa (Borang ITA I)
  • ITA II – Penentusahan Pematuhan (Borang ITA II)
Borang-borang ini boleh dimuat turun dari laman web MIDA, www.mida.gov.my.
Bilakah masanya untuk memohon Penetapan Tarikh Berkuat Kuasa Bagi Elaun Cukai Pelaburan (ITA)?

Syarikat diberikan tempoh 2 tahun dari tarikh surat kelulusan untuk mengemukakan permohonan ITA I iaitu Penetapan Tarikh Berkuat Kuasa dengan menyediakan invois perbelanjaan modal layak pertama.

Bilakah masanya untuk memohon Penentusahan Pematuhan Kepada Syarat-Syarat Elaun Cukai Pelaburan (ITA II)?

Syarikat dikehendaki mengemukakan permohonan ITA II bagi Penentusahan Pematuhan sebelum ia membuat tuntutan di Lembaga Hasil Dalam Negeri dan pastinya sebelum tempoh lima tahun tamat.

Perlukah syarikat menyediakan cap mohor syarikat dan penentusahan dokumen?

Ya. Syarikat dikehendaki menyediakan cap mohor syarikat dan penentusahan untuk membuktikan permohonan adalah benar dan untuk mengelakkan sebarang maklumat dipersalahguna.

Berapa lamakah masa yang diambil untuk memproses permohonan?

Ia mengambil masa 14 hari bekerja bermula dari tarikh maklumat lengkap diterima MIDA.


iii. Ekuiti

Bagaimanakah untuk memohon pemindahan saham-saham dan mengetepikan syarat-syarat ekuiti atau perkara-perkara lain yang berkaitan syarat ekuiti?

Satu surat rasmi hendaklah dikemukakan kepada MIDA termasuk dokumen-dokumen berikut:

A. Bagi pemindahan saham-saham:

  • Satu salinan Lesen Pengilang beserta syarat-syarat
  • Borang 24
  • Borang 49
  • Borang 32A
  • Borang Pulangan Tahunan
  • Resolusi Lembaga-Lembaga Pengarah
  • Penyata-Penyata Kewangan Teraudit bagi 3 tahun yang lalu
  • Prestasi Eksport (3 Tahun) – Salinan benar disahkan juru audit luar
  • Struktur Ekuiti sebelum dan selepas Pemindahan Saham-Saham
  • Justifikasi Pemindahan Saham-Saham
  • Perancangan Masa Hadapan (misalnya projek pembesaran, dan lain-lain)
(Semua dokumen mestilah disahkan benar setiausaha syarikat kecuali Prestasi Eksport)

B. Bagi mengetepikan syarat ekuiti:

  • Satu salinan Lesen Pengilang beserta syarat-syarat
  • Borang Pulangan Tahunan Terkini
  • Penyata Kewangan Teraudit bagi 3 tahun yang lalu
  • Prestasi Eksport bagi 3 tahun yang lalu
  • Rancangan pembesaran dan pelaburan baru yang dijalankan/akan dijalankan di masa hadapan (nyatakan butiran dan nilai terlibat)
  • Teknologi baru atau Pemindahan Teknologi yang dicadangkan dan manfaatnya kepada Malaysia (misalnya peluang pekejaan, pasaran eksport baru, dan lain-lain)
  • Perubahan dalam Modal Saham Terbit dan Berbayar (dari pemerbadanan hingga tarikh semasa)
  • Justifikasi bagi mengetepikan syarat
Nota: - Di mana saham-saham syarikat dipegang oleh sebuah syarikat SDN. BHD., satu salinan sah Borang Pulangan Tahunan syarikat pemegang saham (syarikat SDN.BHD.) diperlukan. - Di mana saham-saham syarikat dipegang oleh sebuah syarikat BHD. Satu salinan sah Borang Pulangan Tahunan syarikat pemegang saham (syarikat BHD) dan satu ringkasan Daftar Pendeposit/butiran pemegangan saham diperlukan.

C. Lain-Lain (sebarang pindaan berkaitan ekuiti seperti pertukaran nama syarikat, perubahan pemegang saham, perubahan lembaga pengarah, pindaan struktur ekuiti, dan lain-lain)

  • Satu surat permohonan
  • Satu salinan Lesen Pengilang beserta syarat-syarat
  • Borang 13 ( bagi pertukaran nama)
  • Struktur ekuiti (bagi perubahan pemegang saham)
  • Nama semasa dan sebelum lembaga pengarah (bagi pertukaran lembaga pengarah)
  • Justifikasi untuk meminda struktur ekuiti (bagi pindaan syarat-syarat ekuiti)
Berapa lamakah masa diambil untuk memproses permohonan?

Permohonan ekuiti (pemindahan saham dan mengetepikan syarat ekuiti, dan lain-lain) mengambil masa 3 minggu dari tarikh maklumat lengkap diterima.

Sebelumnya

e-Suratberita

Laporan Tahunan

Seterusnya

Pautan

Muat Turun

Tarikh Dikemaskini : Khamis 21 September 2017