Logo

Industri Pemprosesan Makanan

Subsektor pemprosesan makanan Malaysia merangkumi kesemua syarikat yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti nilai tambah menggunakan produkproduk agrikultur atau hortikultur, seperti pengilangan produk-produk koko & coklat, produk perikanan, bijirin dan produk bijirin, serta buah-buahan dan sayursayuran yang diproses. Subsektor ini sedang beralih daripada penggunaan proses konvensional kepada penggunaan teknologi baharu muncul, dibantu oleh pengenalan dan lanjutan insentif ACA.

Terdapat lebih daripada 8,000 penubuhan dalam subsektor ini dan didominasi oleh perusahaan kecil dan sederhana Malaysia. Syarikat MNC dan LLC domestic dan asing adalah yang terkenal aktif dalam industry ini. Antara syarikat-syarikat terkemuka dalam industry ini ialah Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad, Nestle (Malaysia) Berhad, FFM Berhad, Malayan Flour Mills Berhad, Kawan Food Berhad, QL Resources Berhad, Charoen Pokphand Holdings (Malaysia) Sdn. Bhd., Ayamas Food Corporation Sdn. Bhd., Dewina Food Industries Sdn. Bhd., Ramly Food Processing Sdn. Bhd., Super Food Specialists (M) Sdn. Bhd., Golden Fresh Sdn. Bhd., Purecircle Sdn. Bhd., Kellogg Asia Products Sdn. Bhd. dan Hershey Malaysia Sdn. Bhd.

Banyak peluang disediakan oleh Industri Halal Malaysia kepada syarikat-syarikat industri pemprosesan makanan, disebabkan oleh saranan nilainya yang kukuh. Akreditasi Halal negara ini diterima baik di peringkat antarabangsa, meningkatkan keyakinan pengguna Muslim dan menandakan bahawa produkproduk yang diberi akreditasi telah lulus keperluan keselamatan, kualiti dan undang-undang berdasarkan Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan Takat Kawal Kritis Analisis Bahaya (HACCP). Pelabur yang berpotensi digalakkan untuk memanfaatkan ekosistem halal komprehensif ini, terutamanya dalam industri makanan.

Kesedaran pengguna yang meningkat mengenai kesihatan dan nilai nutrisi telah mencetuskan permintaan yang tinggi untuk makanan/bahan berfungsi dan perasa makanan semula jadi daripada tumbuh-tumbuhan dan makanan laut. Pelabur yang sedang meneliti subsektor pemprosesan makanan harus mengambil maklum mengenai potensi besar untuk peningkatan pertumbuhan dalam bahan makanan seperti perumusan khusus yang diperlukan oleh pengilang makanan, bahan berfungsi, dan bahan tambahan dan perasa makanan semula jadi.

Pada tahun 2017, terdapat 66 projek pemprosesan makanan dengan pelaburan sebanyak RM2.3 bilion telah diluluskan. Pelaburan domestik mendahului sebanyak RM1.4 bilion (63%), sementara pelaburan asing menyumbang lebih daripada satu pertiga sebanyak RM900 juta (37%). 44 projek baharu dan 22 projek pembesaran / pelbagaian telah memberikan peluang pekerjaan untuk 4,644 orang.

foodbm1

Sebelumnya

Sokongan Kejuruteraan

Elektrikal dan Elektronik

Seterusnya

Jentera dan Peralatan

Peranti Perubatan

Tarikh Dikemaskini : Khamis 18 April 2019