Update

Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Peringkat Nasional 2015

Pameran SDSI terbesar yang mengumpulkan Usahawan-Usahawan SDSI seluruh negara akan diadakan dari 3-6 Disember 2015 bertempat di MITC Ayer Keroh Melaka

MIDA bekerjasama bersama Agensi MITI dan lain-lain Kementerian dan Agensi berkaitan untuk menjayakan program SDSI yang akan diadakan pada 3 - 6 Disember 2015 di MITC, Melaka. MIDA sebagai ahli Jawatankuasa Induk Showcase SDSI peringkat Nasional 2015 dan telah dilantik selaku Pengerusi Klinik dan Seminar Keusahawanan Showcase Satu Daerah Satu Industri untuk tahun 2015.

Objektif penganjuran Showcase SDSI adalah untuk:

i. Membantu dan memudahkan pemasaran produk/perkhidmatan SDSI yang berkualiti
ii. Meningkatkan imeh produk/perkhidmatan SDSI
iii. Memberi pendedahan kepada umum bahawa keluaran SDSI adalah berpotensi dan berkualiti
iv. Mewujudkan dan memperluaskan rantainan perniagaan (Networking) di antara usahawan SDSI dengan pembeli, pengedar, agen pemasaran, stokis, pengimport, hypermarket dari dalam dan luar negara.

Pelbagai program yang telah diatur, diantaranya adalah:

i. Pemadanan Perniagaan ('Business Matching')
ii. Lebih 50 booth pameran dan jualan
iii. Pelbagai aktiviti tarikan pengunjung 
iv. 'Incoming buying mission'
v. Seminar Keusahawanan
vi. Menu Malaysia


Muat turun program (PDF)

Muat Turun

Event Information

Date
03 Dec 2015 - 06 Dec 2015
Time
09:00 AM - 06:00 PM
Venue
MITC, Ayer Keroh, Melaka
Last Updated : Wednesday 23rd May 2018