TERKINI
Logo

Kekukuhan Ekonomi

Malaysia kini berada di peringkat transformasi yang paling radikal dalam perjuangannya untuk mencapai Wawasan 2020. Transformasi ini amat nyata dalam bidang politik, sektor awam dan di kalangan entiti-entiti perniagaan Malaysia.

Menjadikan Tranformasi

Malaysia telah membangun daripada sebuah ekonomi yang bergantung kepada pertanian dan komoditi-komoditi utama kepada sebuah ekonomi berasaskan perkilangan, berpacu eksport yang didorong oleh industri-industri berteknologi tinggi, berasaskan pengetahuan dan berintensif modal. Bagi mengerakkan pembangunan negara ke tahap yang lebih maju, Kerajaan telah mengilhamkan sebuah rangka kerja yang merangkumi empat tonggak (Rajah A) untuk memacu peralihan ini.

Empat Tonggak Tranformasi Negara

Model Baru Ekonomi yang perlu dicapai melalui Program Transformasi Ekonomi merupakan tonggak utama yang akan menggerakan Malaysia menjadi sebuah negara maju yang terangkum dan lestari selaras dengan matlamat-matlamat yang ditetapkan dalam Wawasan 2020. Program Transformasi Ekonomi ini akan dipacu oleh Inisiatif-inisiatif Pembaharuan Strategik yang akan menjadi asas kepada langkah-langkah dasar yang relevan.

Tiga tonggak lain telah dilancarkan sepanjang tiga tahun yang lalu. Ianya adalah 1 Malaysia, Program Transformasi Kerajaan untuk mengukuhkan perkhidmatan-perkhidmatan awam dalam Bidang Pencapaian Penting Negara danRancangan Malaysia Ke-10 2011-2015, iaitu rangka tindakan ekonomi yang akan menentukan pembangunan negara sepanjang lima tahun akan datang. Ia mengandungi hala-hala tuju dasar baru, strategi-strategi dan program-program yang kesemuanya disasarkan untuk membolehkan Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi.


Kejayaan Ekonomi Berterusan

Inisiatif-inisiatif Kerajaan telah menghasilkan pencapaian-pencapaian positif yang dicerminkan dalam perangkaan pertumbuhan ekonomi negara. Pada 2012, ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.6%, lebih tinggi daripada 5.1% yang dilihat pada tahun 2011. KDNK malaysia telah berkembang sebanyak 6.4% pada suku keempat tahun 2012.

Muat turun laporan ekonomi 2012/2013  


Integrasi Global Yang Tinggi

Jumlah perdagangan pada 2012 bernilai RM1.121 trilion dengan peningkatan sebanyak 8.7% daripada RM1.271 trilion pada 2011. Ia disumbang oleh eksport sebanyak RM702.19 bilion dan RM607.36 bilion oleh import. Eksport berkembang sebanyak 0.6% manakala import meningkat sebanyak 8.6% berbanding tahun 2011. Malaysia mencatatkan lebihan dagangan sebanyak RM94.82 bilion pada tahun tersebut menjadikan pencapaian pada tahun 2012 sebagai tahun ke-15 berturut-turut semenjak tahun 1998. Pada Disember 2012, eksport Malaysia adalah 5.8% lebih rendah berbanding dengan Disember 2011. Import menurun sebanyak 6.5% kepada RM49.03 bilion. Begitu juga jumlah perdagangan yang menurun sebanyak 6.1% kepada RM106.3 bilion.

Lawati MATRADE di:
http://www.matrade.gov.my/en/malaysia-exporters-section/190-trade-performance-2012/2708-malaysias-trade-performance-2012

Negara Ke-10 Paling Kompetitif Di Dunia

Malaysia telah disenaraikan pada tempat ke-10 sebagai destinasi FDI yang paling menarik, perunding pengurusan global A.T. Kearney dalam kajian indeks keyakinan FDI terbaru. Data kajian telah dikumpulkan daripada 200 eksekutif dari 27 negara dan 17 sektor industri. Pada tahun 2010, Malaysia telah tersenarai di tempat ke-20. Dengan peningkatan indeks ini menunjukkan keyakinan pelabur yang semakin bertambah terutamanya dengan inisiatif-inisiatif baru yang dijalankan oleh Kerajaan dalam menuju sebuah negara yang berpendapatan berkapita tinggi menjelang 2020.

Lawati A.T. Kearney di: http://www.atkearney.com/documents/10192/fdaa84a5-a30a-4e4e-bc36-453375d6596f

Negara Ke-12 Paling Mudah dalam Menjalankan Perniagaan

Malaysia juga merupakan negara ke-12 paling mudah dalam menjalankan urusan perniagaan menurut Ease of Doing Business Report 2013 yang dikeluarkan oleh Bank Dunia. Ranking ini menjadikan Malaysia negara ke-4 di Asia selepas Singapura, Hong Kong dan Korea Selatan.

Muat turun laporan :
http://www.doingbusiness.org/~/media/GIAWB/Doing%20Business/Documents/Annual-Reports/English/DB13-full-report.pdf

Negara Ke-14 Paling Kompetitif di Dunia

Malaysia merupakan negara ke-14 paling kompetitif di dunia menurutBuku Tahunan Daya Saing 2012 (WCY), yang diterbitkan oleh Institute for Management Development (IMD) yang berpangkalan di Switzerland. Senarai berkenaan membandingkan Malaysia dengan 58 negara lain dengan indeks 84.217, menjadikan Malaysia sebagai negara ke-2 memperoleh ranking tertinggi di rantau Asia Tenggara selepas Singapura dan ke-4 selepas Hong Kong, Singapura dan Taiwan.

Muat turun laporan :
http://www.pemudah.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=4aa2de97-81a4-4d85-ab2c-b45c021b985f&groupId=172432

Negara Ke-25 Paling Kompetitif oleh Bank Dunia

Malaysia merupakan negara ke-25 paling kompetitif menurutIndeks Kompetitif Global 2012-2013, yang diterbitkan oleh Bank Dunia. Senarai berkenaan membandingkan Malaysia dengan 143 negara lain. Malaysia sebagai negara ke-2 memperoleh ranking tertinggi di rantau Asia Tenggara selepas Singapura dan ke-6 selepas Singapura, Hong Kong, Jepun, Taiwan dan Korea Selatan.

Muat turun laporan :
http://www3.weforum.org/docs/WEF_GlobalCompetitivenessReport_2012-13.pdf

Ekonomi Ke-29 Paling Berangkai

Malaysia juga merupakan ekonomi ke-29 paling berangkai di dunia dan negara teratas yang bukan merupakan anggota kumpulan negara-negara berpendapatan tinggi. Dalam Laporan Teknologi Maklumat Global 2012 yang disiarkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF). Malaysia menduduki tempat ke-6 di Asia selepas Singapura, Taiwan, Korea Selatan, Hong Kong dan Jepun. Laporan berkenaan memuji Malaysia di atas usaha teknologi yang diterajui oleh Kerajaan, seperti yang dipaparkan oleh petunjuk penggunaan ICT Kerajaan iaitu ke-6 tidak jauh ketinggalan dari Korea Selatan, Singapura dan Taiwan.

Muat turun laporan :
http://www3.weforum.org/docs/Global_IT_Report_2012.pdf

Koridor-Koridor Pertumbuhan Ekonomi

Sebagai bukti komitmen negara untuk menggalakkan perdagangan bebas dan perniagaan, kerajaan telah menubuhkan lima koridor ekonomi, untuk terus memajukan Malaysia.

Lima koridor ekonomi tersebut adalah:

»   Iskandar Malaysia di Johor Selatan (IRDA);
» Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER);
» Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER);
» Koridor Pembangunan Sabah (SDC); dan
» Koridor Sarawak Bagi Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE).

Lawati portal rasmi gerbang pelaburan ke koridor ekonomi Malaysia di www.mycorridor.malaysia.gov.my untuk sebarang butiran lokasi pelaburan strategik.

Keutamaan akan diberi untuk membina pengaglomeratan bandar, memfokus koridor di sekitar kluster dan membangunkan sektor-sektor berimpak ekonomi yang tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015).

Seterusnya

Sokongan Polisi Kerajaan

Tenaga Kerja Berpendidikan

Tarikh Dikemaskini : Selasa 20 Februari 2018